Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 20 Jun 2012 10:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini. Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja. Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian. Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.
|
Posted: 20 Jun 2012 10:57 AM PDT SERDANG: Berang kerana diejek kurang siuman, seorang mekanik membelasah ibu dan bapa saudaranya menggunakan batang besi sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam. Lelaki berusia 46 tahun itu yang memang mengalami masalah mental, tinggal dengan kedua-dua mangsa sejak kecil bersama ibu bapanya, namun ketika kejadian, ibu bapanya tiada di rumah itu kerana keluar berniaga. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Lee Yoke Mun, 73, dan isterinya, Lee Kim Lien, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan. Sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dengan kedua-dua mangsa di ruang tamu rumah mereka, namun suspek dikatakan tiba-tiba naik angin dan terus memukul Yoke Mun dengan sebatang besi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan