Sabtu, 24 Disember 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Hakisan makin membimbangkan

Posted:

Hakisan makin membimbangkan

Hakisan makin membimbangkan

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Penduduk melihat tanah yang runtuh akibat dihakis arus deras Sungai Ayer Lanas di Kampung Rahmat, baru-baru ini.


JELI 23 Dis. - Penduduk Kampung Rahmat dekat sini menggesa pihak berwajib membaiki segera tanah runtuh di jalan utama menuju kampung berkenaan yang semakin terhakis akibat hujan lebat dan dikhuari mengundang bahaya kepada pengguna.

Lebih membimbangkan penduduk berkenaan ialah hakisan seluas kira-kira 10 meter itu berlaku berhampiran sebatang jambatan yang menjadi penghubung untuk penduduk mengangkut hasil pertanian termasuk kelapa sawit dan getah dari kebun untuk dipasarkan.

Tinjauan Utusan Malaysia turut mendapati, runtuhan di jalan utama itu semakin menghampiri sebuah kedai dan amat berbahaya untuk dilalui oleh kenderaan berat.

Seorang penduduk, Jusoh Che Harun, 62, berkata, dia bimbang hakisan tersebut semakin melebar disebabkan musim hujan dan sekiranya tiada tindakan diambil dikhuatiri mata pencarian penduduk turut terjejas.

"Sekiranya jalan utama tersebut putus dua akibat hakisan, maka lori tidak dapat masuk untuk memunggah hasil pertanian penduduk dan kami akan hilang pendapatan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Wan Zainuddin Wan Setapa, 54, turut cemas memandangkan hakisan tersebut hanya kira-kira satu meter dari kedainya.

Dia mendakwa, hakisan tersebut semakin serius disebabkan arus Sungai Ayer Lanas yang semakin kuat ekoran hujan lebat sejak kebelakangan ini.

"Arus deras itu menyebabkan tanah merah yang menjadi penyokong jalan tersebut terhakis dan hakisan semakin luas sehingga turut meruntuhkan tanah sekitar kedai saya," katanya.

Wan Zainuddin mendakwa, apa yang mendukacitakan penduduk ialah perkara tersebut telah dimaklumkan kepada ketua kampung berkenaan dua bulan lalu, tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

Seorang pengunjung, Mohd Nawi Mat Ali,59, pula memberitahu, dia yang tinggal di Kampung Ayer Layas sering berulang-alik ke kebunnya di Kampung Rahmat menggunakan laluan tersebut.

"Sekarang arus air sungai deras dan menghakis tanah penyokong jalan tersebut dari bawah, dibimbangi jalan berkenaan akan runtuh secara tiba-tiba sehingga membahayakan penduduk. Jadi kita harap tindakan segera dapat diambil membaikinya supaya penduduk tidak resah," katanya.

Sementara itu, pegawai Jabatan Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Hassan Isa berkata, masalah tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan Mizan sertai rakyat kacau bubur asyura

Posted:

Sultan Mizan sertai rakyat kacau bubur asyura

Sultan Mizan sertai rakyat kacau bubur asyura


Abdul Shukur Idrus (kanan) meyampaikan keperluan peralatan perniagaan kepada Suhaibah Yaacob pada Majlis Penyampaian Kelulusan Bantuan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Selayang Tahun 2011 di Pejabat ADUN Kuang, Selayang baru-baru ini.


MARANG 23 Dis. – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam berangkat ke Majlis Memasak Bubur Asyura bersama lebih 1,000 penduduk daerah ini di Dataran Pejabat Daerah Marang di sini.

Sultan Mizan turut mengacau bubur asyura bersama-sama hadirin sebelum mengagihkannya kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada majlis itu.

Program anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama kumpulan Sultan Sulaiman 78 (SS78) itu merupakan yang ketiga diadakan dalam usaha merapakan hubungan silaturahim antara penduduk dan pemimpin.

Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali berkata, 80 kawah bubur dimasak secara berkumpulan oleh 58 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selain 12 agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Bubur asyura ini mula dimasak sejak pukul 6 pagi. Kami terharu dengan sokongan mereka yang terlibat menjayakan program ini," katanya pada majlis tersebut.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah.

A. Rahman berkata, pihaknya akan meneruskan program sedemikian dalam usaha merapatkan hubungan antara komuniti setempat dengan agensi kerajaan selain menyemai semangat muafakat dalam kalangan mereka yang terlibat.

Full content generated by Get Full RSS.

Karnival Hijrah dapat sambutan hebat

Posted:

Karnival Hijrah dapat sambutan hebat

Karnival Hijrah dapat sambutan hebat

KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Karnival Hijrah di Dataran Shahbandar di sini semalam.

Baginda turut diiringi adindanya, Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman tiba di pekarangan karnival itu kira-kira pukul 3 petang.

Ketibaan baginda disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi TV Alhijrah, Tan Sri Dr. Yusof Md. Noor.

Pada karnival itu, Sultan Mizan turut menyampaikan sumbangan pakaian persekolahan kepada 21 pelajar dari beberapa buah sekolah di sekitar daerah Dungun sempena Program Jom Sekolah.

Baginda turut meluangkan masa melawat beberapa buah gerai agensi di bawah JPM di tapak karnival berkenaan.

Sementara itu, Jamil berkata, beliau yakin karnival yang diadakan julung-julung kali itu bakal menarik kira-kira 200,000 pengunjung.

Katanya, karnival itu juga berjaya menggabungkan sebanyak 44 agensi di bawah JPM dan Kerajaan Negeri Terengganu bagi memberi peluang kepada agensi berkenaan mengambil bahagian dan mempromosikan produk serta perkhidmatan masing-masing kepada rakyat.

Tambahnya, karnival yang juga menyediakan ruang informasi dan hiburan berlandaskan syariah itu akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

"Kita akan kembangkan penganjuran karnival ini ke peringkat negeri dengan Terengganu sebagai permulaan penganjurannya, bersesuaian dengan faktor anjung ilmu yang sering diuar-uarkan oleh kerajaan negeri selain penemuan sejarah permulaan agama Islam di negeri ini.

"Saya juga berharap lebih banyak kerajaan negeri di luar sana yang bersedia untuk menyumbang dana bagi penganjuran karnival seperti ini pada masa akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini itu, turut menyediakan pelbagai program menarik antaranya forum perdana, temu bual personaliti pilihan, konsert, pertandingan marhaban, demo masakan dan persembahan berzanji.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan