Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Barangan RM956,944 dirampas

Posted:

Barangan RM956,944 dirampas

Barangan RM956,944 dirampas

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Ghazale Mohamad menunjukkan barangan sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas di Cheng, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah merampas pelbagai barangan bernilai RM956,944 kerana 198 jenis kesalahan yang dilakukan peniaga bermula Januari sehingga 21 Disember lalu.

Pengarahnya, Muhabir Ibrahim berkata, jumlah itu menurun berbanding tahun lalu yang membabitkan sebanyak RM1.3 juta nilai rampasan dengan 207 kes.

"Bagi notis kompaun pula, sebanyak 73 kompaun dikeluarkan sepanjang tahun ini dan berjaya mengutip sebanyak RM41,800.

"Sebanyak 125 kes daripada 198 kes berjaya dibawa ke mahkamah dengan melibatkan pembayaran denda sejumlah RM130,300," katanya sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas (SKHMP KMS) di Pasaraya Giant Cheng di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad.

Menurut Muhabir, antara kesalahan dilakukan membabitkan Akta Perihal Dagangan 1972, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga 1946, Akta Hakcipta 1987 dan Akta Jualan Langsung 1993.

"Akta Perihal Dagangan mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 72 kes berbanding tahun lalu sebanyak 107 kes," tambahnya.

Sementara itu, Ghazale berkata, sebanyak 13 jenis barang ditetapkan sebagai harga barang kawalan perayaan Krismas bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Antara barangan tersebut, menurut beliau, ialah ayam hidup, ayam belanda import, daging kambing tempatan, cili benggala hijau, telur dan tomato.

"Berdasarkan lawatan hari ini, saya berpuas hati apabila terdapat beberapa pasar raya menjual dengan harga lebih murah berbanding yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

83,000 borang BR1M diserah kepada LHDN

Posted:

83,000 borang BR1M diserah kepada LHDN

83,000 borang BR1M diserah kepada LHDN


Mohamad Hasan menyerahkan borang BR1M kepada Mahani Abd. Manab dii Remabu, kelmarin.


REMBAU 23 Dis. - Lebih 83,000 borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diserahkan kembali kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) negeri ini untuk diproses.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jumlah tersebut adalah kira-kira satu pertiga daripada lebih 200,000 isi rumah di negeri ini yang layak memohon bantuan tersebut.

Katanya, beliau menjangkakan pemulangan borang yang telah siap diisi akan semakin rancak menjelang tarikh tutup permohonan pada 10 Januari ini.

"Saya yakin ramai lagi orang yang akan datang mengambil borang dan mengisinya dari semasa ke semasa dan kita meminta jasa baik LHDN membantu mengisi borang tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan 1,874 borang BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kepada LHDN negeri ini di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) DUN Rantau di sini semalam.

Borang tersebut diserahkan kepada Pengarah LHDN Negeri Sembilan, Mahani Abd. Manab.

Mohamad juga meminta parti-parti politik di negeri ini membantu urusan permohonan tersebut bagi memastikan semua individu atau keluarga yang layak tidak tercicir daripada bantuan tersebut.

Sementara itu, Mahani meminta mereka yang layak, membuat permohonan secepat mungkin sebelum tarikh tutup pada 10 Januari ini supaya tidak terlepas daripada peluang yang diberikan oleh kerajaan.

Katanya, pemohon juga tidak perlu bersusah payah datang ke pejabat LHDN di Seremban kerana kaunter permohonan itu juga dibuka di seluruh pejabat daerah, pusat komuniti dan pusat khidmat BN.

"LHDN juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual borang BR1M kerana ia sebenarnya diberikan secara percuma," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Industri pelancongan Melaka raih empat anugerah

Posted:

Industri pelancongan Melaka raih empat anugerah

Industri pelancongan Melaka raih empat anugerah

MELAKA 23 Dis. - Industri pelancongan di negeri ini mencipta sejarah tersendiri apabila meraih empat daripada 11 Anugerah Pelancongan Malaysia 2010/2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Empat kejayaan tersebut apabila Hotel Holiday Inn muncul pemenang kategori Perkhidmatan Hotel Terbaik, Shaukani Abbas bagi Pemandu Pelancong Terbaik, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Hotel Naza Talya menerusi kategori Program Jelajah Terbaik.

Manakala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka pula menerima anugerah bagi kategori Tarikan Pelancongan Inovatif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan kejayaan itu membuktikan industri pelancongan di negeri ini mendapat pengiktirafan daripada seluruh rakyat di negara ini.

Menurutnya, pencapaian terbaik itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada pengusaha produk pelancongan dan sekali gus mengharumkan nama Melaka dalam industri pelancongan.

"Ini akan memberi motivasi kepada pengusaha-pengusaha lain untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, faktor kebersihan dan layan mesra bagi meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,'' ujarnya di sini.

Beliau berkata, atas kejayaan tersebut, kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas bagi meraikan mereka yang telah mengharumkan nama Melaka di pentas pelancongan.

Sehubungan itu, Mohd. Ali mahu mereka yang memenangi anugerah tersebut terus meningkatkan kualiti masing-masing dan meraih kejayaan yang sama tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan