Khamis, 21 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Ketepi sempadan kerja

Posted: 21 Jun 2012 04:13 PM PDT

Nasional

 NAJIB bersama warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengaminkan doa selepas menandatangani plak merasmikan bangunan kementerian itu pada perhimpunan bulanan di Putrajaya, semalam.

NAJIB bersama warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengaminkan doa selepas menandatangani plak merasmikan bangunan kementerian itu pada perhimpunan bulanan di Putrajaya, semalam.

Pendekatan batas bidang kuasa jejas aspirasi rakyat: PM

PUTRAJAYA: Pecahkan tembok antara kementerian serta agensi serta jangan terlalu taksub menjaga sempadan kerja masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Perdana Menteri, pendekatan membataskan bidang kuasa tidak boleh diguna pakai kerana rakyat mahukan penyelesaian inovatif dan kreatif. "Aspirasi rakyat tidak dapat dipenuhi jika kementerian dan agensi kerajaan bersikap terlalu 'teritorial' (taksub menjaga sempadan) selain cenderung melindungi 'turf' (laman) sendiri. Kita menjaga bidang kuasa masing-masing tetapi tidak memikirkan jika merentasi sempadan, kita bukan saja boleh mencetuskan keputusan, malah hasil juga jauh lebih tinggi.

"Sebab itulah kita melancarkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, di mana kita cuba pecahkan tembok antara kementerian dan agensi. Banyak kejayaan dicapai dengan aplikasi kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.

"Apa pun dasar atau peraturan kita buat, tidak boleh satu rumusan untuk semua masalah, sebaliknya mesti ada pengecualian kepada realiti," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, semalam.

Perdana Menteri juga menekankan kepada pegawai kebajikan KPWKM mengenai keperluan memahami kumpulan sasar dan jangan hanya melihat sesuatu kes sebagai gambar atau angka kerana di sebaliknya ada individu yang perlu dibantu.
Najib menjadikan pengalaman turun padang di Sandakan, Sabah sebagai contoh di mana beliau berbual dengan seorang bekas pemandu teksi yang memindah hak milik rumah kepada anaknya tetapi kemudian diabaikan.

"Atas kertas, kita lihat orang ini ada anak bekerja, ada pendapatan, ada rumah dan tidak perlu bantuan tetapi hakikat anaknya kini cuba mengusirnya dari rumah tidak diketahui jika tidak turun padang. Orang seperti ini harus kita pertimbangkan untuk bantuan kerana dia terdesak berikutan perbuatan anak sendiri. Pegawai kebajikan mesti faham aspek ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memerlukan model ekonomi mapan untuk terus berkembang dengan hasil negara meningkat, sekali gus menambah sumber kewangan yang boleh diagih pada sektor sosial.

Katanya, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu pendekatan lebih kreatif dan inovatif untuk mencari sumber tambahan daripada pihak lain seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi melaksanakan lebih banyak program kebajikan rakyat.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Akademik Orang Asli ditingkat

Posted: 21 Jun 2012 04:09 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN bersarapan bersama sebahagian Tok Batin Orang Asli sekitar Lipis pada majlis perasmian Transformasi Pendidikan Orang Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau, dekat Kuala Lipis, semalam.

MUHYIDDIN bersarapan bersama sebahagian Tok Batin Orang Asli sekitar Lipis pada majlis perasmian Transformasi Pendidikan Orang Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau, dekat Kuala Lipis, semalam.

Transformasi pendidikan mampu kurangkan kadar keciciran 6 peratus setahun

KUALA LIPIS: Mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli sebanyak enam peratus setahun mulai tahun depan, adalah antara tujuh inisiatif baru dalam Transformasi Pendidikan Orang Asli.

Program yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik Orang Asli itu turut mengambil kira penambahan pelajar mengikuti Program Khas Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Untuk lebih gambar sila layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu adalah perubahan holistik dengan memberi penekanan pelbagai faktor yang dapat melonjak kecemerlangan pendidikan murid, guru, ibu bapa dan komuniti golongan berkenaan.

Beliau berkata, transformasi itu bermula dengan meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan sekolah yang mempunyai murid Orang Asli termasuk di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan kementerian.

Katanya, ia bagi memastikan segala isu dan permasalahan murid Orang Asli dapat diselesaikan segera tanpa membelakangkan sosio budaya yang diamalkan.

"Inisiatif kedua pula menawarkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) seperti penyelenggaraan motor, kemahiran dalam industri berasaskan getah, kraf, kemahiran rekaan fesyen dan keusahawanan di peringkat menengah rendah.
"Menerusi inisiatif ketiga mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli, kita berharap dalam tempoh lima tahun akan datang dapat memastikan mereka berjaya memperoleh sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya ketika melancarkan Transformasi Pendidikan Orang Asli Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Betau, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, S K Devamany.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam inisiatif keempat, PISMP bertujuan menyediakan lebih ramai guru Orang Asli berkhidmat semula kepada kaum mereka dan ia akan dilaksanakan bulan depan dengan pengambilan pertama seramai 25 orang.

"Menerusi inisiatif yang sama, kita akan mewujudkan jawatan Pembantu Pengurusan Murid daripada kalangan Orang Asli bagi membantu guru mengurus penyediaan makanan, penjagaan diri dan kebersihan murid. Ia sedang diperhalusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menambah empat lagi Sekolah Model Khas Komprehensif K9, gabungan pendidikan menengah rendah dan menengah lengkap dengan kemudahan asrama menerusi inisiatif kelima program transformasi itu.

Ia membabitkan perbelanjaan RM32 juta akan dimulai tahun depan di Perak, Selangor, Johor dan Pahang dan ketika ini, terdapat dua sekolah sedemikian iaitu di Paloh Hinai, Pekan dan Long Bedian, Sarawak.

Di CAMERON HIGHLANDS, Muhyiddin mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4 juta untuk membina dan menaik taraf beberapa kemudahan untuk kegunaan orang ramai di daerah ini.

Kelulusan itu membabitkan RM1 juta untuk kerja menaik taraf padang bola, RM2 juta untuk membina sebuah dewan masyarakat untuk kaum India dan RM900,000 untuk pembinaan enam gelanggang futsal.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Pahang ketika berucap mewakili Muhyiddin pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands di sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri yang dijadualkan menghadiri majlis itu pada jam 11 pagi, membatalkannya selepas helikopter dinaiki beliau tidak dapat mendarat di sini berikutan kabus tebal dan berjerebu.


1 ulasan:

  1. This blog was... how do you say it? Relevant!! Finally I've found something which helped me. Cheers!
    my page: sbobet 168

    BalasPadam