Utusan Online - Mahkamah |
Pegawai Imigresen nafi ambil dadah Posted: Pegawai Imigresen nafi ambil dadahKOTA BHARU 26 Dis. - Seorang pegawai Imigresen yang tinggal di kuarters jabatan itu, Jalan Kuala Krai di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis Methamphetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Jun lalu. Sehubungan itu Majistret, Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly mengarahkan tertuduh, Osman Che Harun, 31, melantik peguam untuk mewakilinya kerana kes disebut semula pada 25 Januari hadapan. Dalam pertuduhan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hafiz Abd. Rahman, tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 8 Jun lalu lebih kurang pukul 1.45 pagi di IPD Kota Bharu. Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun. Pihak pendakwaan menawarkan RM5,000 sebagai wang jaminan dengan seorang penjamin namun tertuduh merayu jumlah tersebut dikurangkan kerana menanggung seorang isteri yang tidak berkerja dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah. Majistret akhirnya menetapkan RM4,500 wang jaminan dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melantik peguam yang dapat mengendalikan kesnya pada sebutan akan datang kerana kes tersebut tidak akan ditangguhkan. |
Posted: Acu parang, abang dipenjaraKOTA BHARU 26 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang pemuda kerana didakwa mengacukan parang kepada adiknya dalam kejadian yang berlaku empat hari lalu di kampung Langgar Jalan Sultan Yahya Petra, di sini. Majistret Mohd. Fazaly Mohd. Ghazaly Ali mengarahkan tertuduh, Mohd. Noor Einadzlie Yahaya, 30, menjalani hukuman tersebut setelah dia mengaku bersalah bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Disember lalu. Dalam kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd. Rahman itu, ketika pengadu iaitu adik perempuan kepada tertuduh berada di rumah ibunya lebih kurang pukul 12.15 tengah malam, tertuduh telah membuat ugutan jenayah terhadapnya menggunakan sebilah parang dengan niat hendak menyebabkan ketakutan dan mendatangkan kecederaan dan kematian kepadanya. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan perangai abangnya itu, mangsa membuat laporan ke balai polis Kota Bharu dan tangkapan telah dibuat, sebilah parang yang dijadikan barang kes oleh pihak pendakwaan turut dirampas. Bekas pembantu pusat snooker di sebuah pasar raya itu disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Sebelum itu, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana tindakannya itu bertujuan mengajar adiknya yang sering pulang lewat dan tidak berniat untuk mencederakan. Mohd. Fazaly dalam nasihatnya memberitahu, walaupun niat tertuduh baik iaitu menegur perangai adik yang tidak sepatutnya balik lewat malam sedangkan masih tinggal dengan keluarga, namun tindakannya itu menyalahi undang-undang. ''Sebagai abang, awak mesti tegur adik secara lembut kalau tidak boleh juga, berdoa sebab kita ada Tuhan dan jika masih berdegil, biarkan kerana dia sudah dewasa," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan