Ahad, 24 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Saya tak kejam: Neelofa

Posted: 23 Jun 2012 03:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, mula menunjukkan perkembangan positif apabila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai.

Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil apabila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.

Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, ketika dihubungi Metro Ahad berkata, dia tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar peguamnya kepada Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.


Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tetamu silih berganti

Posted: 23 Jun 2012 03:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga berstatus janda, manakala seorang lagi mendakwa belum pernah berumah tangga. Penampilan seksi, manja dan gebu empat sekawan yang menginap di sebuah kondominium mewah berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2), Hulu Klang, dekat sini, menjadikan mereka kegilaan lelaki hidung belang.

Betapa tidak, empat wanita Indonesia berasal dari pelbagai wilayah republik itu bukan saja manis dan bijak bermain kata-kata, malah bersedia melayan tetamu di 'kondo berahi' mereka hingga ke ranjang, asalkan bersetuju membuat bayaran seperti dijanjikan.

Metro Ahad yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan wanita itu mendapati, mereka bergerak sendirian tanpa dikawal orang tengah atau bapa ayam, sekali gus menjadikan aktiviti itu sukar dibawa ke muka pengadilan.

Satu-satunya bukti mengaitkan kondominium mewah disewa wanita itu dengan maksiat ialah longgokan kondom dalam tong sampah di rumah berkenaan.


Yang menyedihkan, kebanyakan tetamu ke kondominium itu berusia pertengahan abad selain beberapa lagi berumur lingkungan 30-an dengan berjanggut dan berkaca mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan