Khamis, 15 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Maseu gesa timbang semula

Posted:

Maseu gesa timbang semula

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mac - Kesatuan Pekerja-pekerja Sistem Penerbangan MAS (Maseu) menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pertukaran saham antara Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (Air Asia).

Pengerusinya, Alias Aziz mendakwa, perkara itu perlu dilakukan memandangkan pertukaran saham berkenaan jelas hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak sahaja iaitu AirAsia.

Beliau berkata, sejak pertukaran saham berlaku pada September lalu sehinggalah hari ini, tiada perubahan atau kelebihan dinikmati oleh MAS.

"Ketika ini, suasana pengurusan dalam MAS juga telah berubah apabila kebanyakan pengurus atasan adalah daripada AirAsia dan suara mereka lebih didengari. Ini perkembangan yang tidak sihat kerana menjadikan MAS seolah-olah minoriti.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Pembangkang cuba pertahan Anwar

Posted:

Pembangkang cuba pertahan Anwar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mac - Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tindakan mereka yang dianggap cuba menegak benang basah itu tercetus apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) membacakan kenyataan Anwar berhubung perkara itu yang disiarkan dalam The Wall Street Journal, Januari lalu.

Suasana kecoh bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun membantah tindakan Anifah yang disifatkannya tidak berasas.

Nurul Izzah mendakwa Anifah cuba mengelirukan dewan dan sengaja menggunakan ruang menjawab untuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Anwar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT

Posted:

Atasi guru kurang di SJKC, SJKT

KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Pelajaran tidak menghadapi masalah kekurangan guru di sekolah kebangsaan kecuali untuk subjek tertentu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi permasalahan di SJKC, punca utama berlakunya kekurangan adalah faktor bekalan guru berkelayakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Mandarin.

Menurut beliau, bagi menangani isu itu, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah seperti menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Kekurangan Guru di SJKC.

''Sehingga kini sebanyak dua mesyuarat telah diadakan untuk mendapatkan satu penyelesaian terbaik dalam waktu terdekat. Kita juga mencadangkan supaya guru opsyen Pengajian Cina di SJKC yang telah lama mengajar mata pelajaran lain lebih daripada lima tahun, contohnya Matematik dan Sains, diberikan latihan tambah opsyen melalui Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan