Selasa, 27 Disember 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Setiap minggu dekati rakyat

Posted:

Setiap minggu dekati rakyat

Setiap minggu dekati rakyat

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


AHMAD Bashah Md. Hanipah (dua dari kiri) membantu orang ramai memasak bubur asyura di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. - Gambar/Ihsan UMNO


ALOR SETAR 26 Dis. - Bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali menguasai negeri ini, UMNO Bahagian Alor Setar menjalankan program turun ke kawasan setiap minggu bagi mendekati orang ramai terutama yang memerlukan bantuan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, antara program yang dijalankan adalah khidmat menggunting rambut secara percuma kepada orang ramai.

"Perkhidmatan menggunting rambut itu disediakan secara percuma kepada lelaki dan wanita dengan dua tukang gunting iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, bertugas sepanjang program berkenaan.

"Teluk Kandeh ini terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu. Kita akan turun ke semua kampung dalam Alor Mengkudu, menggempur kawasan ini bagi memastikan pada pilihan raya umum akan datang BN dapat mengambil kembali kerusi DUN ini," katanya kepada pemberita selepas program turun kawasan di UMNO Cawangan Teluk Kandeh di sini baru-baru ini.

Pada program itu, beliau turut menyertai orang ramai memasak bubur asyura diikuti menyampaikan bantuan kepada golongan miskin hasil sumbangan Skuad Sayang UMNO Bahagian Alor Setar.

Ahmad Bashah juga sempat melawat beberapa orang penduduk sakit di kampung berkenaan.

Bantuan berupa barangan makanan dari rumah ke rumah orang sakit itu disediakan Kemas Parlimen Alor Setar diketuai Penyelia Kanan Kemas Parlimen Alor Setar, Yazid Osman.

Sempena dengan program itu juga kenduri kampung turut diadakan.

Full content generated by Get Full RSS.

Skuad Sayang lawat veteran UMNO

Posted:

Skuad Sayang lawat veteran UMNO

Skuad Sayang lawat veteran UMNO


SHARIFAH Maznah Syed Kassim Barakhbah menyerahkan bantuan keperluan makanan kepada Saad Hussain sambil disaksikan anggota Skuad Sayang di Alor Merah, Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 26 Dis. - Seorang veteran UMNO yang menderita sakit kulit di bahagian kaki sejak sepuluh tahun lalu terharu apabila menerima kunjungan daripada Skuad Sayang yang melawat beliau di rumahnya di Lorong Madrasah, Alor Merah di sini.

Lawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakhbah bersama anggota Skuad Sayang itu menggembirakan Saad Hussain, 82, yang tinggal di rumah sewa bersama isterinya, Lembut Che Teh, 70.

Sejak mengalami masalah sakit kulit di kedua-dua kaki itu, pergerakan beliau terbatas dan memerlukan bantuan daripada isteri yang juga sudah uzur serta bantuan daripada jiran-jiran.

Sharifah Maznah berkata, lawatan itu adalah bagi meninjau masalah yang dihadapi Saad, setelah mendapat aduan daripada orang ramai, beberapa hari lepas, tentang penderitaan ahli UMNO tersebut.

"Pihak kami memberi sumbangan segera berupa barangan makanan dan wang tunai diberikan kepada pasangan suami isteri berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, Saad juga memerlukan sebuah kerusi roda untuk memudahkannya bergerak.

"Beliau pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi belum berjaya. Saya akan berusaha mendapatkan sebuah kerusi roda untuk beliau," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nenek kecewa bantuan rumah belum diterima

Posted:

Nenek kecewa bantuan rumah belum diterima

Nenek kecewa bantuan rumah belum diterima

IPOH 26 Dis. - Kisahnya pernah disiarkan Utusan Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 11 November 2010 dan 13 Mac lalu.

Namun, sehingga hari ini rayuan seorang nenek, Normah Asinar, 51, untuk mendapatkan sebuah rumah untuk membesarkan cucunya, Muhammad Zainawi Abdullah, 8, terus dipandang sepi oleh pihak berwajib.

Normah yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) kecewa kerana masih belum menerima bantuan rumah yang diharapkan.

"Saya telah pergi berjumpa dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan diberitahu permohonan saya untuk mendapatkan rumah daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah ditolak.

"Sehubungan itu, pegawai JKM itu meminta saya pergi mengadu sekali lagi kepada Utusan Malaysia," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Normah yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, mendakwa, dia kini menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Mustapa Al-Bakri di sini dengan bayaran RM180 sebulan.

Namun, menurut ibu tunggal itu, apa yang membimbangkannya, keadaan rumah sewa tersebut sudah terlalu uzur.

"Dua minggu lepas, cucu saya nyaris maut selepas ditimpa bumbung rumah tersebut yang runtuh tetapi mujurlah kecederaan di lehernya tidak serius," katanya.

Menurut Normah, dia kini bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada JKM dan RM300 daripada seorang adik untuk menyara hidup.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan