Khamis, 16 Mei 2013

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Legasi jambatan kereta api tertua

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

JAMBATAN Victoria di Karai, Kuala Kangsar ini masih tersergam kukuh dan membangkitkan pelbagai nostalgia kepada penduduk daerah tersebut.

KUALA KANGSAR 15 Mei - Sekilas pandang, pekan Karai di sini yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Ipoh, hanyalah sebuah pekan kecil di tepi tebing Sungai Perak.

Tidak seperti dua kawasan berhampiran iaitu Sungai Siput dan Padang Rengas yang dilihat lebih pesat berkembang, Karai umpama sebuah pekan mati.

Sedangkan satu ketika dahulu, nama Karai amat terkenal sehingga wujud dalam peta-peta lama negeri Perak berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

Namun, di sebalik keadaannya itu, tersembunyi keistimewaan yang menyebabkan kawasan tersebut tetap menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Salah satu tarikan yang terdapat di Karai ialah Jambatan Victoria iaitu jambatan yang mengambil nama Queen Victoria dan merupakan antara binaan terbaik dari segi kejuruteraan satu ketika dahulu.

Menurut seorang penduduk, Ahmad Tahir Abdu, jambatan kereta api itu disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor di sini.

Semasa zaman kanak-kanak iaitu sekitar tahun 1970-an, di jambatan itulah saya dan kawan-kawan bermain dan berbasikal untuk menyeberangi Sungai Perak ke pekan Karai.

Dan boleh dikatakan setiap malam juga kami akan menggunakan jambatan ini untuk melepak di kedai kopi mamak sambil makan kundas dan mendengar alunan radiogram dan ada antara kawan-kawan saya yang berjoget lambak. Namun itu dulu, kini jambatan ini semakin dilupakan," luah Ahmad Tahir yang merupakan pengumpul barang-barang antik dan klasik.

Mengikut sejarahnya, kata Ahmad Tahir, jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada Disember 1897 tetapi tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana berlaku banjir besar ketika itu.

Banjir yang melanda menyebabkan air Sungai Perak naik mendadak dan melimpah sehingga ke tebing.

Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini iaitu GW Fryer, Divisional Engineer dan CR Hanso telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan ditunda.

Hanya pada tahun 1900 jambatan itu siap dibina dan kemudiannya dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan kereta api dari Enggor ke Kuala Kangsar sebelum mula digunakan sepenuhnya bagi perjalanan dari Perai, Pulau Pinang ke Johor Bahru, Johor pada tahun 1910.

Pembukaan jambatan ini telah membawa banyak faedah kepada perkembangan ekonomi dan membuka laluan bagi pembangunan lebih pesat dan pertumbuhan bandar-bandar timah di Semenanjung Tanah Melayu.

Semasa serangan tentera Jepun di Perak pada tahun 1941, tentera British telah meletupkan jambatan ini untuk melambatkan kemaraan tentera Jepun," kata Ahmad Tahir.

Sehingga kini, terdapat beberapa kubu asal yang dibina oleh tentera British untuk mengawal jambatan ini.

Bagaimanapun, pada 2002, sebuah jambatan konkrit yang baharu telah dibina bagi menggantikan jambatan yang telah berusia lebih dari 100 tahun itu.

Pembinaan jambatan baharu itu menyebabkan peranan Jambatan Viktoria semakin dipinggirkan.

Sehinggalah ketika ini jambatan ini hanya digunakan oleh penduduk di seberang Sungai Perak untuk membeli barangan harian di pekan Karai.

Jambatan ini juga dijadikan lokasi kepada pengamal fotografi untuk mengabadikan seni bina ini di dalam koleksi gambar mereka. Saya rasa sesuatu perlu dilakukan supaya sejarah dan peranan jambatan ini mampu dijadikan satu sejarah negara untuk generasi masa depan," katanya.

Menurut beliau, sutradara terkenal, Mamat Khalid juga pernah memilih Jambatan Victoria sebagai latar pengembaraan filem Zombi Kampung Pisang pada 2007.

Exco perlu lipat gandakan usaha

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

ARAU 15 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu dilantik supaya melipatgandakan usaha dan memberikan komitmen '150 peratus' bagi memastikan Perlis tidak ketinggalan dari negeri-negeri lain.

Titah baginda, ini kerana Perlis perlu membangun untuk menjadi sebuah negeri maju sebelum Malaysia mencapai negara maju pada 2020 yang memerlukan komitmen semua pihak untuk memastikan hasrat tersebut terlaksana.

"Beta tahu segala usaha telah dilakukan sedaya upaya tetapi kali ini perlu bekerja keras, kita kena 'berlari' supaya tidak ketinggalan lagi," titah baginda selepas Upacara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Exco di Istana Arau di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Menteri Besar, Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid.

Sehubungan itu, titah baginda, barisan Exco dan wakil-wakil rakyat perlu memberi kerjasama kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri dalam sebarang usaha ke arah membagunkan negeri dan rakyat.

"Bagi beta, Exco, wakil rakyat dan juga pegawai kerajaan yang tidak memberikan sokongan atau kerjasama terhadap sebarang usaha membangunkan negeri ini boleh dianggap sebagai tindakan 'sabotaj'," titah baginda.

Dalam masa sama, baginda turut meminta wakil-wakil rakyat mengamalkan konsep 'turun padang' untuk melihat permasalahan rakyat supaya tindakan segera dapat diambil.

"Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah lepas, rakyat telah memilih kita, jadi jangan lupa untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka," titah baginda.

Titah Tuanku Syed Sirajuddin, wakil-wakil rakyat seharusnya memberikan bantuan sewajarnya kepada masyarakat walaupun kadang kala ia begitu sukar untuk ditunaikan.

"Beta faham, memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi harus diingat, kita perlu memberikan bantuan sebaik mungkin, kena usaha atau mencari jalan penyelesaian," titah baginda.

Pusat Khidmat, Aduan BN tetap dibuka

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

IPOH 15 Mei - Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak di Taman Canning di sini, akan beroperasi seperti biasa meskipun kawasan tersebut dimenangi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Urus Setianya, Mohd. Rawi Abdullah berkata, walaupun kecewa dengan keputusan tersebut namun semangat pihaknya membantu menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini tidak pernah putus.

Sehubungan itu, tegas Mohd. Rawi, pihaknya tetap akan membuka pusat khidmat dan aduan berkenaan meskipun terdapat beberapa pusat lain bertindak menamatkan operasi mereka sebaik sahaja kalah.

"Sekiranya semua pusat khidmat ditutup, sudah tentu akan memberi kesan kepada rakyat. Setiap hari kita dikunjungi rakyat yang ingin mengadu dan meminta bantuan.

"Sehubungan itu, walaupun dalam pilihan raya umum lalu kawasan ini dimenangi pembangkang, pusat ini akan beroperasi seperti biasa bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRU-13, DAP mempertahan kerusi Parlimen Ipoh Barat dengan majoriti 29,038 undi menerusi calonnya, M. Kulasegaran.

Menurut Mohd. Rawi, Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak itu yang beroperasi sejak 2009 ditubuhkan bagi membantu rakyat tanpa mengira parti politik.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Kabinet gabungan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kabinet mantap, dinamik - TPM

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

PM hargai pengundi Sabah, Sarawak

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Rabu, 15 Mei 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Konon kerajaan naikkan harga barangan asas

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kumpulan tentera siber yang dipercayai ditaja DAP, 'Red Bean Army' kini bertungkus lumus menyebarkan berita palsu di internet kononnya kerajaan telah menaikkan harga barangan asas seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti bagi menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan.

Menurut beberapa blog, dakyah kumpulan itu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah berhasil membuatkan pengguna internet berasa marah kepada kerajaan, sekali gus mempercayai kononnya pakatan pembangkang merupakan pentadbir yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Pengendali blog tun faisal dot com sebagai contoh, mendedahkan empat penipuan pembangkang tentang kenaikan harga gula yang tidak benar kecuali jika dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini.

Dua lagi penipuan katanya, termasuk oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali.

Syed Azman didapati menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas itu di akaun Twitternya pada Khamis lalu yang kemudiannya di tweet semula oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Rakyat yang naif dan mempercayai mereka, hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini.

"Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juga turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia," katanya di http://tunfaisal.blogspot.com Sabtu lalu.

Blog The Flying Kick pula mendakwa kenaikan harga barang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh pekedai yang menyokong pembangkang memang berlaku sebagai sabotaj terhadap kerajaan.

Katanya, peruncit tersebut kebanyakannya kaum Cina dan bukan dalam kalangan Melayu yang masih bersama UMNO dan BN.

"Malaysia sekarang ini sedang dilanda demam fitnah yang berterusan. Kepala fitnah utamanya adalah Anwar Ibrahim. DAP pula membantu dari belakang dengan menyediakan kemudahan media dan penerangan," katanya.

Disebabkan dakyah dan manipulasi berita palsu oleh Red Bean Army di internet, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terpaksa membuat penjelasan harga produknya tidak dinaikkan.

Gerakan terancang kumpulan tersebut dilihat bertujuan menguatkan hujah mereka apabila sering menuduh kerajaan akan menaikkan harga barang selepas pilihan raya diadakan.

Wan Azizah wajar lepaskan jawatan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Mohd Fareez, Wan Azizah, Azmin Ali

KUALA LUMPUR 15 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail wajar melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang mempertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu selepas dipimpin oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam berkata, Wan Azizah juga disaran mengakui kegagalannya di peringkat nasional dan dalam masa sama sedia mengiktiraf kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan tersebut.

Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

Ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang dan PKR Selangor yang dipimpin Azmin mempertahankan Selangor, maka adalah amat wajar agar Wan Azizah berjiwa besar dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang.

Beliau juga disaran agar mengakui kegagalannya di peringkat nasional secara terbuka, bertindak profesional dan sedia mengiktiraf ketinggian kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan ini.

Walaupun secara dasarnya Azmin hanya timbalan presiden, namun beliau telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya - DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak. Malah, beliau juga berjaya memimpin jentera pakatan dan PKR Selangor sehingga berjaya memenangi dua pertiga kerusi DUN Selangor.

Sebaliknya, Wan Azizah selaku presiden pula gagal kerana tidak berani bertanding sebarang kerusi walaupun hanya kerusi DUN.

Beliau harus segera berhenti mengaibkan dan membebankan parti. Adalah sesuatu yang amat memalukan kepada organisasi parti politik mana sekalipun apabila presidennya bukan seorang Ahli Parlimen atau ADUN.

Hakikatnya, cara berpolitik Wan Azizah kini tidak lagi relevan untuk menarik anak muda dan mahasiswa kepada perjuangan PKR. Sifat hipokrit, cemburu dan busuk hati yang sebati dalam dirinya tidak digemari dan disenangi oleh mereka.

PKR memerlukan seorang pemimpin lengkap seperti Azmin sebagai presiden untuk memimpin hala tuju dan masa depan perjuangan parti.

Branding rakyat bahawa PKR sebagai sebuah parti keluarga haruslah dielakkan. Ini kerana imej sesebuah parti yang berteraskan legasi kekeluargaan dan nepotisme telah dianggap sesuatu yang tidak bermoral di kaca mata dunia dan negara-negara Barat.

Maka, saya menyeru kepada setiap ahli dan pimpinan yang masih terus istiqamah dan setia bersama perjuangan ini agar bersedia memberi sokongan penuh kepada Azmin selaku presiden baharu.

Pengkhianatan dan penghinaan kali kedua kepada Azmin tidak harus dibiarkan berlaku sekali lagi.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Menyelami kehidupan etnik pedalaman

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

S.K. Devamany (kiri) bersama rombongan penuntut ASEAN melihat kualiti air selepas memasang penapis di kepala paip di sebuah rumah Orang Asli di Pos Pantos, Kuala Lipis, baru-baru ini. - utusan/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 15 Mei - Berkunjung ke sesebuah negara yang mempunyai kelainan etnik dan resam hidup adalah antara pengalaman unik yang dikongsi pelancong asing dari negara-negara ASEAN.

Selain itu, perkongsian intelektual dan kepakaran dalam kalangan pelancong terbabit dapat dizahirkan menerusi kegiatan kemanusiaan dan sukarelawan membabitkan kaum etnik di pedalaman negeri ini.

Pengalaman itu turut dikongsi sebanyak 40 penuntut daripada universiti dan politeknik empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar menerusi program inap desa dan kerja kesukarelaan di Kampung Orang Asli Pos Pantos di sini baru-baru ini.

Program itu turut disertai sebanyak 10 penuntut tempatan daripada Universiti Tekonologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (Unisel) yang bertindak sebagai sukarelawan.

Dikendalikan Yayasan Antarabangsa Singapura (YAS), program itu bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan antara penuntut negara ASEAN menerusi bidang akademik berkaitan pembangunan teknologi pengurusan air, alam sekitar dan keusahawanan.

Lawatan mereka diselenggarakan sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga menjadi tuan rumah pakej program inap desa Kuala Medang serta lawatan sehari ke Pos Pantos di pedalaman Jelai.

Yang hadir sama, bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K. Devamany, Exco MBM, Ahmad Daniar Ismail dan Penolong Pengarah Komunikasi Korporat YAS, Priscilla Teo.

Kunjungan ke Kampung Orang Asli Pos Pantos meninggalkan kesan kepada penuntut berkenaan kerana berpeluang mendalami cara hidup masyarakat Orang Asli Semai iaitu memasak nasi dan ubi kayu dalam buluh dan memasak ikan kering menggunakan daun.

Priscilla ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, program itu dapat menjalin hubungan kerjasama budaya dan teknologi antara penuntut negara ASEAN yang bergabung di bawah kegiatan sukarelawan anjuran YAS.

"Lawatan ini menjurus kepada kegiatan sukarela dalam membantu penduduk pedalaman di sini mengurus serta merawat air bersih secara betul dan menggunakan peralatan murah sekali gus memacu taraf kesihatan yang baik dalam kalangan penduduk Orang Asli di sini.

"Kita mengaplikasi bidang teknologi berasaskan rawatan air bersih kerana penduduk pedalaman ASEAN kini berhadapan dengan ancaman global khususnya usaha membaiki taraf kesihatan dan alam sekitar," katanya.

Menurutnya, semasa kunjungan ke rumah Orang Asli berkenaan, ahli rombongan terbabit memasang penapis di kepala paip untuk membolehkan penghuni berkenaan memperoleh air bersih bagi keperluan minuman dan masakan.

Tambahnya, menerusi pakej lawatan Program Inap Desa Kuala Medang, para penuntut berpeluang mengenali pelbagai adat resam etnik Semai termasuk penduduk Melayu Pahang di pesisiran Sungai Jelai.

"Lawatan itu amat berguna kepada penuntut yang turut merasai pengalaman seperti menyumpit, memasak nasi dan ubi kayu dalam buluh termasuk mencuba menyalai ikan menggunakan kaedah tradisional," katanya.

Sementara itu, katanya, majlis suai kenal dan program Kenali Orang Asli Pantos turut diadakan bersama penuntut dengan penduduk terbabit yang dihadiri Devamany.

Menurut Devamany, lawatan penuntut universiti daripada beberapa negara ASEAN menerusi program berkenaan dapat mendekatkan hubungan diplomatik menerusi pendidikan, kesihatan, kebudayaan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Kerajaan berterima kasih kepada Kedutaan Singapura yang menguruskan lawatan sukarelawan YAS kerana dapat menjalin hubungan erat dengan negara jiran ini khususnya sesama penuntut berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, pemilihan Pos Pantos adalah tepat kerana destinasi berkenaan mempunyai pelbagai aset budaya serta kesenian yang belum tercemar dan perlu diketengahkan kepada pelawat antarabangsa.

Dalam pada itu, Ahmad Daniar berkata, program berkenaan merupakan kolaborasi antara MBM dengan YAS bertujuan menerapkan kesedaran dan perkongsian bijak dalam kalangan penuntut antarabangsa.

"Sebagai sukarelawan, MBM mendidik penuntut terbabit melaksanakan kerangka hubungan antarabangsa dengan penuntut negara lain khususnya berkongsi pengalaman serta kemahiran sesuatu bidang pengajian," katanya.

Hapus saki baki kemiskinan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 15 Mei - Kerajaan negeri mempunyai strategi yang tersusun bagi membangunkan kampung-kampung tradisional di pinggir Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah ini untuk dimajukan menerusi sektor pertanian dan pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, langkah ini bertujuan membantu mengubah kehidupan penduduk yang berpendapatan rendah dan menghapuskan saki baki kemiskinan berasaskan transformasi pembangunan bidang tertentu.

Beliau berkata, agensi seperti Felcra, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan akan membantu penduduk yang mempunyai tanah terbiar untuk melaksanakan projek perladangan getah, kelapa sawit, tanaman kontan dan ternakan ikan air tawar bagi menambah pendapatan mereka.

"Selain bagi meningkatkan pendapatan penduduk, pada masa sama kita mahu menarik golongan belia kembali ke kampung masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menziarah warga emas dan pesakit kronik, di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, dekat sini baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan menyediakan kemudahan asas di kampung tradisional di pinggir sungai berkenaan dengan membina jalan raya dan jeti untuk keselesaan petani memunggah hasil kampung ke bandar Jerantut dan tempat pengumpulan hasil pertanian.

"Tanggungjawab sosial kerajaan BN telah diterjemahkan sejak sebelum dan selepas pilihan raya umum yang lepas dengan membina banyak projek kemudahan asas membabitkan kos yang tinggi di kampung-kampung tradisional," ujarnya.

Justeru, kata Ahmad Shukri, usaha itu akan diteruskan berasaskan Aku Janji Barisan Nasional (BN) setelah rakyat memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk meneruskan pemerintahan negeri ini.

"Usaha murni kerajaan BN negeri menerusi pelbagai program telah terbukti apabila kemiskinan tegar berjaya dikurangkan sehingga tiga peratus sahaja sejak dua tahun lepas.

"Bagi DUN Pulau Tawar, Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) di Bukit Rang di sini iaitu penempatan sebanyak 100 keluarga miskin telah terbukti mengubah pendapatan peserta dan kini mereka bebas daripada belenggu berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN juga telah merancang membahagikan lot tanah di Bukit Rang dan kampung tradisional lain untuk belia berkeluarga membina rumah dan memudahkan mereka menumpukan perhatian kepada bidang pertanian dan usahawan sebagai sumber pendapatan.

Tambahnya, usaha membina penempatan setempat untuk Orang Asli di DUN Pulau Tawar telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan di samping membabitkan penyertaan aktif golongan minoriti di sini dalam sektor pertanian dan pendidikan.

Kerajaan serius laksana pembangunan

Posted: 15 May 2013 01:21 PM PDT

KUALA KRAU 15 Mei - Pembangunan pesat di kawasan Parlimen Kuala Krau di sini membuktikan kerajaan serius dalam melaksanakan projek pembangunan seimbang dan menepati keperluan rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, kawasan Parlimen itu berjaya menampakkan pembangunan selari dengan kepesatan negara.

Menurut beliau, Pekan Kuala Krau dan Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang terletak di dalam kawasan Parlimen itu menunjukan arah aliran pembangunan memberangsangkan berikutan kewujudan jambatanKuala Krau yang menyeberangi Sungai Pahang.

"Pembangunan yang dilaksanakan di kawasan penempatan kampung tradisional, pekan, tanah rancangan Felda, ladang dan perkampungan Orang Asli semakin memberangsangkan hasil perancangan jitu kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, projek pembangunan bernilai lebih RM250 juta di Bandar Tun Abdul Razak sedang dilaksanakan seperti Stadium Jengka, Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu, masjid baharu Jengka dan lain-lain.

Katanya, kewujudan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka Pahang di Bandar Tun Abdul Razak menambahkan lagi variasi dan keindahan kawasan Parlimen Kuala Krau.

"Wakil rakyat daripada BN telah membuktikan komitmen dan kesungguhan luar biasa berkhidmat untuk rakyat dengan pelbagai program sejak lima tahun lalu," katanya.

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Pembangunan semula bermula

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Inilah tapak yang akan didirikan pasar sementara untuk menempatkan sebahagian besar peniaga di Pasar Raja Bot. - Utusan/Ghazali Basri

KUALA LUMPUR 14 Mei - Bangunan di hadapan Plaza Safuan di Jalan Raja Alang di sini telah dirobohkan, yang menandakan akan bermulanya Projek pembangunan semula Pasar Raja Bot.

Perobohan bangunan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pasar sementara untuk menempatkan para peniaga di pasar yang lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit itu.

Pengunjung pasar itu yang ditemui melihat pembangunan semula pasar tersebut bukan sahaja akan mengangkat taraf peniaga di situ tetapi juga kawasan Chow Kit itu sendiri.

Mereka meluahkan harapan agar bangunan pasar baru nanti setanding dengan pasar-pasar di luar negara yang jauh lebih moden dan selesa sekali gus menjadi tarikan pelancong di ibu kota.

Seorang pengunjung pasar berkenaan, Juriah Ahmad, 57, menyambut baik usaha kerajaan bagi membangunkan pasar tersebut.

"Saya merupakan pengunjung yang selalu ke sini untuk membeli barangan keperluan harian. Lokasinya mudah dikunjungi dengan pengangkutan awam.

"Saya menyokong pembangunan pasar ini kerana ia sudah usang dan kotor jadi tidak sesuai untuk para pelancong luar lihat. Di samping itu, pasar ini terkenal di merata tempat," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi pengunjung, Rohyah Sahad, 55, menyifatkan pembangunan semula pasar itu dapat menarik lebih ramai pelanggan kerana keadaannya kelak pasti lebih selesa.

"Saya sokong 100 peratus dengan usaha mencantikkan semula pasar ini. Dengan keadaan pasar ini yang sudah berusia, sudah tiba masa ia dinaik taraf," jelasnya.

Sementara itu, tinjauan mendapati pemindahan kumpulan pertama sebanyak 25 orang daripada 205 penjaja di Pasar Raja Bot ke tapak sementara telah selesai dan mereka menjalankan perniagaan seperti biasa.

Seorang peniaga roti canai, Jaafar Said, 55, berasa lega berikutan pemindahan ke tapak sementara selesai.

"Pemindahan bagi peniaga gerai makan dilaksanakan pada 25 Mac lalu. Saya bersyukur kerana semua kemudahan seperti dapur, gerai, bekalan elektrik dan air disediakan.

"Aktiviti perniagaan kami berjalan seperti biasa sementara pembangunan semula dilaksanakan. Saya telah berniaga roti canai selama 35 tahun di sini dan saya mahu para peniaga dan pengunjung selesa apabila pasar baharu siap kelak," ujarnya.

Peniaga santan, Awaludin Adam, 46, berharap kerja-kerja pembangunan semula itu nanti dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

"Apabila pindah ke tapak sementara di sini, pelanggan agak kurang sedikit berbanding dahulu. Bagaimanapun, saya yakin Pasar Raja Bot yang berwajah baharu nanti akan dapat menarik lebih ramai pelanggan dan kami dapat berniaga dengan lebih selesa," katanya.

Airport Limo tidak terkubur

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh HASHNAN ABDULLAH
kota@utusan.com.my

PEMANDU-PEMANDU Airport Limo yakin keputusan SPAD membenarkan teksi bandar menurun dan mengambil penumpang di KLIA tidak akan menjejaskan perkhidmatan mereka.

SEPANG 14 Mei - Para pemandu teksi dan limousin (Airport Limo) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ) di sini percaya perkhidmatan mereka tidak akan 'terkubur' berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan teksi bandar mengambil dan menurun penumpang di KLIA mulai esok.

Wakilnya, Sahran Abdul Hamid (gambar) berkata, para penumpang di KLIA, termasuk pelancong asing akan tetap memilih Airport Limo berdasarkan polisi dan rekod perkhidmatan mereka yang baik selama 15 tahun di lapangan terbang terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga akan turut melancarkan pelbagai program dan promosi bagi memperkukuhkan lagi jenama Airport Limo di kalangan penumpang di KLIA dan pelancong asing.

"Kami amat kecewa dengan keputusan kerajaan itu tetapi tetap akur dan tidak akan mogok atau melakukan demonstrasi yang boleh menjejaskan imej kerajaan.

"Saya percaya dalam tempoh dua tiga bulan akan datang, perkhidmatan Airport Limo akan menjadi satu jenama yang boleh dipercayai oleh orang ramai, termasuk pelancong asing," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mulai esok, kerajaan membenarkan teksi bandar menurun dan mengambil penumpang di KLIA dan juga KLIA2 dengan syarat pemandu teksi itu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Keputusan tersebut selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan pemandu-pemandu teksi itu dapat menyediakan kenderaan yang sesuai bagi kemudahan dan keselesaan penumpang, termasuk pelancong asing.

Namun begitu, Sahran melahirkan kesangsian berhubung sikap para pemandu teksi bandar terhadap penumpang yang rata-ratanya dilaporkan agak negatif oleh media massa.

"Selama ini kami berjuang untuk memastikan Airport Limo menjaga imej negara dan rakyat dengan memberi maklumat yang betul kepada pelancong asing supaya mereka terus datang ke Malaysia tanpa rasa takut.

"Sudah pasti kami tidak mahu perjuangan selama 15 tahun itu menjadi sia-sia," katanya.

XMIT 500 teknologi baharu pungut sampah

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

MD. RAIS Mansur (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mauri E. Leonen sambil diperhatikan oleh Matti Pullinen (tengah), Dr. Judin Abdul Karim (kanan sekali) dan Dr. Mohd. Fadzil Man (kiri) pada majlis menandatangani MoU antara AWSM dengan Ecosir Group di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Program Pemindahan Teknologi Sistem Pungutan Sampah Bersepadu menggunakan teknologi XMIT 500 yang melibatkan teknologi hijau bakal memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.

Pengerusi Automated Waste System (M) Sdn. Bhd. (AWSM) Dr. Mohd. Fadzil Man berkata, teknologi dari Finland itu bukan sahaja baik kepada alam sekitar malah mewujudkan persekitaran hidup yang lebih sihat.

Jelasnya, teknologi XMIT 500 merupakan alternatif bagi memindahkan sampah daripada bangunan tinggi ke bekas pembuangan sampah secara automatik tanpa menggunakan khidmat kerja manusia.

Sisa sampah akan dipindahkan menggunakan vakum secara automatik dari bangunan dengan lebih cepat, mudah dan bersih.

Proses yang menggunakan paip bersaiz 500 milimeter itu mampu mengumpul dan memindahkan sisa pada kelajuan melebihi 20 meter per saat ke pusat pembuangan sampah yang disediakan sebelum dipindahkan ke tempat pelupusan sampah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Ecosir Group Oy Ltd. di sini hari ini.

Yang turut hadir, Duta Besar Finland, Matti Pullinen dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim.

Tambahnya, sistem pemindahan sampah tersebut turut mengurangkan bau dan risiko pencemaran jika dibandingkan dengan cara pengurusan sisa sampah secara tradisional," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ecosir Group Oy, Mauri E Leponen berkata, penggunaan teknologi moden tersebut membawa penjimatan besar terutama dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan bangunan.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Bomba selamat aset RM111.1j

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Norazam Khamis (dua dari kanan) menderma darah sambil diperhatikan oleh pegawai bomba lain Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 14 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berjaya menyelamatkan aset bernilai RM111.1 juta dalam 545 kes kebakaran, melibatkan bangunan serta harta benda sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, dalam tempoh sama, sebanyak RM10.31 juta kerugian direkodkan melibatkan kebakaran harta benda dan bangunan yang tidak sempat diselamatkan.

''Secara keseluruhan, panggilan kebakaran dalam tempoh Januari hingga April tahun ini turut menurun daripada 154 kes pada Januari berbanding 98 kes direkodkan pada April.

''Bagi kes melibatkan kemalangan pula, sebanyak 324 kes dengan 22 kematian, 119 cedera dan 58 selamat direkodkan dalam tempoh yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Program Derma Darah dan Program Bersama Pelanggan Sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2013 peringkat negeri di sini hari ini

Menurut Norazam, cabaran utama JBPM negeri ialah mengurangkan bilangan kes kebakaran dan kematian, justeru, jabatan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan respons pantas supaya kehilangan nyawa dan harta benda dapat dikurangkan.

Ujarnya, antara bantuan penyelamat yang paling banyak dilakukan oleh bomba ialah kemalangan jalan raya, panggilan mencari dan menyelamat serta bencana alam.

Pada program berkenaan, kira-kira 400 individu termasuk 150 anggota dan pegawai menderma darah untuk Tabung Darah Hospital Tuanku Ampuan Najiah, Kuala Pilah.

''Program itu merupakan sebahagian komitmen JBPM negeri dalam usaha memberikan sumbangan sosial kepada masyarakat.

''Selain menderma darah, JBPM negeri turut membuka kaunter kepada pelanggan bagi menyampaikan maklumat tentang kesedaran keselamatan kebakaran yang mana pengetahuan tentang perkara itu perlu didedahkan di peringkat awal," tambah Norazam.

Sokong UMNO pertahan hak bangsa Melayu

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Idris Haron (kanan) dan Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) menaikkan bendera UMNO dan Jalur Gemilang pada Sambutan UMNO Ke-67 di Seri Bendahara, Air Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 14 Mei - Hak kaum Melayu akan terus dipertahan selagi UMNO berkuasa dan mendapat mandat daripada rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, orang Melayu harus yakin terhadap UMNO kerana tidak pernah lari daripada asas perjuangan utama untuk agama, bangsa dan tanah air.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, jika tidak bersatu di bawah UMNO kuasa orang Melayu sebagai kaum majoriti di negara ini akan terus tersisih dan tidak mustahil akan lenyap sedikit demi sedikit.

"Orang Melayu perlu bersatu kerana kita sudah nampak bahaya yang cukup jelas dan nyata berada di depan kita kerana kaum Cina tidak menghargai kita bekerja dengan keikhlasan dan memenuhi kehendak meritokrasi.

"Bukan itu yang mereka kehendaki sebaliknya mereka ingin mengambil alih negara kita secara demokrasi dan ini sebenarnya amaran yang cukup jelas memerlukan orang Melayu bersatu padu," katanya.

Beliau berucap sempena sambutan Hari UMNO ke-67 Peringkat Negeri dan Hari Lahir Ketua Menteri, Datuk Idris Haron yang ke-47 di Seri Bendahara, Ayer Keroh, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abu Seman Yusop, Setiausaha, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim, semua ketua UMNO Bahagian, pemimpin sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Mohd. Ali menyeru orang Melayu bersatu membela kaum Melayu dan menjadikan UMNO parti yang bersederhana dalam menjaga kepentingan semua kaum.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana masyarakat Cina menolak dasar 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun bertujuan membina masa depan untuk semua kaum di negara ini.

"Apa yang telah berlaku satu pengajaran yang amat pahit untuk kita semua dan perlu diambil ingatan sepanjang masa," ujarnya.

Kesedaran keselamatan pejalan kaki perlu ditingkatkan

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

SEREMBAN 14 Mei - Sempena Minggu Keselamatan Pejalan Kaki Sedunia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan Program Penguatkuasaan Pengguna Lintasan Belang dan Jejantas di Sekolah Kebangsaan (SK) Paroi di sini hari ini.

Pengarahnya, Sanusi Abdul Hamid berkata, program bertemakan keselamatan pejalan kaki itu bertujuan mendekati orang ramai bagi menyampaikan mesej peringatan dan keselamatan penggunaan lintasan belang atau jejantas, selain penguatkuasaan serta risiko pengguna lalu lintas.

Beliau berkata, program ini adalah kesinambungan daripada segala program kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen advokasi keselamatan JKJR yang telah dijalankan sebelum ini dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

''Program hari ini adalah sebahagian daripada inisiatif JKJR bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengutamakan keselamatan di jalan raya.

''Ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan jejantas atau lintasan belang ketika melintas jalan raya, khususnya pelajar sekolah ataupun ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak mereka pulang dari sekolah," katanya semasa program berkenaan berlangsung di sini hari ini.

Menurut beliau, tahap kesedaran masyarakat terhadap penggunaan kemudahan ini sudah ada cuma sikap tidak mengambil berat segelintir masyarakat yang membahayakan nyawa mereka sendiri ataupun orang lain.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Fokus kepada amalan kebersihan

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail membuang tin minuman ke dalam tong kitar semula pada majlis perasmian Kenderaan Kutipan Sisa Pepejal Environment Idaman (ENVI) sambil diperhatikan oleh Azmil Khalid (kanan) di Komalaut, Kuala Perlis di Kangar, Perlis, kelmarin.

KANGAR 14 Mei - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada negeri dengan mengamalkan kebersihan sebagai salah satu fokus utama.

Titan baginda, banyak perkara boleh dizahirkan untuk menyatakan rasa cinta dan sayang kepada Perlis, namun antara yang mudah dilakukan ialah mewujudkan suasana bersih dan indah.

"Kebersihan hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya bangsa yang bermentaliti kelas pertama," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Raja Muda Perlis mengutarakan perkara itu sewaktu merasmikan Gotong-royong Perdana Peringkat Negeri Peris 2013 anjuran Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) di Kompleks Makanan Laut (Komalaut), Kuala Perlis di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah E-Idaman, Datuk Azmil Khalid.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, tanggungjawab menjaga kebersihan tidak harus diletak di bahu kerajaan atau pihak berkuasa tempatan semata-mata, malah ia merupakan tanggungjawab bersama masyarakat.

Pada majlis itu, baginda turut merasmikan dua buah jentera pemungut sisa pepejal, setiap satu bernilai kira-kira RM450,000.

Dua jentera itu adalah tambahan kepada 11 buah sedia ada digunakan bagi memungut sisa pepejal di Perlis, selain tiga unit lagi yang akan dibekalkan tidak lama lagi.

Sebelum itu pada sebelah pagi berlangsung majlis gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Komalaut yang menjadi tumpuan para penggemar makanan laut dan ikan bakar, melibatkan beratus-ratus orang anggota E-Idaman dan penduduk sekitar. - BERNAMA

Peluang Melayu miliki hartanah RM70 juta di Bandar Meru Raya

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

JAMALUDIN Abdul Rahim (kiri) meninjau tapak projek pembinaan kondominium dan lot kedai di Meru Raya, Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 14 Mei - Orang Melayu digesa supaya merebut peluang memiliki hartanah melibatkan 295 unit kedai dan kondominium yang kini sedang dibangunkan di tapak Projek Pembangunan Bercampur Zon 5, Bandar Meru Raya di sini.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri, Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim berkata, projek pembangunan bernilai RM70 juta dan berkeluasan hampir dua hektar diusahakan oleh PKMM itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Sebanyak 170 unit kondominium dinamakan sebagai DWJ Residence akan dijual dengan harga minimum RM250,000 iaitu 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

"Kita akan memberikan keutamaan kepada kira-kira 400,000 orang Melayu yang menetap di Ipoh untuk memilikinya dan status pegangannya adalah hak milik kekal," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis tahlil dan kenduri doa selamat untuk pembangunan projek berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Jamaludin berkata, kerja-kerja pembangunan projek tersebut telah bermula sejak tiga bulan lalu dan berjalan mengikut jadual.

Beliau berkata, selain 125 unit kedai yang ditawarkan, pihaknya turut menjual lima unit 'penthouse' dengan harga RM1.5 juta sebuah di kawasan tersebut.

Tambah beliau, setakat ini, pihaknya telah menerima tempahan sebanyak 70 peratus dan kira-kira 65 peratus daripadanya terdiri daripada ahli-ahli PKMM sendiri.

"Kita amat menggalakkan syarikat milik kerajaan (GLC) untuk memiliki hartanah di sini dan pihak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) merupakan antara yang terawal membeli satu premis.

"Kita menawarkan harga kira-kira RM900,000 bagi unit perniagaan untuk membolehkan orang Melayu mampu memilikinya berbanding RM1.8 juta yang dijual di Taipan Bandar Meru Raya," katanya.

Zabri mahu ubah wajah Trong

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

IPOH 14 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong, Dr. Zabri Abd. Wahid (gambar) bertekad untuk menggunakan segala kepakaran yang dimilikinya dalam bidang pertanian bagi mengubah wajah kawasan itu serta penduduknya menjadi lebih maju dan berdaya saing.

Bekas Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) negeri itu berkata, kawasan Trong mempunyai banyak potensi melalui hasil hutan hinggalah ke laut yang boleh dibangunkan sebagai kegiatan ekonomi baharu sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk.

Bagi mencapai matlamat tersebut, menurut Zabri, beliau mempunyai banyak perancangan khususnya untuk merancakkan kegiatan pertanian dan menggalakkan penglibatan penduduk Trong dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

''Paling terdekat, saya ingin menjadikan sebuah kampung di Trong sebagai kampung contoh yang mana setiap rumah di situ penduduknya menanam tiga atau empat jenis tanaman di sekeliling rumah mereka seperti serai, kunyit, kacang panjang atau bayam.

''Selain memanfaatkan kawasan terbiar di persekitaran rumah, tanaman juga boleh digunakan untuk makanan sendiri selain dijual sebagai pendapatan sampingan. Projek ini akan saya jalankan dengan bantuan agensi pertanian berkaitan untuk bekalan bahan mentah seperti biji benih dan baja serta kursus untuk penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Zabri menang di Trong selepas menewaskan calon Pas, Norazli Musa dengan majoriti 1,804 undi.

Menurut Zabri, antara projek lain dalam perancangannya ialah melibatkan seramai mungkin penduduk kawasan itu dalam program Azam Tani di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Katanya, selain memberikan bantuan peralatan perniagaan kepada penduduk, pihaknya berhasrat mewujudkan pusat pemprosesan makanan dan gerai-gerai perniagaan kekal kepada penduduk Trong.

Pada masa sama, kata Zabri, pihaknya akan mengadakan kursus-kursus perniagaan kepada penduduk yang telah dan akan menceburi bidang keusahawanan untuk meningkatkan pengetahuan mereka.

''Kegiatan ini akan membantu merancakkan kegiatan ekonomi di DUN Trong dan sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

''Begitu juga dengan kemudahan infrastruktur seperti bank dan klinik, semua ini saya akan usahakan untuk kemudahan penduduk yang sebelum ini terpaksa keluar jauh untuk mendapatkan semua perkhidmatan ini," katanya.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Najib menghadap Agong hari ini

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

NGO harap Kabinet jadi penggerak transformasi, nadi perjuangan rakyat

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

PM cabar generasi muda keluar zon selesa

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Selasa, 14 Mei 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Phahrolrazi letak jawatan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah

Posted: 14 May 2013 10:32 PM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR 15 Mei - Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri berikutan keputusan Pas Pusat melantik Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu.

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan berkenaan kepada Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur berkata, beliau bagaimanapun masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

Katanya, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Demonstrasi jalanan Sabtu ini

Posted: 14 May 2013 11:48 AM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mei - Niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan.

"Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu.

"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam semalam.

Dalam perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, majoriti yang memberi sokongan adalah masyarakat Cina sama sebagaimana dua perhimpunan terdahulu di Kelana Jaya dekat sini dan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seruan supaya rakyat bangkit melakukan rusuhan jalanan pada 18 Mei ini juga dilaungkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa kononnya jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan melalui demonstrasi tersebut, pembangkang akan mengubah sistem sedia ada.

"Adakah kita sanggup turun ke jalan raya? Kita sudah tiada jalan lain. Kita akan buat macam perhimpunan Bersih sebelum ini. Kita tunjukkan bagaimana kuasa rakyat kepada UMNO dan BN. Kita lawan tetap lawan," katanya.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Jangan bimbang bahan sianida

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

Mohd. Soffi Abdul Razak (tengah) bersama Ahmad Zamzamin Hashim (kiri) melepaskan benih anak ikan patin dalam kolam yang dialiri kesan bahan sianida di lombong emas Kampung Penjom, Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 14 Mei - Penduduk di sekitar daerah ini termasuk Kampung Penjom diminta tidak bimbang tentang penggunaan sianida oleh syarikat perlombongan emas, J Resources Penjom Gold Mine (JPRGM) kerana bahan kimia itu digunakan secara terkawal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, syarikat itu yang beroperasi di daerah ini menggunakan bahan tersebut mengikut kadar terendah bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

Menurut beliau, mereka mempunyai kepakaran ahli kimia berpengalaman selama 15 tahun dalam menyelenggara bahan sianida untuk pemprosesan galian emas di kawasan itu.

Tambahnya, Jabatan Kesihatan negeri juga melakukan pemantauan berterusan di makmal pemprosesan sianida dan kawasan perlombongan secara berterusan untuk memastikan persekitaran di situ tidak tercemar.

"Penduduk jangan termakan hasutan pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi operasi cari gali emas di Penjom hanya semata-mata bagi tujuan tertentu dan kepentingan sendiri.

"Sejak JPRGM beroperasi dua tahun lalu, penggunaan bahan berkenaan dalam kerja memproses emas membawa peluang ekonomi kepada penduduk tempatan malah tidak ada penduduk di kawasan itu dilaporkan mengalami komplikasi penyakit tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi lombong dan melepaskan benih anak ikan patin di kolam yang dialiri kumbahan bahan tersebut di tapak perlombongan berkenaan di Kampung Penjom, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Penasihat Eksekutif JRPGM, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim; Timbalan Pengurus Besar JRPGM, Aldrin Alambono dan Setiausaha Jawatankuasa Induk J Resources, Mohd. Shaifuddin Hamzah.

Menurut Mohd. Soffi, pihak pengurusan syarikat itu telah membina beberapa kolam yang dialiri bahan tersebut daripada makmal yang memproses galian emas dengan menternak sebanyak 10,000 ikan patin dan talapia.

Jelasnya, kesungguhan JPRGM itu membuktikan penyelenggaraan bahan kimia sianida terkawal sehinggakan ikan air tawar yang diternak membesar dan boleh dimakan tanpa pencemaran.

Katanya, sejak beroperasi di Penjom, JPRGM menyumbang peluang pekerjaan terhadap penduduk tempatan termasuk menggunakan kepakaran anak tempatan selain beramal menerusi kerja sosial untuk pendidikan serta membantu penduduk miskin.

Kerajaan negeri teliti bangun ladang rakyat - MB

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

BENTONG 14 Mei - Kerajaan negeri akan meneliti jika masih terdapat tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai ladang rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, ramai penduduk keliru dan menganggap negeri ini masih mempunyai tanah yang luas dan boleh diagihkan kepada rakyat menerusi program tanah berkelompok seperti Felcra dan RISDA.

"Tanah di Pahang meliputi kawasan seluas 3.6 juta hektar dan sebahagian besarnya dimajukan dengan tanaman getah dan kelapa sawit.

"Baki yang tinggal kini tidak lagi sesuai untuk dimajukan kerana digazetkan sebagai kawasan hidupan liar, hutan simpan, rizab sungai dan kawasan tadahan air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Akhir Peserta Felcra peringkat negeri di Simpang Pelangai, di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu, Felcra mengagihkan dividen sebanyak RM22 juta kepada 20,000 peserta dari seluruh negeri ini membabitkan kawasan tanah seluas 50,000 hektar.

Jelasnya, kawasan terbabit tidak boleh dimajukan kerana boleh mengganggu sistem ekologi dan jika mahu dibangunkan akan mendatangkan masalah seperti hakisan tanah serta gangguan sumber bekalan air.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju meluluskan kawasan seluas 1,000 hektar tanah kepada Felcra Berhad untuk dibangunkan dengan projek komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah.

Hari Tapir Sedunia di Taman Negara Kuala Tahan dapat sambutan

Posted: 14 May 2013 11:49 AM PDT

Mohd. Ali Mohamad (kanan) bersama Abd. Rasid Samsudin (dua dari kanan) melihat salah satu aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Hari Tapir Sedunia di Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 14 Mei - Sambutan Hari Tapir Sedunia yang diadakan di Taman Negara, Kuala Tahan di sini menunjukkan komitmen rakyat untuk memulihara spesies hidupan liar itu supaya tidak pupus.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad berkata, sambutan yang julung kali diadakan secara besar-besaran itu mendapat reaksi positif dalam kalangan masyarakat.

"Ini adalah kali pertama kita adakan secara besar-besaran melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), agensi swasta, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah.

"Program itu diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman dihadapi oleh tapir dan kepentingan pemuliharaannya," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Sambutan Hari Tapir Sedunia di Mutiara Taman Negara di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abd. Rasid Samsudin dan Presiden Malaysian Nature Society (MNS), Prof. Dr. Maketab Mohamed.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut seperti pameran tapir dan hidupan liar serta alam sekitar, pertandingan mewarna, forum tapir dan sesi bersama tapir di Mutiara Taman Negara.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Perhilitan, MNS, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mutiara Taman Negara serta Tapir Specialist Group and Copenhagen Zoo.

Katanya, tapir merupakan spesies terancam ekoran penerokaan hutan tanpa kawalan menyebabkan habitat asal haiwan liar itu semakin berkurangan.

"Kita semua perlu sedar dengan kepentingan penjagaan hutan supaya habitat haiwan tersebut tidak terancam, sekali gus memulihara spesies terbabit tidak pupus akibat kerakusan manusia," ujarnya.

Mohd. Ali berkata, pihaknya dengan kerjasama beberapa pihak terlibat dan masyarakat sekitar akan meneruskan usaha pemuliharaan berkenaan sebagai sumber biodiversiti dan menyelamatkan spesies haiwan yang jarang ditemui dan terancam.

Beliau memberitahu, pemilihan Taman Negara Kuala Tahan sebagai lokasi sambutan Hari Tapir Sedunia kali ini kerana kawasan ini adalah ekopelancongan terkenal dan tempat pelindungan penting sebagai habitat mamalia ikonik itu.