Harian Metro: Setempat |
Pokok bertanda ‘08’ Posted: 27 Jun 2012 03:38 PM PDT SHAH ALAM: Sebagai tanda 'hormat' kepada pemimpin, sekumpulan lelaki dipercayai anggota kongsi gelap melilitkan kain tertulis angka 08 berserta kalungan bunga di tepi jalan utama Kampung Kebun, di sini beberapa hari lalu hingga mencetuskan kemarahan penduduk. Penduduk menyifatkan perbuatan itu sebagai kurang ajar dan meminta pihak berkuasa bertindak membuang kain rentang dan kalungan bunga itu kerana boleh mengeliru dan mengguris hati pelbagai pihak.
Bagaimanapun, sehari selepas kejadian itu, puluhan lelaki menaiki motosikal dan kereta berarak ke tempat kejadian dan memasang kain rentang tertulis 08 serta meletakkan kalungan bunga.
"Kalau ini sebahagian upacara keagamaan, kami tidak kisah, tetapi cara mereka datang meletakkan kain rentang dan memasang kalungan mempunyai nombor 08 itu secara logik menggambarkan ia mewakili kumpulan kongsi gelap. Penduduk kampung di sini bimbang budaya kongsi gelap sewenang-wenangnya masuk ke dalam kampung mereka dan mempengaruhi penduduk terutama generasi muda.
Tinjauan Harian Metro mendapati, kain yang tertera nombor 08 yang ditulis menggunakan dakwat merah dan sementara kalungan bunga digantung pada pokok yang sama.
|
Peniaga desak Uda pertahan bangunan Posted: 27 Jun 2012 03:36 PM PDT KUALA LUMPUR: "Kami mampu bayar sewa mengikut harga pasaran, jika itu yang dimahukan tapi janganlah bangunan ini diruntuhkan," kata wakil peniaga di Bukit Bintang Plaza (BB Plaza), Hassan Saad. Luahan itu terbit mewakili suara 167 peniaga dengan 60 peratus daripadanya adalah Bumiputera yang mahu Uda Holdings Bhd (Uda) selaku pemilik BB Plaza, mempertahankan bangunan itu sekali gus penyewanya.
"Kalau tiada lagi bangunan ini, ke mana lagi peniaga Bumiputera nak pergi. Di kawasan ini (Bukit Bintang), BB Plaza adalah satu tempat yang masih ramai Bumiputera sejak zaman penubuhan lagi...itulah juga yang kita nak banggakan.
Difahamkan, kerja meruntuh pusat beli-belah milik Uda itu akan dijalankan awal tahun depan seperti dirancang, namun peniaga yang menyewa di situ sudah diarah mengosongkan bangunan menjelang Disember ini.
"Kami mengharapkan jika BB Plaza ini dibangun semula, kami diberi keutamaan untuk berniaga. Kita mampu bayar sewa yang mungkin tinggi daripada apa dibayar sekarang, asalkan mengikut harga pasaran.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan