Berita Harian: Mutakhir |
Penduduk Aceh kenang 7 tahun tsunami Posted: 26 Dec 2011 02:59 AM PST Mutakhir JAKARTA: Bagi mengenang tujuh tahun peristiwa Tsunami 2004 yang meragut nyawa lebih 160,000 penduduknya, hari ini lebih 6,000 anggota masyarakat Aceh berkumpul di Padang Golf, Lhok Nga, Aceh Besar, untuk acara berzikir dan berdoa.Acara peringatan peringkat pusat itu turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jepun. Semasa berucap di acara itu, Gabenor Aceh Irwandi Yusuf, berkata tsunami tujuh tahun lalu itu adalah peristiwa dahsyat yang paling sukar dilupakan."Peristiwa itu tidak hanya menghancurkan prasarana yang ada tetapi juga sendi kehidupan masyarakat," katanya. Sehubungan itu, Irwandi mengajak masyarakat terus melipatgandakan usaha untuk membangunkan semula ekonomi Aceh supaya negeri itu mempunyai masa depan yang lebih baik. Pada masa sama, beliau mengingatkan mereka supaya terus berwaspada terhadap bencana gempa bumi dan tsunami kerana Aceh terletak di dua pelantar bumi.
Lebih 160,00 penduduk Aceh terbunuh manakala ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal dalam bencana tsunami paling dahsyat di negeri itu tujuh tahun
Bencana selepas gempa bumi berkekuatan 9.3 pada skala Richter berhampiran kawasan Aceh, turut melanda 12 negara lain yang menghadap Lautan Hindi dari Thailand hingga Sri Lanka. Secara keseluruhannya Tsunami 2004 mengorbankan sejumlah kira-kira 230,000 orang di seluruh dunia. Acara berbentuk pendidikan dan kesedaran turut dianjurkan pihak pentadbiran negeri Aceh untuk mengenang peristiwa itu, seperti yang diadakan di Pusat Penyelidikan Mitigasi Bencana dan Tsunami di daerah kecil Meuraxa, Aceh, kelmarin. Acara yang dihadiri lebih 1,000 murid sekolah itu melatih mereka supaya sentiasa bersedia dan tahu bagaimana untuk bertindak jika berlaku gempa bumi dan tsunami. - BERNAMA |
Pakatan bentang manisfesto di Kedah 14 Januari Posted: 26 Dec 2011 02:40 AM PST Mutakhir ALOR SETAR: Tiga parti pakatan pembangkang akan membentangkan manifesto masing-masing pada konvensyen kebangsaan ketiga mereka yang dijadual 14 Januari ini di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa, berkata manifesto itu yang menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13 akan dibahaskan perwakilan daripada ketiga-tiga parti sekutu iaitu PKR, DAP dan PAS. "Selesai sahaja sesi perbentangan dan perbahasan, kita akan adakan deklarasi Alor Setar untuk semua manifesto dan perbahasan yang dibuat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya, konvenysen sehari itu dijangka disertai 1,800 perwakilan serta 2,000 pemerhati dan jemputan khas, dan akan dirasmikan secara bersama oleh pemimpin kanan ketiga-tiga parti."Pada sebelah malamnya, kita akan adakan ceramah oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan