Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 28 Jun 2012 03:29 PM PDT MukaDepan SEBAHAGIAN peneroka FELDA Ulu Tebrau melihat kenaikan premium selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menerusi dalam talian di pejabat FELDA Ulu Tebrau, semalam. KUALA LUMPUR: Hari pertama penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia, semalam menyaksikan nilai syarikat komersial FELDA itu melonjak RM2.73 bilion. Ini sekali gus membuktikan kejayaan usaha kerajaan meningkatkan nilai aset FELDA, skim yang ditubuhkan lebih 50 tahun lalu bagi menaikkan taraf hidup rakyat miskin luar bandar. Berdasarkan harga penutup RM5.30 sesaham semalam, nilai modal pasaran FGV adalah RM19.3 bilion. Ini berbanding RM16.6 bilion berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham. Ia meletakkan syarikat itu di kalangan 15 syarikat senaraian awam terbesar negara dari segi nilai modal pasaran yang kini diterajui Malayan Banking Bhd (RM64.9 bilion) dan Sime Darby Bhd (RM57.7 bilion). IPO FGV yang meraih RM10.4 bilion adalah yang ketiga terbesar di Malaysia setakat ini dan kedua terbesar di dunia bagi tahun ini selepas Facebook.Di sebalik beberapa berita negatif yang menyelubungi FGV menjelang penyenaraiannya, saham syarikat itu membuat kemunculan sulung memberangsangkan apabila dibuka pada RM5.39 sesaham, naik 84 sen atau 18.46 peratus daripada harga IPO. Dalam 30 minit pertama urus niaga, harga sahamnya mencecah paras tertinggi RM5.46, dan kekal melebihi RM5 sesaham pada sesi dagangan petang, sebelum ditutup pada RM5.30, naik 75 sen atau 16 peratus. FGV juga muncul kaunter paling aktif dan paling untung di Bursa Malaysia dengan sejumlah 2.615 juta saham bernilai RM1.4 bilion diurusniagakan. Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata kenaikan 84 sen FGV pada minit pertama dagangan sahamnya adalah isyarat jelas pelabur sama sekali tidak teragak-agak untuk melabur dalam syarikat itu. Prospek harga saham FGV amat cerah. Kami menjangkakan ia mudah untuk mencecah RM5.53 sesaham dan seterusnya melonjak ke paras RM6 sesaham sebelum akhir tahun ini, katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, berkata penyenaraian FGV menandakan permulaan kepada transformasi syarikat daripada jaguh kampung kepada konglomerat multinasional terkemuka. Justeru, bersandarkan prospek pengembangan perniagaan dalam dan luar negara, saya nasihatkan peneroka tidak menjual saham mereka. Sebaliknya, jika ada duit lebih, beli dan tambah lagi, katanya selepas majlis penyenaraian FGV. Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad pula menyifatkan harga pembukaan berkenaan adalah dalam jangkaan berdasarkan permintaan kukuh serta jumlah lebihan langganan saham yang diterima syarikat itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menjaga FELDA, berkata kejayaan penyenaraian FGV secara tidak langsung memperlihatkan daya tahan bursa saham tempatan, sekali gus membuktikan pasaran IPO di negara ini kekal kukuh. Permulaan yang baik ini juga menunjukkan keteguhan ekonomi ASEAN berbanding bahagian dunia yang lain, katanya. Beliau berkata, penyenaraian FGV bukan saja memberikan sumber pendapatan baru untuk peneroka, malah peluang kepada semua kumpulan masyarakat untuk terbabit dalam perniagaannya serta menikmati pulangan daripadanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenWarong Pok Kob Balok syukur lah peneroka felda... gunalah duit untung sebaik mungkin sri siantan wow! kelas gitu. |
Jurulatih pertama kena penjara rasuah bola sepak Posted: 28 Jun 2012 03:25 PM PDT MukaDepan Yusarman Yusof Dia dihukum penjara 15 bulan dan denda RM200,000 selepas disabitkan kesalahan terhadap 20 daripada 21 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Datin Nursinah Adzmi mengarahkan tertuduh dihukum penjara 15 bulan dan denda RM10,000 bagi setiap 20 pertuduhan dengan semua hukuman penjara berjalan serentak. Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.Bagaimanapun, mahkamah memutuskan Yusarman, 36, tidak bersalah bagi pertuduhan ke-10 kerana wang yang diberinya kepada seorang pemain dianggap sebagai pinjaman. Nursinah berkata, hukuman dijatuhkan selepas mahkamah menimbangkan rayuan peguam bela dan mengambil kira jasa tertuduh dalam sukan bola sepak negara. Tertuduh berjasa kepada negara kerana pembabitannya dalam sukan bola sepak, selain ia kesalahan pertama. Bagaimanapun, kesalahannya jelas dan mahkamah perlu mematuhi undang-undang, katanya. Hakim membenarkan hukuman ditangguhkan hingga rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi dan mengekalkan ikat jamin sebanyak RM10,000. Yusarman ketika dihubungi berkata, beliau akan merayu di Mahkamah Tinggi. Yusarman yang digantung seumur hidup daripada terbabit dalam bidang bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Februari lalu, mengaku hanya mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan bola sepak. Beliau kini mencari rezeki dengan menoreh getah di kampung. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan