Isnin, 26 Disember 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Sahol Hamid dilantik semula

Posted: 25 Dec 2011 11:11 PM PST

SHAH ALAM: Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) selama dua tahun berkuat kuasa 1 Januari ini hingga 31 Disember 2013.

Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaras peruntukan mengikut Seksyen 21 (1) Akta UiTM dan dimaklumkan kepada pihak universiti menerusi satu surat bertarikh 6 Disember lalu.


Sahol Hamid akan menyambung perkhidmatannya selepas dilantik buat pertama kali pada 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2011.

Penolong Naib Canselor, Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Prof Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata, sepanjang dua tahun perkhidmatannya, Sahol Hamid memperkenalkan program Mengubah Destini Anak Bangsa yang membantu belia Bumiputera miskin melanjutkan pelajaran ke UiTM.


Selain itu, katanya, beliau turut berperanan memperkukuhkan status pengantarabangsaan UiTM mengikut keperluan dan kekuatan universiti itu.


"Sebagai universiti terbesar negara, UiTM di bawah kepemimpinan Sahol Hamid kini mempunyai enrolmen hampir 200,000 pelajar dengan 18,000 kakitangan akademik dan sokongan.

"Di bawah kepemimpinan beliau juga, UiTM sekarang memberi kuasa autonomi kepada beberapa kampus cawangannya yang terletak di setiap negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Sahol Hamid yang dilahirkan di Pulau Pinang adalah anak jati hasil didikan UiTM. Beliau juga bekas pelajar sebelum menjadi pensyarah dan memegang jawatan penting di universiti berkenaan.

Beliau yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan daripada Universiti Stuttgart, universiti tersohor di Jerman, baru-baru ini.



Full content generated by Get Full RSS.

Rosli selamat dibedah di bahu

Posted: 25 Dec 2011 11:10 PM PST

MELAKA: Pegawai tinggi Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri yang cuba dibunuh di rumahnya di Jalan Air Hitam, Tanjung Minyak, di sini, selamat menjalani pembedahan di bahu kirinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lewat malam kelmarin.

Rosli Aziz, 52, dipindahkan ke HKL dari Hospital Melaka menjalani pembedahan hampir lima jam bermula jam 5.30 petang.


Menurut anak sulungnya, Mohd Zia, 26, bapanya kini dalam keadaan stabil dan menunjukkan reaksi beberapa jam selepas pembedahan selesai.

Katanya, setakat ini bapanya menunjukkan tanda positif selepas pembedahan itu dan tidak pasti sampai bila akan dirawat di HKL.


"Ibu saya (Hasmah Abu Samah, 50) menunggu di HKL ketika dan selepas pembedahan dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam.


Akhbar ini semalam melaporkan, angkara dendam, sindiket penyeludupan kini bertindak ala mafia apabila cuba membunuh seorang pegawai KDRM negeri dengan menembak mangsa dari jarak dekat di rumahnya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi, Rosli yang baru keluar rumah untuk ke tempat kerja cedera parah terkena dua das tembakan di bahu dan tangan kiri.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan