MukaDepan
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama pembentang kertas kerja selepas majlis penutup seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur, semalam.
Parti politik guna nama Islam: Ilmuwan Islam ingatkan ada parti gagal laksana perjuangan apabila berkuasaKUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang kuasa.
Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya. - Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, tokoh ilmuwan Islam
Peringatan itu dibuat tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool dari Jordan.
"Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya.
"Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti 'ada udang di sebalik batu'.
"Manifestonya jadi lain bila sampai kepada pemerintahan, berubah kepada satu perkara lain untuk menjaga kepentingan partinya, menjaga orangnya dan sebagainya," katanya, yang juga Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt, Jordan.
Beliau ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja 'Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam' sempena Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya golongan muda memilih parti yang menepati ajaran Islam, kebajikan dan tamadunnya.
"Apa perlu dilakukan ialah lihat kedua-duanya dan pilih yang terbaik.
"Selepas menimbangkan manifesto dan pelaksanaan yang dijanjikan, (barulah) memilih pihak yang memberi khidmat kepada rakyat," katanya ketika ditanya mengenai pertimbangan yang perlu dilakukan generasi muda untuk memilih parti politik.
Mengulas isu sama, Syeikh Alzoghool menegaskan tidak semestinya seseorang yang bertaqwa atau soleh sesuai diangkat untuk menjadi pemerintah.
"Seperti disebutkan dalam hadis Nabi apabila Abu Dzar (sahabat Rasulullah) minta kepada Rasulullah untuk dilantik sebagai gabenor (pemerintah), Nabi bersabda: "Abu Dzar seorang lelaki yang lemah".
"Abu Dzar seorang yang taqwa, seorang yang soleh tapi apabila berkaitan dengan pemerintahan dan pengurusan, nabi kata dia tidak sesuai kerana ini adalah amanah," kata Syeikh Alzoghool.
Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Syeikh Alzoghool berkata generasi muda perlu bijak memilih dan mengkaji perjuangan sesebuah parti politik.
Katanya, mereka perlu menolak parti yang memperjuang kepentingan politik semata-mata dan tidak berkhidmat untuk rakyat, apatah lagi parti bukan Islam.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
si putong
yg. utama tokoh yg. diyakini beriman,amanah,takutkan allah.keputusan melalui jemaah menteri.atau syura tak timbul isu lemah@tak mampu memerintah.
bukan sapa2
alahai awang....nampak sgt awak x setuju dgn artikel ni...rasanya boleh tau awak macam pnyokong fanatik parti itu (alah tau2 je la...) hati dah ttutup x leh trima ap2 komen yg mnyebabkan tkena batang hidung sndiri...X FAHAM lg ka...
bukan sapa2
sokong sgt2 artikel ni...Jgn jd mcm mereka yg KONONnya parti yg mempjuangkan ISLAM TP BOLEH PULA KUTUK org Islam yg BUKAN SOKONG PARTI DIA..pastu BESEKONGKOL DGN PUAK 'KAPIAQ'pulak daaa...PENDEK KATA DIA SAJALA YANG 'ISLAMIC'
hci
tulaa..nama parti spt nama a, b, c...PAS bukan parti penuh dgn islamiknya...seolah mereka seorg yg alim n tahu byk agama. tidak dnapilah dlm parti ni byk yg mengenakn kopiah bbnding parti lain/kira mereka ni lbh islamiklah, tp bukan bmakna mereka ni baik dlm serba-serbi. seolah-olah parti lain xade alim-ulamak. yg menonjol dari ape dari tertonjol islamiknya lbh kpd ktaksuban kpd pemimpin2 tertentu,narrow mind, memilih utk kurang kemajuan jika tak "islamik"/tanpa mmbuat rujukan ie. tilawah al-quran yg tidak dbenarkn kpd kaum wanita tnpa mmikirkan pro-contranya. dari dulu sy tak sokong bila kelantan tak mmbenarkn ini..akibatnya yg mahir akn jd kurang mahir n akhirnya hilang begitu saje..lama2 akn takde generasi wanita yg mantap dlm al-quran.PAS parti yg tidak berada dlm "globalization"..byk isu2 utk menyekat penyokong2nya beralih arah dkaitkn dgn larangan agama. setakat ni UMNO yb mmberi kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi. mmglah UMNO mgambil "kesederhanaan" dlm islam tp nk bandingkn dgn PAS yg begitu taksub n sempit...UMNOlah yg terbaek dr semua segi. dgn hidup dlm pelbagai kaum; kepentingan n kehendakan masing2, kehendak duniawi perlu tanpa mminggirkn ukrawi. kemudahan asas ie. jalanraya, bekalan air n faciliti lain amat perlu bg mmudahkn kite berulang-alik k tmpat ibadat n pejabat. ingat! kite perlu ini bg mejanakn kehidupan yg harmoni utk menuju akhirat yg kekal abadi!
zna
Syabas! satu ulasan yang berasas oleh Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, tokoh ilmuwan Islam. lihatlah pas di kelantan - manifestonya islamik dan pelaksanaannya pun islamik. pemimpin-pemimpin turut terlibat dengan majlis ta'lim dan dakwah. jika wujud tidak islamik itu masalah yang ditimbulkan oleh individu.
mr.X
kita mestilah mmilih(menyokong) pmimpin yg mmbwa ajaran ISLAM. dan jgn lh kita mmilih sseorng pmimpin itu y hanya menjanjikn kemewahwn DUNIA semata2.
awang
a,kum..saya ni bukannya apa2..bulat pun tidak empat segi pun bukan..cuma bila saya terbaca berita ini rasa semacam je...mengapa topik ini baru dibangkitkan sekarang..sedangkan yang saya tahu parti yang guna nama islam ni dah lama berada di atas muka bumi ini..yang saya tahu sebelum saya wujud kat dunia ini pon dah ada nama parti ini..kenapa tidak dimaklumkan dan di bagitau seperti yang dibagitau sekarang ini pada awal penubuhannya..rasanya tak payah ler nak ungkitkan permasalahan ini sekarang..macam tidak berapa cerdik je bunyinya..tapi renung2 dan pikir2 lah..sebabnya yang keluarkan perkara ini pun bukan calang2 orang cerdiknya...wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan