Khamis, 21 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Embol tekad buru Bujang Sebelak

Posted:

Embol tekad buru Bujang Sebelak

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

EMBOL (depan) bersama penduduk kampung mula membuat persiapan untuk memburu Bujang Sebelak di Saratok semalam.


SARATOK - Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.

Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak.

"Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).

"Saya mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuan saya kehilangan ibu mereka," tegasnya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penggiat seni diseru hadir Hari Himpunan Bintang

Posted:

Penggiat seni diseru hadir Hari Himpunan Bintang

CERIA... Ismail Sabri (kiri) ketika ditemu bual di konti radio Suria FM di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Karyawan seni tanah air kini mampu mendapatkan perlindungan karya hak cipta yang berkesan serta menerima faedah yang lebih baik melalui Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui akta itu, penggiat seni akan mendapat pengagihan royalti yang lebih jelas seperti bayaran untuk lagu, tempat royalti dibayar dan siapa yang membayar royalti tersebut.

"Oleh itu, saya seru semua penggiat seni supaya hadir pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang akan berlangsung pada 25 Jun ini di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

"Pada himpunan itu mereka akan dapat memahami pindaan akta tersebut yang dilakukan dengan mengambil kira pandangan dan permasalahan karyawan seni tanah air sendiri.

"Sebelum ini, hak mereka (penggiat seni) sudah pun dilindungi tetapi masih tidak cukup baik. Dengan adanya akta baharu, mereka mampu mendapat perlindungan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tampil ke udara bersama program Ceria Pagi Di Suria anjuran stesen radio Suria FM di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Licik perdaya wanita jadi punca

Posted:

Licik perdaya wanita jadi punca

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

SEKUMPULAN warga Afrika menjamu selera di sebuah gerai menjual makanan yang dikendalikan warga senegara di Desa Aman Puri, Kepong baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Kelicikan warga Afrika memperdaya wanita tempatan menjadi antara punca golongan berkenaan membuka perniagaan di negara ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Azmi Ismail berkata, warga Afrika akan mencari mangsa yang kebanyakannya wanita kesepian untuk dijadikan isteri.

"Selepas berkahwin, mereka datang ke MPS memohon permit berniaga menggunakan nama isteri tetapi apabila pemeriksaan dibuat, perniagaan yang dijalankan bukanlah kedai makan makanan Melayu tetapi untuk warga Afrika," dedahnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kegiatan segelintir warga Afrika yang membuka gerai makan di Jalan Desa 1/2, Desa Aman Puri, Kepong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan