Selasa, 27 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Terharu dikunjungi Muhyiddin

Posted:

Terharu dikunjungi Muhyiddin

Terharu dikunjungi Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin dan isterinya, Norainee Abdul Rahman beramah mesra dengan keluarga Peter Ng Ah Kaw dan isterinya, Wong See Moy ketika menziarahi rumah pasangan itu di Taman Sungai Jelok, Kajang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sambutan Hari Krismas bagi seorang pengumpul barang-barang terpakai di Taman Sungai Jelok, Kajang dekat sini amat bermakna apabila kediamannya dikunjungi Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Tambah mengharukan bagi Peter Ng Ah Kaw, 70, apabila Timbalan Perdana Menteri menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepadanya dan dua keluarga lain dalam lawatan ringkas kira-kira 15 minit itu.

Bagi Peter, dia amat gembira kerana Timbalan Perdana Menteri sudi mengunjungi rumahnya walaupun mengetahui Muhyiddin mempunyai jadual kerja yang amat padat.

Dia amat berbangga kerana Muhyiddin merupakan seorang pemimpin yang merendah diri.

"Saya amat gembira kerana berasa menjadi seorang kenamaan (VIP) hari ini. Malah, Timbalan Perdana Menteri juga bersedia membantu saya berhubung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan tamat tahun depan," katanya.

Peter yang berpendapatan kira-kira RM600 sebulan merupakan antara 10 penerima bantuan baik pulih kediaman oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Turut bersama Muhyiddin dalam kunjungan itu ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isterinya, Datin Seri Masnah Rais.

Bagi seorang lagi penerima, V. Voral, 80, dia amat gembira kerana dapat berjumpa dan menerima sendiri bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, langkah Muhyiddin bertemu masyarakat merupakan tindakan yang amat bertepatan dengan slogan kerajaan yang mendahulukan rakyat.

"Ini menunjukkan Malaysia mempunyai sebuah kerajaan yang amat baik," katanya.

Pendapat Voral turut dipersetujui seorang lagi penerima, Na An Tai, 46, yang gembira dapat bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri dan bantuan yang diterima meringankan bebannya dalam menyara keluarga.

Full content generated by Get Full RSS.

20,000 meriahkan Krismas

Posted:

20,000 meriahkan Krismas

20,000 meriahkan Krismas

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Lebih 20,000 tetamu pelbagai kaum dan agama hari ini memeriahkan majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, dekat sini hari ini.

Bertemakan Harmoni 1Malaysia, majlis anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berlangsung pada pukul 10 pagi dan berakhir sehingga lewat petang ini.

Sambutannya diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut memeriahkan majlis ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Masnah Rais dan dua timbalannya, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz serta Datuk Joseph Salang Gandum.

Muhyiddin dan Rais tiba di majlis itu pada pukul 3 petang dengan menaiki teksi diiringi lima teksi lain selepas meluangkan masa mengunjungi rumah salah seorang penerima bantuan baik pulih kediaman di bawah program Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Peter Ng Ah Kaw.

Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar cemerlang yang bersekolah di sekitar kawasan tersebut.

Kira-kira 200 keluarga turut menerima sumbangan makanan dan barangan keperluan melalui Program Kembara Jalinan Kasih anjuran Jabatan Penerangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Sertai industri pertahanan

Posted:

Sertai industri pertahanan

Sertai industri pertahanan

BAGAN DATOH 26 Dis. — Pesara tentera Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam industri pertahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan digalak menyertai projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai yang dijangka dimulakan dalam suku pertama tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion.

"Selain itu, syarikat dari China dan India juga menunjukkan minat untuk melabur dalam projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) peringkat Parlimen Bagan Datoh, di sini hari ini.

- BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan