Berita Harian: Mutakhir |
Juadah bertali-arus di Laman Media, petugas senang hati Posted: 01 Dec 2011 02:36 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Juadah enak yang bertali-arus dihidang pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, nyata membuatkan perwakilan UMNO, petugas media dan pekerja sokongan senang hati.Tinjauan Bernama mendapati rata-rata memuji layanan dan juga mutu makanan yang dihidangkan pada perhimpunan kali ini. Wartawan akhbar New Straits Times, Alang Bendahara, 36, berkata lauk-pauk yang dihidang memenuhi pelbagai cita rasa, terutama masakan kampung yang melambangkan identiti Melayu."Saya menggemari masakan kampung seperti gulai tempoyak ikan patin dan ayam kampung, jadi pada kali ini masakan yang disediakan sudah semestinya memenuhi kehendak dan selera," katanya. Pandangan beliau disokong wartawan akhbar Utusan Malaysia, Fazrina Ayu Raduian, 25, yang menyifatkan makanan kali ini sedap. Perwakilan dari Kudat, Sabah, Datuk Abdul Mijul Unaini pula memuji layanan petugas kepada perwakilan dan warga media, tetapi mencadangkan supaya jenis makanan dipelbagaikan dan tidak terhad kepada empat atau lima jenis lauk sahaja. Ketua Cef Suzaini Mohd Sallih berkata pihaknya sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa bagi memuaskan hati semua pihak. Pihaknya juga sentiasa menyediakan menu mengikut cita rasa yang dimahukan perwakilan seperti masakan orang Melayu kampung dan pelbagai jenis masakan kaum lain. "Kita sudah buat persiapan sejak enam bulan lepas, iaitu kita mengenal pasti menu apa yang ingin disediakan, bahan masakan yang diperlukan dan kakitangan. " Saya juga dapatkan pandangan dan pendapat cef-cef yang berpengalaman yang mengetuai masakan pada perhimpunan lepas dan dari situ saya
Katanya, kira-kira 190 petugas terbabit dengan penyediaan makanan yang bekerja 24 jam sehari secara syif. Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula dua hari lalu akan berakhir Sabtu ini. - BERNAMA |
UMNO Sabah beri gred A kepada kepimpinan Najib Posted: 01 Dec 2011 02:32 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: UMNO Sabah memberikan gred "A" atas kecemerlangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam aspek gaya kepimpinan, pengurusan ekonomi, kerja berpasukan dan ujian politik.Wakil Sabah Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said berkata gred cemerlang itu diberikan ke atas gaya kepimpinan Najib yang sentiasa menjiwai dan mendampingi rakyat. Beliau berkata, gred A juga diberikan bagi aspek pengurusan ekonomi negara yang dapat dirasai rakyat secara langsung sepertimana dibuktikan dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan Najib selaku Menteri Kewangan pada Oktober lalu."Kerja berpasukan, A lagi, dengan veteran dilibatkan, pencen dibabitkan, Pemuda, Wanita serta calon tidak terpilih dilibatkan. Ujian politik juga A
Mohd Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, UMNO Sabah memberikan gred F ke atas kriteria menabur janji kosong kerana Najib sentiasa menunaikan janjinya kepada rakyat terutamanya kepada penduduk negeri Sabah. Katanya, populariti Najib yang semakin meningkat di kalangan rakyat khususnya golongan muda menjadikan Najib 'Perdana Menteri Pilihan' yang mampu memastikan
"Daripada satu kajian, saya lihat Datuk Seri (Najib) semakin popular, kalau saya tanya rakyat siapa mereka nak jadi Perdana Menteri, mesti kata Najib. Datuk
"Politik ini seperti set makan malam. Juadah pembuka selera kurang elok kita boleh ketepikan, yang penting hidangan utama, iaitu Datuk Seri yang utama, kita
Mohd Salleh berkata, itu berbeza dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menabur janji kosong kepada penduduk Sabah dan sanggup
"Itu bukan parti PKR (Parti Keadilan Rakyat) sebenarnya, itu parti PAI, Parti Anwar Ibrahim. Pembangkang ini bagai udang, bagaimanapun kedudukan,
Mohd Salleh berkata pembangkang menggunakan pengaruh emosi serta tipu daya dalam perjuangan mereka dan Umno perlu mengelak supaya tidak terperangkap dengan permainan mereka ini. "UMNO perlu tenang dan tidak cepat melatah bagi menghadapi serangan pembangkang dalam mencapai matlamat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13,"
Beliau memberikan perumpamaan permainan badminton di mana ketika PRU-13 semakin dekat sekarang, BN tidak perlu melakukan pukulan 'smash' tetapi perlu
Beliau berkata, Sabah akan tetap menjadi deposit tetap untuk kemenangan BN pada PRU-13, malah Umno Sabah mahu negeri itu menjadi 'insurans pihak pertama"
"Kami datang dengan 600 perwakilan dan lebih 2,000 pemerhati. Kami bukan lagi kasih cinta, kami ghairah dengan parti ini dan kami mahu pastikan
"Kami berterima kasih atas peruntukan diberikan untuk negeri Sabah. Permintaan kami kalau boleh pelaksanaan projek dikuatkan, salurkan peruntukan
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan