Kosmo Online - Negara |
- Pengutip royalti perlu tunjuk penyata kutipan
- Hari Himpunan Bintang meriah
- 11,650 lulus jadi amah di Malaysia
Pengutip royalti perlu tunjuk penyata kutipan Posted: Pengutip royalti perlu tunjuk penyata kutipan
KUALA LUMPUR - Pihak-pihak yang terlibat dalam kutipan royalti artis kini perlu menunjukkan penyata yang jelas mengenai jumlah serta sumber kutipan tersebut setelah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 dikuatkuasakan Februari lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini pengutip royalti didakwa hanya mengutip royalti tanpa penyatanya diketahui oleh penggiat seni. "Namun, dengan adanya tandatangan kontrak di bawah pindaan Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012, pengutip royalti kena beritahu berapa dan di mana kutipan itu dibuat," katanya pada sidang akhbar Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini semalam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Saripuddin Kasim; Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Abdul Manan Ismail; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin. Ismail Sabri berkata, pindaan akta itu yang diluluskan oleh Parlimen pada 22 Disember 2011 dan diwartakan pada 9 Februari lalu memperuntukkan undang-undang yang menjaga kepentingan penggiat seni merangkumi aspek kutipan royalti lebih telus dan larangan muat turun bahan seni secara tidak sah. Selain itu, ia turut memperuntukkan penguatkuasaan semula Tribunal Hak Cipta bagi penggiat seni mengadu sebarang permasalahan hak cipta mereka serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima penggiat seni. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Hari Himpunan Bintang meriahBEBERAPA artis terkenal antaranya Datuk Hattan (kiri), Datuk M. Nasir, Mas Omar dan Datuk DJ Dave turut hadir pada Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Lebih 600 penggiat seni termasuk pelakon, penyanyi, pelawak, anggota band tempatan serta aktivis seni memeriahkan Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 yang diadakan di Hotel Renaissance, Jalan Ampang di sini semalam. Himpunan yang diadakan buat kali kedua itu bertemakan 'Pertahankan Hak, Kotakan Janji'. Majlis turut dihadiri artis terkenal seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Yusof Haslam, Amy Search, Norman KRU, Rozita Che Wan, Datuk Hattan, Norman Hakim, Datin Sofea Jane, Ramlah Ram, Aizat dan ramai lagi. Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Majlis selama empat jam itu diisi dengan sesi penerangan akta baharu, Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 oleh Timbalan Ketua Pengarah MyIPO (Korporat), Mohd. Shahar Osman. Selepas itu sesi soal jawab turut diadakan yang memberi peluang kepada beberapa persatuan artis untuk bertanya kemusykilan mereka berhubung akta baharu berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
11,650 lulus jadi amah di Malaysia Posted: 11,650 lulus jadi amah di MalaysiaOleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR AGUS (dua dari kiri) menyatakan sesuatu kepada majikan kepada seorang amah dari Indonesia di Sepang semalam. SEPANG - Seramai 11,650 rakyat Indonesia telah mendapat kelulusan daripada Kedutaan Besar Indonesia di sini untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia, kata Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Indonesia, Agus Triyanto. Agus memberitahu, mereka bagaimanapun perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia sebelum dibenarkan bekerja. "Mereka harus menjalani latihan sebanyak 200 jam sebagaimana yang diperuntukkan dalam MoU berkenaan bagi membolehkan mereka memiliki sijil kompetensi kerja dari kerajaan Indonesia. "Tanpa sijil berkenaan, ia bermakna mereka (amah) tidak dilatih dengan baik dan tidak layak bekerja di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan empat amah dari Indonesia yang kemasukannya diuruskan oleh Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) di sini semalam. Kumpulan pembantu rumah berkenaan merupakan kemasukan sulung amah yang dibuat berlandaskan pindaan MoU yang telah ditandatangani pada 30 Mei tahun lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan