Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


4 sekeluarga hilang tempat tinggal

Posted:

4 sekeluarga hilang tempat tinggal

4 sekeluarga hilang tempat tinggal


WALAUPUN kehilangan hampir semua harta benda, Siti Mariam Abdul Fatah masih mampu tersenyum melihat Aqil Qayyim Azman bermain dengan syiling yang ditemui semula setelah rumahnya terbakar di Kampung Lak Lok Dalam, Besut, semalam.


BESUT 28 Dis. - Empat sekeluarga hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Lak Lok Dalam di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, kesemua mereka turut tinggal sehelai sepinggang apabila gagal menyelamatkan kesemua barang dan dokumen penting milik mereka.

Siti Mariam Abdul Fatah, 55, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah ibu saudaranya sejak dua hari lalu yang sakit tenat di Bachok, Kelantan.

Katanya, dia bercadang bertolak pulang pagi ini dan menerima panggilan telefon daripada salah seorang anaknya yang tinggal di Kuala Terengganu.

"Apabila sampai pagi ini makcik lihat semuanya sudah hangus tetapi syukur anak-anak dan cucu selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Anak mangsa, Siti Hasmah, 25, berkata, dia bersama anak saudaranya Aqil Qayyim Azman, 4, tidur dalam salah sebuah bilik manakala dua sepupunya tidur di dua bilik berasingan.

Katanya, dia terjaga apabila terbau hangit dan berfikir mungkin sepupunya sedang memasak di dapur tetapi apabila keluar dari bilik itu mendapati bahagian rumah dan dapur dipenuhi asap.

"Ketika itu, saya terpandang satu bahagian dinding sedang terbakar lalu segera mengejutkan anak saudara dan dua sepupu lalu bergegas keluar," ujarnya.

Sebuah jentera dari Balai Bomba Jerteh bersama tujuh anggota yang diketuai oleh Zuzuki Safei bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan daripada penduduk kampung.

Full content generated by Get Full RSS.

Mara sediakan RM31 juta

Posted:

Mara sediakan RM31 juta

Mara sediakan RM31 juta

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 28 Dis. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) Terengganu mengeluarkan pinjaman hampir RM31 juta kepada 365 usahawan di negeri ini dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Abdullah Mohamad berkata, jumlah peruntukan bagi mendapatkan pinjaman itu turut membabitkan sebanyak 40 projek yang diusahakan.

Beliau memberitahu, jumlah itu juga mencatatkan peningkatan berbanding lebih RM20 juta dalam tempoh serupa tahun lalu, selain melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Mara.

Pihaknya menjangkakan jumlah tersebut akan terus meningkat untuk tahun depan dalam membantu golongan usahawan tempatan.

"Daripada jumlah pinjaman yang diluluskan di negeri ini tahun ini, sebahagian besarnya adalah bagi keperluan golongan usahawan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)," katanya.

Mohamad menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan kedai serbaneka, My Convenience Shop di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Terengganu, Datuk Ir. Tengku Ismail Tengku Jaafar dan Pengurus LTSM, Dr. Ahmad Ramli Mahmood.

Abdullah berkata, sejak Januari tahun ini hingga sekarang, Mara cawangan Terengganu turut menyediakan 48 kursus dan latihan keusahawanan untuk seramai 1,365 orang usahawan di negeri ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa Mara bersedia membantu usahawan tempatan untuk menceburi serta memperluaskan aktiviti keusahawanan mereka termasuk menerusi pinjaman yang disediakan agensi berkenaan.

Mengenai kedai My Convenience Shop itu, jelasnya, setakat ini terdapat tiga premis seumpama itu yang beroperasi di LTSM manakala sebuah lagi dijangka dibuka di Kuala Berang tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

SK Bukit Marak hargai Naib Cancelor UMK

Posted:

SK Bukit Marak hargai Naib Cancelor UMK

SK Bukit Marak hargai Naib Cancelor UMK

BACHOK 28 Dis. - Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Marak di sini yang merupakan perpustakaan angkat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dinamakan sebagai Pusat Sumber Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai sempena nama Naib Canselor universiti tersebut.

Perasmian nama baru itu disempurnakan oleh Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed sebagai penghormatan kepada beliau yang juga alumni SK Bukit Marak setelah belajar di sana dari 1958 hingga 1963.

Dalam ucapannya, Zainai berharap, murid-murid sekolah tersebut akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di pusat sumber berkenaan lebih-lebih lagi setelah mendapat nafas baru melalui penambahbaikan yang dilakukan pihaknya di situ.

"Pusat sumber atau perpustakaan adalah tempat terbaik untuk murid-murid menghabiskan masa dan mencari bahan-bahan bacaan yang diperlukan. Saya berharap murid-murid di sini akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan orang-orang berjaya sebagai idola dan bukannya orang yang tidak ada hala tuju.

''Walaupun pun tinggal di kampung, jangan memasang matlamat mahu menjadi seperti orang dewasa yang duduk bersantai di kedai kopi sepanjang masa, sebaliknya, kita kena belajar mendisiplinkan diri melakukan perkara berfaedah sebagaimana tabiat orang yang berjaya," katanya di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian itu diadakan serentak dengan Sambutan Hari Literasi Sedunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 2011 yang turut dihadiri Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Unit Pengurusan Akademik, Soo Ah Khem.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan