Berita Harian: Nasional |
Usah perjuang kepentingan kaum sendiri: Najib Posted: 24 Jun 2012 01:13 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Rakyat diingatkan tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing saja, sebaliknya sentiasa memikirkan manfaat semua kaum.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konsep sama dilaksanakan Barisan Nasional (BN) menerusi konteks keadilan sosial yang bermaksud agihan sama rata merentasi semua etnik dalam merangka dan membuat keputusan berkaitan sesuatu dasar. Sehubungan itu, kerajaan akan sentiasa berhubung dengan rakyat pelbagai lapisan masyarakat supaya mereka faham bahawa bantuan yang disalurkan dibuat tanpa mengira kaum.Saya boleh penuhi permintaan rakyat jika mahu menjadi popular tetapi ia bukan langkah terbaik kerana yang penting adalah memberi mengikut kemampuan. - Najib Razak, Perdana Menteri "Jika melihat sesuatu mengikut perspektif zero sum, bermakna kita tidak dapat tentukan antara rakyat yang memerlukan dan mereka yang layak untuk dibantu, sebab itu apa juga pertolongan disalurkan kerajaan tidak dilihat sebagai zero sum."Contohnya, apabila kita katakan nak kurangkan kadar kemiskinan, ia membabitkan semua kaum sebab Melayu juga ada yang miskin, begitu juga India, Iban, Kadazan dan Orang Asli," katanya pada Majlis Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri, di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya di sini, semalam. Lapan pertubuhan belia Cina yang menganjurkan majlis itu menganugerahkan gelaran Arkitek Transformasi Negara kepada Perdana Menteri. Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong dan pemimpin pertubuhan belia Cina serta mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan (IPT). Perdana Menteri berkata, beliau boleh penuhi permintaan rakyat jika mahu menjadi popular tetapi ia bukan langkah terbaik kerana yang penting adalah memberi mengikut kemampuan. Beliau juga menegaskan Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang membenarkan pendidikan Cina selain China, sedangkan Thailand, Indonesia dan Singapura tidak berbuat demikian. Menjawab soalan pada sesi dialog, Perdana Menteri berkata, komuniti Cina tidak seharusnya tersinggung jika ada komen pihak tertentu yang menganggap mereka sebagai pendatang. "Dalam masyarakat pasti akan ada yang tidak bertanggungjawab dan ada yang kepala tidak betul. Jadi jangan terasa hati kerana yang penting pemimpin negara tidak menganggap masyarakat Cina sebagai pendatang," katanya. Beliau juga berkata, sokongan kepada MCA adalah antara usaha untuk menjamin suara kaum Cina didengar, sekali gus dapat menangani sebarang isu berkaitan komuniti itu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
2 lelaki berpakaian seragam tentera ditahan Posted: 24 Jun 2012 01:09 PM PDT Nasional ALOR GAJAH: Cubaan dua lelaki berpakaian seragam pegawai kanan tentera dengan membawa pelbagai senjata tiruan memasuki Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, petang kelmarin, menimbulkan persoalan.Kedua-dua lelaki berkenaan turut membawa bersama pelbagai senjata api tiruan seperti pistol, raifal, bom asap, mesingan, alat komunikasi tentera serta pelbagai jenis peralatan ketenteraan lain. Mereka yang menaiki kereta mewah jenis Mercedes Benz S-200 turut memiliki pas keselamatan daripada Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri. Seorang daripadanya menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kapten, manakala seorang lagi pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Bagaimanapun, kedua-dua mereka ditahan jam 2.30 petang oleh sepasukan anggota Risik 10 Briged Para di kem itu selepas pengenalan mereka tidak dapat disahkan. Pegawai Risik 10 Briged Para, Mejar Abd Razak Sipit, berkata kedua-dua lelaki terbabit menaiki kereta Mercedes Benz S-200 lengkap berpakaian seragam tentera memasuki kem itu melalui pintu utama. Beliau berkata, sebelum memasuki kem itu, pengawal bertugas mengarahkan mereka melapor di balai pengawal bagi pengesahan identiti, selain melapor tujuan datang ke kem itu. "Dua anggota tentera diarah mengekori kedua-dua lelaki itu, sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri selepas menyedari diekori," katanya, semalam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan