Jumaat, 30 Disember 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kedai runcit, besi buruk dirompak

Posted:

Kedai runcit, besi buruk dirompak

Kedai runcit, besi buruk dirompak

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

TELOK KEMANG 29 Dis. - Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol bertindak nekad menyamun sebuah kedai runcit dan sebuah pusat pengumpulan besi buruk dalam tempoh tidak sampai setengah jam di sini semalam.

Dalam kejadian pertama kira-kira pukul 3.30 petang, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Ex5 turut melepaskan dua das tembakan ketika merompak sebuah kedai runcit di kawasan ladang kelapa sawit Linggi, dekat sini.

Pemilik kedai runcit, Sam Wan Su, 70, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kedai bersama adiknya dan seorang pelanggan.

"Tiba-tiba, dua lelaki yang menaiki motosikal muncul dan terus masuk ke dalam kedai meminta kami menyerah diri.

"Salah seorang suspek melepaskan dua das tembakan amaran sebelum mengacukan pistol ke aras saya," katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek kemudian mengambil wang tunai kira-kira RM800 yang disimpan dalam kaunter sebelum melarikan diri.

Setengah jam selepas kejadian pertama, dua lelaki dipercayai individu yang sama merompak seorang peniaga barangan lusuh di sebuah pusat pengumpulan di Kilometer 16 di sini.

Mangsa, M. Letchumanan, 41, mendakwa, dua lelaki menaiki motosikal Honda EX5 berhenti di premisnya kira-kira pukul 4 petang dan berpura-pura mahu menjual barangan lusuh.

"Bagaimanapun, apabila saya meminta barangan yang ingin dijual, salah seorang daripada suspek mengeluarkan sepucuk pistol lalu meminta saya menyerahkan wang tunai.

"Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya kemudian menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,100 sebelum mereka melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zulkifli Adam Sah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana pihaknya sedang mengesan kedua-dua suspek.

Full content generated by Get Full RSS.

Pejabat Sin Chew Daily dipecah masuk

Posted:

Pejabat Sin Chew Daily dipecah masuk

Pejabat Sin Chew Daily dipecah masuk


WAJAH suspek dapat dirakam kamera litar tertutup selepas memecah masuk serta mencuri dua buah komputer riba milik wartawan di Pejabat Sin Chew Daily Jalan Besar Bahau, semalam.


JEMPOL 29 Dis. - Dua wartawan akhbar Sin Chew Daily daerah ini kerugian hampir RM6,000 apabila pejabat mereka di Jalan Besar Bahau dekat sini dipecah masuk semalam.

Salah seorang wartawan terbabit, Wong Kah Keong, 35, berkata, dia menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang ke pejabat selepas makan tengah hari kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, dia sebelum itu meninggalkan pejabat berkenaan yang terletak di tingkat satu sebuah rumah kedai kira-kira pukul 2.30 petang.

Katanya, ketika kejadian, tiga lagi wartawan keluar dari pejabat berkenaan kerana mempunyai tugasan di luar.

"Apabila pulang semula ke pejabat, saya terkejut selepas mendapati cermin pejabat pecah.

"Saya kemudian terus masuk ke dalam pejabat dan terkejut selepas melihat barangan berselerak di atas lantai," katanya di sini hari ini.

Kah Keong berkata, selepas diperiksa, dia mendapati sebuah komputer riba jenama Dell miliknya dan sebuah lagi komputer riba jenama Acer milik seorang lagi wartawan hilang.

"Wang tunai berjumlah RM2,000 yang merupakan hasil pengiklanan dari syarikat kami juga lesap.

"Wang berkenaan disimpan di dalam satu laci tetapi telah dipecahkan oleh penjenayah," jelasnya.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu berjaya merakam imej seorang lelaki keluar dari pejabat berkenaan dengan membawa beg kira-kira pukul 3.22 petang.

Dia berkata, ini merupakan kali pertama berlaku kejadian pecah masuk sejak pejabat ini beroperasi kira-kira 15 tahun lalu.

Dia kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan rakaman tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

1.56 juta batang rokok seludup dirampas

Posted:

1.56 juta batang rokok seludup dirampas

1.56 juta batang rokok seludup dirampas

JASIN 29 Dis. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya merampas 1.56 juta batang rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM79,000 dengan cukai sebanyak RM807,000 di 169 premis sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, kesemua rokok yang dirampas itu tidak sah kerana dibawa masuk ke negara ini tanpa membayar duti import, tidak mempunyai label setem dan tiada ciri keselamatan.

"Rokok tidak sah wujud di pasaran kerana mendapat permintaan daripada segelintir masyarakat dan mereka secara tidak langsung juga terlibat dalam aktiviti penyeludupan ini kerana menyokong rokok seludup.

"Situasi ini amat membimbangkan pihak Kastam kerana telah mengakibatkan kehilangan hasil pendapatan cukai negara," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Kempen Membasmi Jualan Rokok Tidak Sah dan Khidmat Bakti Masyarakat di Dewan Taman Seri Chinchin, di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah.

Mohd. Nasir menambah, mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai rokok dirampas dan tidak lebih 20 kali nilai tersebut atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Rosli A. Aziz, 53, pegawai kastam yang parah ditembak di hadapan rumahnya di Taman Tanjung Minyak, Jumaat lalu telah banyak menyumbang kepada rampasan Kastam negeri dan menumpaskan anggota sindiket penyeludupan.

"Sepanjang tahun lalu sahaja, hasil operasi yang diketuai oleh Rosli, beliau telah berjaya mengutip nilai rampasan sebanyak RM30 juta dan membawa kepada penahanan 15 anggota sindiket penyeludupan.

"Alhamdulillah, keadaan mangsa kini yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dilaporkan semakin stabil," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan