Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Jalan baru sukarkan pengguna

Posted:

Jalan baru sukarkan pengguna

Jalan baru sukarkan pengguna

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Laluan jalan ke Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial di Jalan Teluk Wanjah mempunyai selekoh yang tajam serta merbahaya bagi pengguna jalan raya dan orang awam di Alor Setar.


ALOR SETAR 30 Nov. - Kira-kira 200 kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Jalan Teluk Wanjah di sini meminta pihak pemaju membina satu laluan khas untuk memasuki bangunan Perkeso demi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Ini kerana jalan baru dibina oleh pihak pemaju untuk memasuki bangunan Perkeso mempunyai selekoh tajam serta berbahaya bagi pengguna jalan raya dan orang awam yang ingin berurusan di pejabat itu.

Pengarah Perkeso Kedah, Othman Mohd. Nordin berkata, jalan baru yang dibina oleh pihak pemaju itu tidak sesuai bagi pengguna jalan raya.

"Selekoh yang ada sebelum memasuki bangunan Perkeso tajam dan pengguna kenderaan yang ingin keluar dari bangunan ini boleh bertembung dengan kenderaan yang ingin memasuki bangunan ini.

"Kami menerima aduan daripada orang ramai yang berurusan di sini mengenai kesukaran yang dihadapi mereka apabila ingin memasuki bangunan Perkeso," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, orang awam yang berurusan dengan Perkeso kebanyakannya ialah orang kelainan upaya (OKU) dan mereka mengalami kesukaran kerana jalan baru itu berbahaya.

"Kami sangat berharap pihak pemaju dapat membina laluan khas dengan segera supaya tidak berlaku kemalangan di jalan ini," jelasnya.

Seorang kakitangan Perkeso, Ahmad Ismail berkata, jalan baru itu sepatutnya mesra pengguna, namun malangnya ia menjadi sebaliknya.

"Setiap hari kami menghadapi kesukaran untuk memasuki tempat kerja dan ada ketikanya saya bertembung dengan motosikal yang tidak nampak saya memandu keluar dari sini.

"Saya amat berharap pihak pemaju dapat membina jalan baru yang lebih mesra pengguna dan tidak mempunyai selekoh yang tajam," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasar jadi peneraju pembekal makanan

Posted:

Sasar jadi peneraju pembekal makanan

Sasar jadi peneraju pembekal makanan

IPOH 30 Nov. - Koperasi Mega Ipoh Bhd., (KMIB) yakin mampu menjadi peneraju perniagaan kuih muih tradisional, makanan ringan dan dingin beku di negeri ini dalam masa terdekat berdasarkan sambutan hebat pelanggan terhadap produk-produk keluarannya sejak setahun lalu.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Nasir Hashim berkata, pasaran makanan yang diceburi KIMB mempunyai potensi besar dan mampu berkembang lebih pesat selepas ini.

''Kita menyasarkan pulangan dividen melebihi 10 peratus kepada ahli pada tahun kewangan akan datang.

''Kita juga merancang membuka dua lagi premis jualan di negeri ini dalam masa terdekat selepas yang pertama di Arked D'Mara di sini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Kedua KMIB di sini semalam.

Menurutnya, penglibatan KMIB dalam bidang perniagaan itu bertepatan dengan keperluan masyarakat kini yang lebih tertumpu pada produk makanan halal khususnya bagi kuih tradisional dan moden.

Katanya, buat permulaan, KMIB menghasilkan lima jenis kuih dingin beku yang dibekalkan di sini dan ia mendapat sambutan sangat baik daripada orang ramai.

''Sebanyak 15 jenis kuih tradisional antaranya karipap, pau dan roti canai segera kini dalam proses pembuatan dan kami sedang menyiapkan pakej pembungkusan agar ia setanding produk berjenama popular dari segi kualiti dan kesegaran," ujar beliau.

Menurut beliau, KMIB kini berbincang dengan para peniaga tempatan untuk menjadi pembekal dalam usaha meningkatkan kelancaran pemasaran.

''Kita juga sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk kami," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita derita sakit buah pinggang hidup sebatang kara

Posted:

Wanita derita sakit buah pinggang hidup sebatang kara

Wanita derita sakit buah pinggang hidup sebatang kara


NORMAZIAN Abdul Rahman menunjukkan gambar dua anaknya Shakina (kiri) dan Shahdatul Shuib yang masih disimpannya di Kampung Sberang Pekan Baling, Kedah, semalam.


BALING 30 Nov. - Seorang ibu tunggal yang mengidap penyakit buah pinggang mengharapkan bantuan dan keprihatinan anak-anaknya.

Normazian Abdul Rahman, 47, yang mempunyai enam orang anak kehidupan keseorangan dan terpaksa bergantung kepada simpatik jiran-jiran yang dimasukkan ke hospital.

Sambil menitis air mata Normazian berkata, dia melalui saat-saat menyedihkan dalam hidupnya apabila dibuang anak sendiri ketika dia amat memerlukan mereka.

Tambahnya, sudah lebih 10 tahun dia tidak bertemu dengan anak-anaknya itu walaupun mereka tahu di mana dia menetap.

"Inikah balasan yang saya terima? Mereka tahu di mana saya berada, selama ini saya yang membesar dan memberi pendidikan ilmu apabila mereka sudah besar melupakan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Baling di sini hari ini.

Menurut wanita itu lagi, paling memilukan apabila dia tidak pernah merasai kegembiraan menyambut hari raya bersama mereka walaupun sering ternanti-nanti kepulangan anak-anak.

Tambahnya, selepas berpisah dengan suaminya, dia hanya melakukan kerja ringan kerana kesihatan tidak mengizinkan dengan menjual goreng pisang untuk menampung pendapatan.

"Dengan pendapatan yang tidak seberapa wang itulah digunakan untuk berbelanja setiap hari tetapi mujurlah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi membolehkan saya menampung kos rawatan ke hospital," ujarnya.

Katanya, dia sangat merindui anak- anaknya dan berharap mereka pulang menjenguknya selagi dia masih bernyawa.

"Saya teringat anak-anak dan mengharapkan kasih sayang tetapi mengapa mereka meninggalkan saya dalam keadaan begini yang sudah dimamah usia," katanya yang menetap di Kampung Seberang Pekan Baling, dekat sini.

Kata Normazian, dia kerap mendapat rawatan di hospital sejak akhir -akhir ini kerana keadaan penyakit yang dihidapinya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan