Kosmo Online - Negara |
- Tribunal Hak Cipta perlu tegas bela nasib artis
- Awang Hitam buka kedai makan
- Kekurangan guru akan diatasi
Tribunal Hak Cipta perlu tegas bela nasib artis Posted: Tribunal Hak Cipta perlu tegas bela nasib artisOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR – Artis-artis tanah air mahu Tribunal Hak Cipta yang diwujudkan semula oleh kerajaan bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang sering menafikan hak mereka dalam industri seni selama ini. Tribunal itu yang diwujudkan semula melalui Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 baru-baru ini diharapkan dapat memberi nafas baharu kepada penggiat seni yang sering tertindas dan tidak dapat pembelaan sewajarnya. Bagi penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Darus, 54, beliau mahu tribunal itu lebih tegas dalam penguatkuasaannya agar dapat memberi pengajaran kepada badan yang sewenang-wenang mencuri hasil seni artis. "Bila artis buat aduan di tribunal itu nanti, jangan ada masalah birokrasi dan urusan pembelaannya mestilah adil kerana itu satu-satunya saluran untuk kami mengadu apabila tertindas," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 diwartakan pada 9 Februari lalu selepas dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2011. Pindaan berkenaan antara lain merangkumi aspek kutipan royalti yang lebih telus, penguatkuasaan Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima karyawan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Awang Hitam buka kedai makanOleh MOHD. HAFIZI AHMAD Peniaga warga Afrika sedang menyediakan makanan di gerainya di Desa Aman Puri, Kepong semalam. KUALA LUMPUR - Tidak cukup dengan pelbagai masalah melibatkan Awang Hitam di negara ini, warga asing dari Afrika itu kini berani pula merampas hak penduduk tempatan dengan menjalankan perniagaan secara haram. Tinjauan Kosmo! mendapati senario itu sudah mula berlaku di ibu kota terutama di kawasan Desa Aman Puri, Kepong di sini sejak setahun lalu. Kehadiran warga Afrika itu boleh dilihat terutama sekitar pukul 5 petang sehingga awal pagi di kawasan premis perniagaan di Jalan Desa 1/2. Menjelang pukul 8 malam, gerai tersebut mula dipenuhi pelanggan yang kebanyakannya warga Afrika sendiri. Mengulas mengenai perkara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Shah berkata, tindakan harus diambil kerana kewujudan premis berkenaan membuktikan warga asing itu tidak takut dengan pihak berkuasa. "Pihak berkaitan seharusnya membuka mata dan sedar dengan tindakan berani warga asing yang seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa. "Saya percaya mereka berniaga tanpa lesen yang sah," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Kekurangan guru akan diatasiKUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu kemanusiaan menjadi antara faktor utama menyebabkan masalah penempatan guru masih berlaku sehingga menimbulkan masalah kekurangan guru di sesetengah sekolah. Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar keperluan guru di sekolah-sekolah apabila rayuan diterima daripada guru setiap kali arahan perpindahan dikeluarkan. "Guru adalah golongan yang dekat dengan masyarakat dan apabila telah tinggal lama di sesuatu tempat, sudah bersuami atau beristeri dan beranak-pinak. "Apabila kami memerlukan pertukaran berlaku atau penempatan semula di tempat-tempat yang berlaku kekurangan guru, kami menghadapi masalah," katanya. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain rayuan daripada guru berkenaan, kadang-kadang wujud campur tangan orang politik yang memberikan surat sokongan supaya perpindahan tidak dilakukan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan