Kosmo Online - Negara |
Polis geledah tiga pejabat Nizar Posted: Polis geledah tiga pejabat NizarOleh MAZLINA ABDUL MAJID
JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menggeledah tiga pejabat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bagi tujuan siasatan berhubung kes Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, hasil operasi itu, pihaknya merampas dua buah komputer dan sebuah telefon bimbit untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. "Pihak polis menggeledah kesemua premis terbabit selepas mendapat waran dari mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kosmo! difahamkan, pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hadir ke pejabat operasi Mohammad Nizar iaitu di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, Ipoh; Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut. Operasi di setiap premis itu berlangsung antara 30 hingga 45 minit. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Gadis didakwa kelar leher ibuOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI NOR HASLINDA (kanan) dan sepupunya berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah semalam. KUALA PILAH - Perbuatan seorang gadis berusia 17 tahun yang tergamak mengelar leher ibu sendiri dengan sebilah pisau memakan diri apabila dia dan sepupunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh wanita itu. Bagaimanapun, gadis itu bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menggelar leher seorang wanita, Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa selepas berlaku perselisihan faham. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pasar Gemencheh, Tampin dekat sini pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu. Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Mati sebelum sempat menyamunOleh ATIKAH DALI RAWANG - Seorang kontraktor tidak menyangka rumah teres dua tingkat miliknya yang telah tujuh kali dimasuki penyamun sejak tiga tahun lalu akan menjadi lokasi terakhir tiga lelaki Indonesia menyamun apabila kesemuanya mati tersungkur dalam kejadian berbalas tembak semalam. Riwayat ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an bersenjatakan dua pucuk pistol jenis Revolver itu berakhir pada pukul 4.30 pagi di Batu 20, Jalan Rawang ketika mereka cuba melarikan diri selepas gagal menceroboh rumah mangsa di Taman Templer Saujana di sini setengah jam sebelum itu. Jarak antara kedua-dua tempat itu kira-kira 300 meter. Difahamkan, jika berjaya memecah masuk, suspek merupakan penjenayah kelapan yang dapat melarikan barang berharga milik Mohd. Azharudin Mahbub, 46. Menurut Mohd. Azharudin, ketika kejadian, dia, isteri, tiga orang anak dan seorang pembantu rumah sedang tidur. "Isteri saya terjaga selepas ternampak dua kelibat orang di luar. Dia kemudian menghubungi polis sebelum suspek cuba melarikan diri. "Ini bukan pertama kali rumah saya dirompak. Sebelum ini sudah tujuh kali penyamun memecah masuk rumah sejak tiga tahun lalu dan salah satu kejadian itu, rantai kaki anak perempuan saya disamun di depan rumah," ceritanya ketika ditemui semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan