Utusan Online - Timur |
- Rakyat diseru manfaat e-zakat
- Hubungan istana, UMK bertambah erat
- 22 wanita China diberkas di rumah urut
Posted: Rakyat diseru manfaat e-zakatOleh ASMA HANIM MAHMOOD Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Dzulkifli Fadzilah (dua dari kanan) menunjukkan replika cek zakat perniagaan yang dibayar oleh PUNB pada Majlis Pelancaran Pembayaran E-Zakat Maik di Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU 30 Nov. – Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berharap rakyat Malaysia di luar negara dan juga warga asing dapat menunaikan bayaran zakat kepada negeri ini dengan adanya sistem pembayaran atas talian atau e-zakat yang diperkenalkan Ogos lalu. Baginda bertitah, e-zakat memberi kemudahan kepada pembayar zakat mentaksir seterusnya membuat pembayaran melalui sistem yang disediakan dalam portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). "Maik telah memperkenalkan satu kaedah terkini bagi memudahkan umat Islam dari serata dunia menunaikan kewajipan berzakat tanpa mengira masa dan tempat dengan cepat serta selamat," titah baginda semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembayaran E-Zakat Maik di Hotel Renaissance di sini hari ini. Hadir sama Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNM), Dzulkifli Fadzilah. Sementara itu, Che Hamat berkata, sejak prapelancaran e-zakat empat bulan lalu, lebih RM157,000 berjaya dipungut dengan sebanyak RM93,483 daripadanya dikutip sepanjang Ramadan. Beliau percaya aplikasi atas talian melalui portal www.e-maik.my itu akan mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh tiga tahun akan datang. "Kita permudahkan kaedah pembayaran kerana mahu lebih ramai membayar zakat kepada negeri ini memandangkan Kelantan adalah negeri miskin dan lebih ramai asnaf yang perlu dibantu," katanya. Jelas beliau, aplikasi e-zakat tersebut memberikan tiga pilihan bahasa kepada pengguna iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dan telah melalui proses penambahbaikan sebelum pelancarannya secara rasmi hari ini. Tambahnya, tahun ini Maik menyasarkan kutipan zakat sehingga RM85 juta berbanding RM71 juta tahun lalu. Full content generated by Get Full RSS. |
Hubungan istana, UMK bertambah erat Posted: Hubungan istana, UMK bertambah eratKOTA BHARU 30 Nov. - Hubungan silaturahim antara institusi raja negeri ini dengan golongan akademik khususnya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi lebih erat dengan kesudian Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berangkat mencemar duli menghadiri program bersama warga universiti tersebut di sini hari ini. Naib Canselor UMK, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed berkata, kehadiran rombongan cerdik pandai yang diketuai baginda selaku Pro-Canselor amat dinantikan dan diharap dapat dimanfaatkan untuk kebaikan seluruh rakyat melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan. "Program Ramah Mesra ini diharapkan menjadi titik permulaan ke arah silaturrahim yang lebih erat antara Tuanku Pro-Canselor bersama kami warga universiti dalam usaha memberi khidmat demi meningkatkan taraf dan kesejahteraan hidup rakyat. "Dengan kepimpinan Tuanku Pro- Canselor, universiti ini akan terus membangun, berwibawa dan mampu menyumbang dengan lebih efektif kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat tempatan," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Ramah Mesra Tengku Mahkota Kelantan bersama lebih 300 warga UMK di Kampus Pengkalan Chepa di universiti itu di sini. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood. Sempena majlis itu, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra telah dibawa melawat Galeri Di-Raja, pameran fakulti dan melancarkan lapan buah buku yang dihasilkan oleh kakitangan UMK. Dalam ucapannya juga, Zainai berkata, pihak universiti juga amat menjunjung kasih atas perkenan baginda menyampaikan ijazah kepada 269 graduan sulung UMK semasa Majlis Konvokesyen Pertama UMK pada 19 Spetember lalu. Beliau berkata, universiti itu mengambil berat peranan sebagai agen perubahan minda masyarakat dan bertekad membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan sosio ekonomi di negeri ini. Katanya, tanggungjawab UMK sebagai salah satu Pusat Kecemerlangan ECER Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di pantai timur adalah satu penghormatan kepada universiti sebagai sebuah universiti baru dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan tegar. "Pada tahun ini UMK telah mencapai usia operasi empat tahun dan melengkapkan satu proses kitaran pengajian dengan sempurnanya Majlis Konvensyen Pertama pada September lalu. "Pembangunan fasa kedua bagi tempoh lima tahun bermula pada 2011 hingga 2015 akan menumpukan kepada pembangunan keupayaan kakitangan, fizikal yang lebih mapan dan pemantapan sistem organisasi," katanya. Zainai menambah, penerapan budaya dan ciri keusahawanan yang menjadi teras pendidikannya tidak terhad kepada siswa UMK sahaja malah turut diterapkan di kalangan kakitangan universiti. "Sebagai 'Universiti Berteraskan Keusahawanan,' UMK akan sentiasa mengatur langkah strategik membangunkan ekosistem yang lebih kondusif bagi memastikan kecemerlangan universiti dalam arus globalisasi pendidikan tinggi yang mencabar," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
22 wanita China diberkas di rumah urut Posted: 22 wanita China diberkas di rumah urutSebahagian tukang urut warga China yang ditahan dalam serbuan Imigresen ke atas sebuah pusat urut refleksologi di Jalan Kampung Dalam, Kuala Terengganu, kelmarin. KUALA TERENGGANU 30 Nov. - Jabatan Imigresen negeri menahan 22 wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah kedai urut refleksologi di Jalan Kampung Dalam di sini semalam. Dalam serbuan disertai seramai 26 anggota pada pukul 4.30 petang itu, dua lelaki warga China turut ditahan. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Mohd. Khaira Daud berkata, sebelum ini premis yang sama pernah tiga kali diserbu namun pemiliknya masih tidak serik melakukan kesalahan serupa dengan menggaji pekerja warga asing tanpa pas kerja yang sah. "Ketika diserbu, sebahagian daripada wanita warga China itu sedang leka melayan tujuh pelanggan masing-masing," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, kata Mohd. Khaira, dalam operasi di beberapa lokasi lain di daerah ini hari ini, pihaknya turut menahan 44 warga asing atas pelbagai kesalahan. "Antara kesalahan yang dikesan adalah menyalahgunakan pas lawatan sosial, tiada dokumen dan tinggal lebih masa," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan