Harian Metro: Mutakhir |
Anggota KWSP boleh daftar haji mulai 3 Jan Posted: 30 Dec 2011 04:01 AM PST KUALA LUMPUR: Anggota-anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mulai 3 Jan ini. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata di bawah Kemudahan Pendaftaran Haji Anggota KWSP, anggota boleh membuat pendaftaran mengunakan simpanan Akaun 1 di semua cawangan TH untuk mendapatkan giliran menunaikan haji.
Pendaftaran haji itu juga boleh dibuat di semua cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara mengikut prosedur yang ditetapkan oleh TH dan anggota KWSP hanya perlu membawa MyKad dan penyata KWSP terkini, katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Anggota KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk mendaftar haji. Untuk melayakkan diri membuat pendaftaran haji, anggota KWSP mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam.
Beliau turut menjelaskan bahawa kemudahan itu tidak mempercepatkan tarikh mengerjakan haji kerana ia ditentukan TH. Untuk maklumat lanjut, anggota KWSP boleh melayari laman web www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my, atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau Tabung Haji Contact Centre di 03-62071919. -- BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
Rumah anak yatim di Puchong terbakar Posted: 30 Dec 2011 02:23 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 33 kanak-kanak dari rumah anak yatim "House of Joy" hilang tempat berlindung apabila rumah dua tingkat yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Taman Tenaga, dekat Puchong, di sini, hari ini. Kebakaran pada pukul 10.50 pagi itu dipercayai bermula di salah sebuah bilik di tingkat atas sebelum merebak ke bahagian lain sehingga memusnahkan keseluruhan tingkat atas bangunan itu manakala 60 peratus daripada tingkat bawah rumah berkenaan turut musnah.
Bagaimanapun, 20 kanak-kanak berusia antara enam hingga 17 tahun yang berada di tingkat bawah ketika itu berjaya diselamatkan. Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata sebanyak tiga jentera bomba dengan 27 anggota dan pasukan siasatan forensik tiba di tempat kejadian pada pukul 10.59 pagi untuk mengawal kebakaran.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan