Rabu, 20 Jun 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Datuk ugut guna pistol

Posted: 19 Jun 2012 11:34 AM PDT

KOTA KINABALU: Niat seorang ibu muda mengambil anaknya berusia dua tahun dalam jagaan keluarga mentuanya berstatus VIP sejak Oktober tahun lalu, dibalas dengan sepak terajang manakala bapanya yang cuba membantu, diugut dengan pistol oleh besannya.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sri, 20-an, berkata, kejadian berlaku di sebuah taska di sini, jam 10.30 pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian dia bergegas ke taska itu bersama adiknya berusia 17 tahun bagi mengambil anaknya dengan membawa surat perintah penjagaan sementara dikeluarkan mahkamah pada 17 Januari lalu.

Sri berkata, tidak lama kemudian, bapa dan ibu mentuanya bergelar Datuk dan Datin serta abang iparnya tiba di taska itu, sebelum Datin terbabit membawa cucunya berusia dua tahun itu ke dalam kereta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Nak kuat jadi lemah

Posted: 19 Jun 2012 11:04 AM PDT

IPOH: Ia dimomok sebagai 'tisu magis' kerana kononnya mampu menambah tenaga seksual lelaki dan akibat terpengaruh dakwaan palsu itu, ada pengguna produk berkenaan mengalami masalah mati pucuk dan bengkak saraf berpanjangan pada alat kelamin.

Ini kerana tisu basah berharga RM3 sebungkus yang diseludup dari luar negara itu dikesan mengandungi bahan kimia berat iaitu benzocaine, lidnocaine dan anestetic yang boleh membahayakan pengguna jika tidak digunakan dengan sukatan yang betul.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mazlan Ismail berkata, tiga jenis bahan kimia berat itu biasanya digunakan sebagai ubat bius ketika prosedur pembedahan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan