Rabu, 28 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Inspektor polis parah ditetak ketika serah saman

Posted:

Inspektor polis parah ditetak ketika serah saman

Inspektor polis parah ditetak ketika serah saman


Ahmad Ibrahim ketika melawat Inspektor Mohd. Firdaus Zainal yang parah ditetak oleh seorang lelaki di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 27 Dis. - Seorang pegawai polis cedera parah selepas ditetak dengan parang ketika bergelut dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar Yan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan cedera parah di bahagian kaki kiri akibat ditetak suspek manakala seorang lagi pegawai juga berpangkat inspektor turut cedera ringan.

Sebuah kereta polis juga mengalami kerosakan akibat tindakan suspek berusia 45 tahun itu dengan nilai kerugian antara RM2,500 hingga RM3,000.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, mangsa bersama sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek di kampung berkenaan bagi menyerahkan notis saman berkaitan kes khianat yang dipercayai dilakukan lelaki berkenaan awal tahun ini.

Bagaimanapun kata beliau, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

"Pegawai berkenaan cuba menahan lelaki itu tanpa menggunakan senjata dan berlaku pergelutan sehingga suspek menetak bahagian kaki kiri pegawai itu," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Ahmad berkata, suspek yang kemudiannya berjaya ditahan dihantar ke Hospital Yan sebelum dirujuk ke HSB Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Kes ini akan disiasat sama ada mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atau Seksyen 326 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata. Kami akan merujuk pihak hospital untuk mengenal pasti sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lima ditahan cuba jual bayi RM7,000

Posted:

Lima ditahan cuba jual bayi RM7,000

Lima ditahan cuba jual bayi RM7,000

KUCHING 27 Dis. - Polis menahan lima individu termasuk dua wanita pada Khamis lalu kerana dipercayai cuba menjual bayi perempuan yang baru dilahirkan teman wanita salah seorang daripada mereka dengan harga RM7,000.

Penahanan itu ekoran hasil maklumat ibu bayi berkenaan yang secara tidak sengaja menemui sepucuk surat mengandungi butiran jual beli di atas namanya di dalam bakul sampah di rumah didiaminya di Tabuan Keranji di sini.

Menurut sumber, wanita berkenaan berusia 31 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu melahirkan bayi tersebut di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 19 Disember lalu.

"Sehari selepas itu, dia dibawa keluar teman lelakinya yang berasal dari Johor sebelum dihantar ke sebuah rumah di Tabuan Keranji.

"Wanita berkenaan yang masih dalam pantang dijaga oleh seorang wanita dari Sibu yang tidak dikenalinya," katanya di sini hari ini.

Menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa tidak tahu menahu mengenai urusan jual beli berkenaan.

Katanya, berikutan laporan dibuat wanita itu, polis menahan kelima-lima suspek dengan empat daripadanya ialah penduduk tempatan pada petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong mengesahkan kes berkenaan dan berkata, lima suspek itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan