Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 29 Dec 2011 02:48 AM PST GEORGE TOWN: Ibarat ada hikmah di sebalik setiap kesulitan, begitulah bagi ibu tunggal, Zatul Iradah Othman, 38, setelah hampir setahun hidup dalam kesusahan dan diusir pula dari rumah sewa. Akibat kesusahan hidup dan ditinggalkan suami, beliau terpaksa memberhentikan persekolahan empat anaknya sejak awal tahun.
Namun hari ini beliau ditawarkan sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di rumah yang didudukinya dengan kadar sewa RM100 setelah bekas tuan rumah itu didapati menyalahgunakan peruntukan rumah itu dengan memberi sewa kepada orang lain. Zatul Iradah, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, juga menarik nafas lega apabila keempat-empat anaknya berusia antara 7 dan 15 tahun dimasukkan semula ke sekolah dengan bantuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini.
Full content generated by Get Full RSS. |
Peraturan penggunaan dakwat kekal akan diketahui pada 1 Feb Posted: 29 Dec 2011 01:43 AM PST KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai peraturan penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diketahui pada 1 Feb depan. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata peraturan itu sedang digubal dan kandungan dakwat masih dikaji oleh Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Selepas siap, ia dijangka boleh dipaparkan pada mesyuarat Parlimen dan dianggap untuk berkuat kuasa," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat ke enam PSC di Bangunan Parlimen, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Pada 3 Dis lepas, SPR mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' pada PRU akan datang, selepas tuntutan PSC menggunakan kaedah itu dipersetujui dan diluluskan oleh Parlimen. Selain itu, dalam usaha membersihkan daftar pemilih, Ongkili berkata SPR hari ini turut mengedarkan cakera padat mengandungi 42,051 nama pengundi yang meragukan kepada anggota PSC dan parti-parti politik di seluruh negara. "Ini supaya orang awam dan pihak tertentu dapat mengesahkan nama-nama yang terlibat, kerana dikatakan mereka ini sudah lama dicari oleh pihak SPR," katanya. Ongkili juga memaklumkan bahawa mesyuarat PSC pada hari ini turut memutuskan susun atur baru tempat mengundi bagi menjadikan proses pengundian lebih telus di mana ejen tempat mengundi (wakil calon) diberikan ruang penelitian lebih rapi. "Contohnya susunan tempat duduk di mana ejen calon adalah berhadapan pengundi, sambil dia masuk jadi dia boleh mengenali dan boleh nampak muka pengundi dengan jelas,"katanya. Selain itu, katanya beberapa penambahbaikan lain turut dilakukan termasuk menyediakan peti undi yang lebih sesuai. Beliau juga memberitahu bahawa setakat ini, tujuh daripada 10 cadangan PSC di Parlimen telah menerima maklum balas positif daripada SPR. "PSC akan berfungsi selama tiga bulan lagi sehingga minggu pertama April dan kami akan terus membantu SPR daripada segi pelaksanaan dan saranan bergantung kepada masa yanga da," katanya. --BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan