Kosmo Online |
- 29 pelajar terima biasiswa Sarawak Shell
- Geng samun di lampu isyarat tumpas
- 3 pemuda didakwa miliki 6 kenderaan curi
29 pelajar terima biasiswa Sarawak Shell Posted: 29 pelajar terima biasiswa Sarawak Shell19/06/2012 8:13pm KUCHING — Empat pelajar cacat penglihatan adalah antara 29 pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Shell hari ini. Marcos Joel, Ruth Yong Wong Theen, Christina Liliah Palau dan Rubiana Bunsu, yang tidak dapat melihat sejak lahir, menerima anugerah itu daripada Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat negeri Datuk Seri Wong Soon Koh pada satu majlis di sini. Ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu, Marcos, 21, yang menamatkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, bercita-cita mengikuti pengajian dalam jurusan pendidikan atau komunikasi di peringkat universiti. Pemuda berasal dari Kampung Tanjung Bijat di Sri Aman ini berkata dia telah membuat persiapan untuk mengikuti pengajian dalam bidang itu dengan mengikuti latihan jangka pendek di Kuala Lumpur.— BERNAMA |
Geng samun di lampu isyarat tumpas Posted: Geng samun di lampu isyarat tumpas19/06/2012 7:43pm KUALA LUMPUR — Polis menumpaskan kumpulan samun dikenali "Geng Auni" apabila menahan kesemua lapan anggotanya termasuk empat orang yang pernah ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat, di Segambut dan Damansara pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, kumpulan berkenaan dikesan kembali aktif menjalankan kegiatan samun dengan modus operandinya menyamun mangsa dalam kereta ketika berhenti di lampu isyarat. "Empat anggota kumpulan itu yang baru dua bulan dibebaskan telah merekrut empat lagi anggota baru untuk melakukan jenayah samun itu sejak Mei yang melibatkan 16 kes samun seumpama itu. "Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 30 tahun. Tangkapan pertama dibuat pada 5.30 petang Ahad lepas melibatkan ketua kumpulan tersebut ketika suspek menaiki motosikal jenis Honda EX5 di sebuah stesen minyak di Segambut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ekoran tangkapan itu, tujuh lagi anggota kumpulan itu ditahan pada hari sama di sebuah rumah di Damansara yang dijadikan lokasi penyimpanan barang-barang samun.— BERNAMA |
3 pemuda didakwa miliki 6 kenderaan curi Posted: 3 pemuda didakwa miliki 6 kenderaan curi19/06/2012 7:05pm PETALING JAYA — Dua pekerja kedai besi buruk dan seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki enam buah kenderaan curi yang kesemuanya bernilai RM650,000. Dua orang pekerja iaitu S.Saravanan, 22 dan S.Mahendran, 22, serta seorang pemandu lori M.Daniel, 22, bersama-sama didakwa mencuri dua buah kereta Toyota Fortuner dan empat kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, di Lot 523, Jalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kampung Baru Subang, di sini, pada 2 petang, 25 Mei lepas. Ketiga-tiga lelaki tersebut yang diwakili peguam A.Nadarajan, didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh. Majistret Nor Afidah Idris membenarkan Saravanan, Mahendran dan Daniel diikat jamin masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes berkenaan.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan