Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 23 Dec 2011 03:14 PM PST MukaDepan Dr Khir Toyo dipenjara setahun, dua lot tanah dan sebuah banglo diarah serah kepada kerajaanSHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu. Hakim Datuk Mohtarudin Baki dalam keputusannya di akhir kes pembelaan, turut mengarahkan dua lot tanah dan rumah Nombor 8 dan 10 di Jalan Suasa, Seksyen 7, di sini dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan. Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, M Athimulan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan pelucutan hak harta terhadap Dr Mohamad Khir sehingga rayuan diputuskan mahkamah.Ketika menjatuhkan hukuman, Mohtarudin berkata, keterangan menunjukkan Dr Mohamad Khir merancang memiliki hartanah itu dari 2004 hingga 2007. Sehubungan itu, hukuman berbentuk pencegahan perlu dikenakan bagi memberikan pesanan jelas kepada orang awam bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan itu. "Denda tidak sesuai dijatuhkan. Penjara terhadap seseorang yang memegang jawatan eksekutif tertinggi perlu diberikan," katanya. Mohtarudin berkata, mahkamah mengarahkan hartanah itu dilucut hak kerana Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 memperuntukkan perintah pelucutan apa-apa harta oleh mahkamah dalam kesalahan yang sudah dibuktikan terhadap tertuduh. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasminya ketika itu, di Jalan permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, sedangkan dia mengetahui hartanah dibelinya tidak setimpal harga dibayar manakala Shamsuddin pula mempunyai hubungan dengan kerja rasminya. Terdahulu dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, selepas menimbangkan semua keterangan bukti dan hujah pendakwaan serta pembelaan, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes berkenaan. Mohtarudin berkata, ada tiga perkara dalam kes itu, iaitu tertuduh seorang penjawat awam pada tarikh pertuduhan; tertuduh membeli hartanah yang menjadi hal pertuduhan daripada saksi kedua pendakwaan iaitu Shamsuddin dengan balasan yang diketahui tertuduh tidak mencukupi; dan tertuduh juga mengetahui Shamsuddin mempunyai kepentingan perniagaan dengan tertuduh sebagai penjawat awam. Beliau berkata, pemilik asal hartanah, Saiful Aznir Shabudin dalam keterangannya memberitahu mahkamah, Datuk Sumadi membawa Dr Mohamad Khir dan isteri selaku 'potential buyer' melawat hartanah itu pada 2004 dan Saiful Aznir juga memaklumkan beliau mahu menjual hartanah berkenaan dengan harga RM7 juta. Katanya, keterangan menunjukkan dua bulan kemudian, Sumadi membawa Shamsuddin melawat hartanah sama dan selepas perbincangan, mereka bersetuju dengan harga RM6.5 juta. Mohtarudin berkata, terdapat keterangan bahawa Dr Mohamad Khir menunjukkan minat dengan hartanah itu dan mengarahkan Sumadi membelinya tetapi Sumadi berkata, beliau ada komitmen lain, sehubungan itu tertuduh mengarahkan Shamsuddin membeli hartanah berkenaan. Beliau berkata, pereka landskap, Nasir Ismail dalam keterangannya pula menyebut mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor yang menyuruhnya ke rumah tertuduh di Nombor 8, Jalan Suasa di Shah Alam dan diperkenalkan dengan tertuduh yang mahukannya mengubah suai hartanah berkenaan mengikut konsep Bali. Katanya, dalam keterangan itu, pertemuan pada tahun 2006 turut dihadiri Zahrah dan tertuduh dan isterinya yang paling banyak bercakap mengenai rumah berkenaan. "Saya tidak ada sebab untuk menolak keterangan Nasir walaupun dikatakan tertuduh ada perselisihan faham dengannya yang mana beliau (Nasir) membawa keluar barangan berharga (dari rumah itu) kerana tertuduh enggan membayarnya. "Saksi itu ditanya dengan panjang lebar (tetapi) hanya satu soalan ditanya mengenai perselisihan faham berhubung bayaran itu," katanya. Mohtarudin berkata, mahkamah juga mendapati Shamsudin bukan rakan sepenjenayah kerana daripada keterangannya, jelas beliau beranggapan akan mendapat semula wang (dari hasil penjualan hartanah) dan RM1.5 juta iaitu sebahagian kos ubah suai. Beliau berkata, ada beberapa percanggahan keterangan yang diberikan Shamsudin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan keterangannya di mahkamah, bagaimanapun peguam bela tidak mengemukakan permohonan mencabar kebolehpercayaan saksi itu. Sementara itu, dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Athimulan memohon mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk hanya mengenakan hukuman denda terhadap Dr Mohamad Khir. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Masri Mohd Daud dalam hujahnya berkata, jika tertuduh dikenakan denda dan dia senang hati untuk membayarnya, maka ia tidak mencapai tujuan hukuman berkenaan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenjiji mmmm....undang2 apa tu...1 tahun saja..... ali celik elok le tu buat pengajaran semua terutamanya ahli-ahli politik yang ada kepentingan sendiri. penjara tak cukup lama tu.. kalau denda dan sebat sekali kan bagus.. zikri akhirat mukin maseh jauh lagi tapi maseh hidup didunia lagi ALLAH dah beri hukuman sebagai peringatan ingatlah semua penjawat awam jangan berlagak,setiap perbuatan ada penbalasan mukin didunia atau diakhirat perjalanan hidup didunia hanyalah sesingkat 2jam 45minit. shida sewajarnya pesalah rasuah hendaklah dilucuthak hartanya mengikut jumlah terimaan nilai rasuah barulah dapat mengurangkan rasuah dari berleluasa ML.Manivannan satu keadilan diatas kehakiman yang cukup kebijaksanaan , jadi pemimpin lain harus insaf...Jangan berebut untuk menerima foc.. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 23 Dec 2011 03:04 PM PST MukaDepan PEGAWAI SPRM Putrajaya bersama pegawai operasinya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh (kanan) keluar membawa dokumen dan komputer selepas menyiasat di pejabat National Feedlot Coperation (NFC) di Solaris, Mont Kiara. - Foto Sairien Nafis Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, Bahagian Operasi dan Siasatan SPRM diketuai Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh merampas seunit pemprosesan data (CPU) dan empat sampul surat besar berwarna putih dipercayai berisi dokumen dari pejabat di tingkat 3A, Solaris Mont Kiara dekat sini. Serbuan itu bermula dengan kehadiran seorang pegawai SPRM dari Putrajaya kira-kira jam 2.50 petang, sebelum disertai tujuh lagi anggotanya yang tiba di pejabat berkenaan kira-kira jam 3.05 petang. Sebelum itu, Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang berada di Restoran Meatworks yang terletak di tingkat bawah berdepan pejabat NFC dilihat menaiki sebuah kereta Nissan Murano putih selepas melihat kehadiran wartawan serta jurukamera yang mula berkumpul di bahagian bawah pejabatnya kira-kira jam 2.20 petang.Wan Abdul Rahman ketika ditemui pemberita memberitahu pihak NFC memberi kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai SPRM yang menjalankan tugas tetapi enggan mengulas lanjut. "Kami hanya berjumpa pekerja NFC yang agak ramai di dalam pejabat NFC dan mereka memberi kerjasama penuh kepada lapan pegawai yang hadir hari ini (semalam)," katanya. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pegawainya di pejabat NFC semalam bagi mencari bahan bukti berkaitan dan membantu siasatan kes NFC. Kelmarin, SPRM menubuhkan satu pasukan khas diketuai Mustafar, bagi memberi tumpuan khusus dalam siasatan keseluruhan kes berkaitan NFC. Isu NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan syarikat berkenaan yang dimiliki keluarganya, tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu. Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu terus mencetuskan kontroversi terutama yang dibangkitkan pembangkang. NFC dalam satu kenyataan semalam menyangkal dakwaan bahawa SPRM menyerbu pejabat mereka, sebaliknya menjelaskan ia sebahagian daripada siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu. Ia menyatakan pihak pengurusan dan seluruh kakitangan NFC menyambut baik kedatangan SPRM bagi menjalankan siasatan serta memberi sepenuh kerjasama bagi memastikan ia berjalan lancar. NFC kesal dengan tindakan segelintir media melaporkan syarikat itu diserbu SPRM dan pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu memandangkan siasatan sedang dijalankan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenYangretibase "Hidup dan mati seorang Islam hanya kerana Allah semata-mata". Abdullah Muhamad Semoga SPRM dapat menyelesaikan isu yang menjadi barah dalam proses transfomasi negara menuju negara cemerlang. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan