Isnin, 18 Jun 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kes PKINK: Mahkamah rayuan kekal keputusan

Posted:

Kes PKINK: Mahkamah rayuan kekal keputusan

Kes PKINK: Mahkamah rayuan kekal keputusan

18/06/2012 7:56pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mendapati Anggota Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah, Perak Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar bertanggungjawab dalam kes saman fitnah terhadapnya oleh Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing berkata, justeru mahkamah tidak mahu campur tangan dalam rayuan kes itu kerana Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan.

"Perayu (Raja Ahmad), yang dinamakan sebagai defendan ketiga di Mahkamah Tinggi, didapati bertanggungjawab ekoran penglibatannya dalam penerbitan dan penyebaran artikel terbabit di Mingguan Watan, yang diputuskan hakim sebagai memfitnah plaintif.

"Isu dalam rayuan ini adalah sama ada hakim berkenaan membuat keputusan yang betul," kata Hakim Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Lim Yee Lan.

Beliau berkata, sama ada Raja Ahmad terlibat dengan penerbitan dan penyebaran artikel itu adalah persoalan fakta yang perlu diputuskan melalui keterangan semasa perbicaraan kes tersebut.

Hakim Hop Bing juga berkata dokumen semasa mendedahkan bahawa Raja Ahmad merupakan penasihat jabatan editorial Mingguan Watan.

Beliau berkata, dokumen itu juga menunjukkan bahawa jabatan editorial itu mengesahkan akhbar tersebut tidak akan memohon maaf kerana laporan yang dipersoalkan adalah tepat, sebenar dan memenuhi kriteria berita sensasi yang berpotensi mendedahkan penyelewengan dalam ekuiti anak syarikat PKINK.

Sehubungan itu, panel Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan Raja Ahmad.— BERNAMA

Pusat pelupusan sampah Tg Langsat terbakar

Posted:

Pusat pelupusan sampah Tg Langsat terbakar

Pusat pelupusan sampah Tg Langsat terbakar

18/06/2012 7:48pm

JOHOR BAHRU — Sebuah pusat pelupusan sampah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Tanjung Langsat di sini terbakar hari ini dipercayai akibat tindak balas cuaca dan pelepasan gas dari sampah sarap.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd. Salleh KVP Mohamed berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 9.48 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

"Buat masa ini pihak kami dengan bantuan pasukan kecemasan Pasir Gudang sedang giat memantau keadaan di kawasan itu. Punca kebakaran sebenar sedang disiasat.

"Bagaimanapun, pihak kami tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pelepasan gas yang dikeluarkan sampah apabila terkumpul lalu menyebabkan kebakaran," katanya ketika dihubungi. — BERNAMA

UMP, politeknik Indonesia meterai kerjasama

Posted:

UMP, politeknik Indonesia meterai kerjasama

UMP, politeknik Indonesia meterai kerjasama

18/06/2012 7:21pm

KUANTAN — Universiti Malaysia Pahang (UMP) hari ini menjalinkan hubungan strategik dengan memeterai memorandum persefahaman (Mou) dengan tiga Politeknik LP31 dan sebuah sekolah tinggi dari Indonesia.

MOU itu melibatkan Politeknik LP3I Jakarta, Politeknik LP3I Bandung, Politeknik LP3I Medan dan Sekolah Tinggi Manajemen Ilmu Komputer (STMIK) Bina Sarana Global dalam usaha memperlihatkan perkongsian kepakaran dalam pembangunan teknologi maklumat.

Menurut Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim kerjasama intra-universiti itu dilihat penting dalam konteks penjajaran UMP di arena serantau dan antarabangsa.

"Kerjasama ini dijangka akan dapat melebarkan jaringan melibatkan rangkaian Politeknik LP3I dari seluruh Indonesia.

"Dalam konteks pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2011-2015, kerjasama antarabangsa seumpama ini membolehkan UMP meneroka peluang baru dalam pelbagai bidang dengan mendekati rakan-rakan kongsi yang berpotensi," katanya pada majlis menandatangani MOU berkenaan di sini hari ini.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan