Jumaat, 29 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Kurang 15 minit

Posted: 28 Jun 2012 04:01 PM PDT

PENGKALAN HULU: Proses akad nikah yang mudah dan situasi yang lebih selamat menjadikan pekan Betong, Thailand yang bersempadan dengan daerah ini, kini menjadi lokasi utama untuk pasangan dari Malaysia untuk 'kahwin lari' atau mengamalkan poligami.

Keadaan itu secara tidak langsung memberi sumber rezeki baru kepada penduduk daerah ini yang menjadi ejen tidak rasmi serta menyediakan pakej nikah untuk pasangan yang berhasrat bernikah di Betong.

Difahamkan, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 10 ejen menyediakan pakej nikah dengan bayaran antara RM1,500 dan RM3,000, sedangkan bayaran kos nikah cuma RM450.

Ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Sani, 40, berkata, pakej disediakan merangkumi khidmat pengangkutan dari daerah ini ke Betong serta semua urusan akad nikah dengan jurunikah bertauliah di pekan berkenaan.


"Sediakan RM1,500 dan proses akad nikah di Betong, Thailand, selesai dalam masa tidak sampai 15 minit. Proses itu lebih pantas berbanding pejabat kadi di kawasan lain di Selatan Thailand," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Memey hamil 6 minggu

Posted: 28 Jun 2012 04:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Ketika pemeriksaan kali pertama dibuat di farmasi empat hari lalu, saya seperti tidak percaya selepas diberitahu mengandung enam minggu," kata pelakon, Suhaiza Suhami atau Memey Suhaiza, 24.

Dia mengakui kurang percaya dengan pemeriksaan pertama itu dan menjalani ujian kedua di sebuah klinik kelmarin dan memang sah isteri pelakon Norman Hakim itu berbadan dua.


Kedua-dua pasangan itu bernikah 24 September tahun lalu di kampung halaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Menurut Memey, selepas tamat penggambaran drama Jerangkap Cinta di ibu kota, Selasa lalu, dia singgah di sebuah farmasi berikutan mahu melakukan pemeriksaan sama ada mengandung atau sebaliknya.


"Tanpa ditemani suami (Norman), saya beranikan diri ke sana. Pada mulanya saya hanya suka-suka, tetapi selepas pemeriksaan dibuat saya terkejut apabila dimaklumkan mengandung," katanya.


Menurutnya, mendengar perkhabaran itu, dia pulang ke rumah dan memberitahu berita gembira berkenaan kepada suami sebelum pemeriksaan kali kedua dijalankan di sebuah klinik di Taman Melawati, Ampang, kelmarin.

"Hasil daripada pemeriksaan seterusnya mengesahkan saya benar-benar mengandung. Alhamdulillah, saya gembira dengan berita itu dan ia cukup mendebarkan," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan