Khamis, 29 Disember 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Penari tiang Siam dicekup

Posted: 28 Dec 2011 01:42 PM PST

Wilayah

GRO warga Thailand ditahan dalam serbuan di pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, awal pagi semalam. - Foto Yong Chee Choong

GRO warga Thailand ditahan dalam serbuan di pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah, Pudu, awal pagi semalam. - Foto Yong Chee Choong

68 GRO warga asing ditahan dalam dua serbuan

KUALA LUMPUR: Seramai 68 wanita pelayan pelanggan (GRO) termasuk 17 warga Thailand yang sedang menghiburkan pelanggan dengan tarian ghairah dan tarian tiang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di ibu negara, awal pagi semalam.

Ketika serbuan mengikut Ops Noda oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), seorang pondan warga Thailand yang asyik menari tarian ghairah di hadapan 27 pelanggan turut ditahan. Pondan yang sudah menukar jantina berusia 20-an itu ditahan dalam serbuan pertama sekitar jam 12.30 tengah malam di sebuah pusat hiburan Jalan Changkat Thambi Dollah.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata 17 wanita Thailand dan pondan yang berusia antara 21 hingga 33 tahun itu turut didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat hiburan berkenaan.

"Kita percaya mereka kerap keluar masuk ke negara ini dan pernah bekerja di beberapa pusat hiburan sekitar ibu negara secara haram.

"Kita dapati pusat hiburan itu yang dipercayai baru empat minggu beroperasi tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan," katanya.
Azman berkata, pengusaha pusat hiburan itu didapati menggunakan khidmat wanita Thailand untuk menarik pelanggan dengan menganjurkan tarian tiang yang mengghairahkan.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah dan mereka (pelanggan) akan mengalungkan kalungan bunga kepada penari kegemaran mereka sebagai bayaran tips.

"Lebih banyak kalungan bunga, lebih banyaklah jumlah tips yang diterima penari," kata Azman yang turut mengakui tarian tiang kini umpama satu tren di kalangan pengusaha pusat hiburan sekitar ibu negara.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah pusat hiburan di Wisma PGRM 2, Cheras sekitar jam 2 pagi pula, 37 wanita tempatan serta seorang wanita Vietnam berusia 17 hingga 50 tahun yang menjadi GRO ditahan.

"Kita dapati pusat hiburan kedua yang baru sebulan beroperasi juga tidak mempunyai lesen dan turut menggunakan khidmat penari tiang untuk menarik pelanggan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengguna tak kisah bayar 20 sen

Posted: 28 Dec 2011 01:25 PM PST

Wilayah

MIRI: Kempen 'Katakan Tidak Kepada Plastik' yang dilancarkan Majlis Bandaraya Miri (MBM) berjaya mengutip RM30,041 sejak ia dilancar tahun lalu.

Jumlah kutipan besar itu membuktikan pengguna tidak menghiraukan bayaran 20 sen dikenakan terhadap penggunaan plastik oleh pengusaha pasar raya atau pemilik premis perniagaan yang menyertai kempen berkenaan.

Datuk Bandar MBM, Lawrence Lai, berkata kutipan akan disumbangkan kepada pertubuhan sukarelawan yang memerlukan bantuan kewangan. "Sebahagian kutipan berkenaan akan dimasukkan ke dalam Tabung Hijau MBM untuk melaksanakan projek mencantikkan bandar raya Miri," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, majlis itu akan memperluaskan kempen serupa tahun depan dan berharap ia mendapat sokongan daripada penduduk bandar raya Miri.

Tahun depan, katanya, bukan saja plastik akan dikenakan caj 20 sen, malah plastik putih untuk membungkus makanan akan turut dikenakan caj serupa.

"Langkah ini bertujuan mengurangkan penggunaan plastik yang dikenal pasti memberi kesan jangka panjang yang serius kepada alam sekitar," katanya.
Mengenai tempoh lanjutan operasi pusat hiburan di utara Sarawak, Lawrence berkata, pengusaha dibenarkan beroperasi sehingga jam 3.30 pagi sejak minggu lalu.

Walaupun tempoh masa itu sudah dilanjutkan, mereka masih diwajibkan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Kebiasaan waktu perniagaan dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 pagi. Sekarang kita lanjutkan tempoh masa berkenaan kepada 3.30 pagi.

MBM berharap pengusaha pusat hiburan mematuhi peraturan itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan