Kosmo Online - Negara |
- 5,000 sanggup gadai nyawa
- Sah mati akibat sakit jantung
- 70 peratus belia hargai usaha kerajaan Barisan Nasional
Posted: 5,000 sanggup gadai nyawaOleh KHAIRI MOHAMAD
RANTAU PANJANG - Pekan Mundok, Thailand terus mencuri perhatian penduduk di sini untuk membeli barangan pada harga murah apabila kira-kira 5,000 orang sanggup bergadai nyawa ke pekan tersebut dengan menyeberangi Sungai Golok setiap minggu. Sebahagian besar mereka bertindak demikian menerusi pangkalan haram Bukit Lata di sini dengan menaiki sampan tidak berlesen dan tanpa jaket keselamatan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar undang-undang. Antara barangan murah di pekan Mundok yang menjadi tumpuan ialah pelbagai jenis makanan, pakaian, buah-buahan, barangan elektrik dan kelengkapan dapur. "Saya akan mengadakan perbincangan bersama agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen, kastam, tentera dan kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini,'' katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sempadan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: Sah mati akibat sakit jantungOleh ROSLI HASSAN KERATAN Kosmo! Ahad semalam. MELAKA – Penyakit jantung dikenal pasti menjadi punca kematian seorang lelaki warga emas yang ditemui maut dalam keadaan bogel dalam sebuah kereta di sini awal pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd. Rahman berkata, punca itu diperoleh selepas prosedur bedah siasat terhadap mangsa. "Ujian darah juga mendapati mangsa bebas daripada memakan ubat-ubatan terlarang termasuk ubat rangsangan seks," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
70 peratus belia hargai usaha kerajaan Barisan Nasional Posted: 70 peratus belia hargai usaha kerajaan Barisan NasionalMAJORITI belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri. - Gambar hiasan. KUALA LUMPUR - Dapatan awal satu kajian menunjukkan 70 peratus responden yang terdiri daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) dalam mendekati golongan itu. Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010 menunjukkan mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan itu menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu. "Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program yang dirangka. "Ini adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia," kata pensyarah Sains politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Che Hamdan Mohamed Razali di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan