Harian Metro: Setempat |
167 peniaga tidak puas hati, rasa teraniaya Posted: 26 Jun 2012 03:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Terkejut dan tidak berpuas hati. Itu yang dirasakan kira-kira 167 peniaga yang menyewa di pusat beli-belah Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) apabila mereka diberitahu perlu berpindah keluar daripada bangunan berkenaan sebelum hujung tahun ini. Meskipun perasaan tidak senang itu sudah dilahirkan dalam satu memorandum dihantar minggu lalu menuntut perbincangan dengan pemilik bangunan, Uda Holdings Bhd (Uda), namun penjelasan syarikat berkenaan pada sesi dialog semalam tetap gagal menggembirakan hati mereka.
"Kami tidak menafikan pentingnya projek ini, ia agenda nasional dan kami tidak menghalang, tetapi penjelasan yang keluar daripada Uda mengejut, minta kami keluar menjelang hujung tahun sedangkan kenyataan MRT Corp sebelum ini mengatakan BB Plaza tak terbabit, hanya sebahagian saja.
|
BB Plaza diroboh awal tahun depan Posted: 26 Jun 2012 03:22 PM PDT KUALA LUMPUR: Kawasan Bukit Bintang, di sini bakal kehilangan satu tarikan apabila Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang berusia lebih 30 tahun dan menjadi antara pilihan pengunjung ibu kota, diruntuhkan bagi memberi laluan kepada projek Myrapid Transit (MRT). Difahamkan, kerja meruntuh pusat beli-belah milik Uda Holdings Bhd (Uda) itu akan dijalankan awal tahun depan seperti dirancang, namun peniaga yang menyewa di situ sudah diarah mengosongkan bangunan menjelang Disember ini.
"Mereka (penyewa) terkejut seperti kita terkejut apabila diberitahu perlu berbuat demikian (mengosongkan bangunan untuk diroboh)...menyerahkan ikon kita (ibu pejabat Uda di situ) yang sudah berada 38 tahun kepada projek ini.
"Berikutan itu, pihak kami adakan perjumpaan bersama penyewa selepas mereka sebelum ini menghantar memorandum dan diberitahu (menerusi media) BB Plaza tak perlu dikosongkan. Kekeliruan itu diperjelaskan," katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut MRT Corp sebagai berkata, hanya lima kios dan pemilik kedai yang beroperasi di laluan pejalan kaki di hadapan BB Plaza perlu 'dibersihkan' menjelang hujung bulan ini bagi membolehkan kerja awal pembinaan stesen dijalankan jangkaan mulai 2 Julai.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan