Selasa, 1 November 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Polis minta Ordinan Keretapi Sabah dikaji semula

Posted: 01 Nov 2011 03:43 AM PDT

Mutakhir

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan meminta kerajaan negeri mengkaji semula Ordinan Keretapi Negeri Sabah, yang digunapakai sejak 1914, khususnya seksyen 28 di bawah ordinan itu.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib, berkata mengikut seksyen itu, hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM50 bagi individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya, penumpang keretapi atau individu yang berada di atas landasan keretapi tidak lagi sesuai digunapakai dalam keadaan semasa.

"Kita tidak boleh menggunakan Akta Pengangkutan Jalan untuk menyiasat kes yang berkaitan dengan insiden di atas landasan keretapi. Jadi, kita akan mengkaji semula ordinan ini bagi memantapkan hukuman dan penguatkuasaan," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, demikian kepada pemberita mengenai pelanggaran kereta api dengan sebuah lori tangki minyak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.

Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pelanggaran antara kereta api dan lori tangki minyak itu mengakibatkan letupan dan kebakaran besar gara-gara kecuaian pemandu lori yang tidak sempat melintasi landasan kereta api sepenuhnya.

Hamza berkata, pemandu lori berumur 41 tahun itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Hamza turut kesal dengan khabar angin mengatakan seramai 18 orang maut dalam insiden tersebut dan meminta orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan maklumat yang belum disahkan oleh polis.
Beliau juga berkata, dipercayai 116 penumpang terbabit dalam insiden itu mengikut jumlah tiket yang dijual untuk perjalanan kereta api pada waktu kejadian.

"Seramai 12 orang kini menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth, yang mana tiga dimasukkan ke wad," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

23 Disember tarikh keputusan kes Khir Toyo

Posted: 01 Nov 2011 02:21 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Pihak pembelaan hari ini mengakhiri kes terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang diperintah membela diri atas tuduhan melakukan rasuah berhubung pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu.

Pihak pembelaan yang diketuai M.Athimulan memaklukan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) selepas saksi pembelaan, Mohamad Tajuddin Mohamad Ali, 46, seorang pegawai Maybank, selesai memberi keterangan.

Seramai lima saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan itu yang bermula 6 Jun lalu Mohtaruddin kemudian menetapkan 19 Disember ini untuk mendengar hujah pembelaan dan seterusnya menetapkan 23 Disember ini sebagai tarikh keputusan.

Pada 8 Ogos lalu, Mohtarudin memerintahkan Dr Mohamad Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Dr Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dr Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini, pada 29 Mei 2007. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan