Harian Metro: Setempat |
Peniaga pengotor buat kecoh cuba alih perhatian Posted: 29 Dec 2011 11:22 AM PST PETALING JAYA: Seorang peniaga makanan di Medan Selera Farlim Jalan PJS 8/9, Bandar Sunway, di sini, mengejutkan ramai pelanggan dengan membuat kecoh apabila enggan memberikan kerjasama ketika pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) melakukan pemeriksaan terhadap kedainya. Bagaimanapun, kekecohannya itu bersebab apabila siasatan mendapati dia memperoleh bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam yang diragui halalnya.
Hasil siasatan mendapati, peniaga terbabit memang mengambil bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam, namun dia enggan bekerjasama.
Ketua Pegawai LPKPM, Sharifah Mat Nor Rashid, ketika ditemui berkata, pihaknya perlu tegas dengan masalah itu dan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak terbabit seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 29 Dec 2011 11:19 AM PST KUALA LUMPUR: Impian empat anak untuk menemui ibu mereka yang hilang selepas keluar dari rumah di Kelana Jaya, dekat sini, seminggu lalu berkecai apabila hanya jasad wanita itu yang ditemui. Lebih malang lagi, baru sehari berita kehilangannya dilaporkan semalam, keluarga itu menerima panggilan 'sayu' daripada pihak polis yang meminta pengecaman mayat mangsa dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Saya mengharapkan ada pihak akan hubungi sekiranya terjumpa ibu di mana-mana, tapi lain pula yang jadi apabila polis yang mohon kami datang membuat pengecaman mayat.
Apapun katanya, mereka sekeluarga bersyukur kerana akhirnya menemui ibu walaupun dia sudah kembali menyahut seruan Illahi. "Kami redha dengan pemergiannya walaupun dengan cara yang menyedihkan," katanya.
Katanya, kebiasaannya mereka adik-beradik akan bergilir-gilir menghantar ibu untuk rawatan di hospital, malah sepatutnya Wan Jaliah mempunyai temu janji pada 23 Disember, jam 9.30 pagi.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan