Berita Harian: Nasional |
'Saya sedih khidmat ditamat lebih awal' Posted: 30 Jun 2012 02:30 PM PDT Abu Bakar hanya dimaklum menerusi surat Putrajaya: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mengesahkan beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam kerajaan ditamatkan. Ikuti laporan lanjut dalam akhbar BH Ahad atau BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 30 Jun 2012 01:56 PM PDT Tak mahu lepas peluang sertai Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi Langkawi: Seorang ibu tunggal dari Kuala Lumpur sanggup menaiki bas seorang diri untuk menyertai kira-kira 200 peserta Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi (LIFT 2012) yang berlangsung di pulau pelancongan di sini. Ani Mohammad, 44, ibu kepada seorang anak itu tiba di Jeti Kuah kira-kira jam 9 pagi semalam, selepas mengharungi perjalanan kira-kira 450 kilometer dari Ibu negara untuk menyertai pertandingan yang lazimnya dimonopoli pemancing lelaki. "Bagi saya pertandingan memancing ini terbuka kepada sesiapa saja dan tidak timbul soal diskriminasi jantina dalam aktiviti ini. Yang penting, dengan minat dan kesungguhan, insya-Allah kita boleh capai kejayaan dalam apa juga kegiatan yang kita sertai," kata pekerja swasta itu. Hadiah juara RM20,000 Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelepasan peserta LIFT 2012 Kategori Dalam di Jeti Awana Porto Malai, di sini, semalam, yang disempurnakan Pengarah Eksekutif Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib. LIFT yang julung kali dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama LADA, disertai kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand. Konsep pertandingan mensyaratkan peserta memancing ikan terberat di tiga lokasi ditetapkan seperti Pulau Pelita, Tanjung Cincin dan Tanjung Buluh yang terletak 15 batu nautika dari Pantai Cenang. LIFT yang dijangka tamat jam 2 petang ini, akan membolehkan juaranya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, tempat kedua RM8,000 dan ketiga RM4,000. LIFT amat dinantikan Ani turut berpendapat penganjuran LIFT amat dinantikan pemancing yang inginkan aktiviti memancing sambil melancong. "Pulau Langkawi adalah lokasi paling sesuai untuk aktiviti seumpama itu. Sambil memancing, peserta boleh melancong bersama keluarga di tempat menarik di Pulau Lagenda ini," katanya. Sementara itu, dalam Kategori Pantai yang diadakan di Jeti Star Cruise, di sini, pagi semalam, peserta dari Pendang, Kedah, Mohd Alang Jibran Abdullah, 27, muncul juara selepas menaikkan siakap seberat 1.65 kilogram (kg). Kejayaan itu membolehkan juruteknik terbabit membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah iringan penaja. Naib johan disandang Aliff Ibrahim, 23, dari Kelantan yang berjaya menaikkan kuku batu seberat 1.34kg untuk meraih wang tunai RM800 dan hadiah iringan. Mohd Latif Man, 24, dari Kedah pula menduduki tempat ketiga dengan tangkapan kuku batu seberat 1.31kg dan membawa pulang wang tunai RM500 dan hadiah iringan penaja. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan