Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 23 Dec 2011 11:47 AM PST KUALA LUMPUR: Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah. Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan. Huda, pelajar kolej swasta di ibu kota, berkata dia bercinta dan tinggal serumah dengan James, 30, selama tiga tahun selepas mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta. Menurutnya, pada awal perhubungan James sangat mengambil berat dan memberinya pelbagai kemewahan menyebabkan dia lupa segala tanggungjawabnya sebagai pelajar dan umat Islam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 23 Dec 2011 11:47 AM PST SEREMBAN: Seorang lelaki dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini, semalam atas enam tuduhan menipu seorang wanita membabitkan wang bernilai lebih RM23,000 berkaitan satu pelaburan emas di sekitar daerah ini, empat bulan lalu. Mohamad Jayanudin Kasmin, 40, atau dikenali juga sebagai 'Din Kudung' yang memakai baju lokap jingga dan berseluar ungu tenang ketika tiga pertuduhan awal dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Haslina Basarudin.
Mengikut pertuduhan pertama, Jayanudin didakwa menipu Roslina Hassan untuk mempercayai terdapat pelaburan emas dan secara tidak jujur mendorong wanita itu memasukkan wang tunai RM4,000 ke dalam akaun bank diberikannya.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Haslina membenarkan kos ikat jamin RM21,000 ditawarkan pendakwaan bagi semua pertuduhan dikurangkan kepada RM15,000 dengan seorang penjamin dan turut menetapkan tarikh sebutan kes 25 Januari depan. Bagi tiga pertuduhan lain di mahkamah berasingan, Jayanudin didakwa turut menipu wanita sama menggunakan cara sama membabitkan RM10,890 di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan