Jumaat, 30 Disember 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Kes tikam Rozana: Teman lelaki antara tiga ditahan

Posted:

Kes tikam Rozana: Teman lelaki antara tiga ditahan

Kes tikam Rozana: Teman lelaki antara tiga ditahan

30/12/2011 7:28pm

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki, termasuk teman lelaki Rozana Mohd Yusak, 35, wanita yang ditemui mati dengan lebih 15 kesan tikaman di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong 21 Dis lepas, ditahan polis semalam.

Sumber polis berkata kesemua mereka berumur 19 hingga 20 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Datuk Keramat.

"Dalam tangkapan pukul 8 malam sehingga 1 pagi itu, polis juga merampas sebuah komputer riba milik mangsa daripada salah seorang suspek," katanya.

Menurut sumber itu, ketiga-tiga lelaki tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi ini dan direman tujuh hari sehingga 6 Jan depan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata sidang media mengenai kes tersebut akan diadakan esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor oleh Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, Rozana ditemui berlumuran darah dengan lebih 15 kesan tikaman pada bahagian belakang badannya, di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli perniagaan didakwa menipu NFC RM1.755 juta

Posted:

Ahli perniagaan didakwa menipu NFC RM1.755 juta

Ahli perniagaan didakwa menipu NFC RM1.755 juta

30/12/2011 7:10pm

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang ini.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, pada 6 petang 20 Nov lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, di sini pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Sambutan Tahun Baru: Perkhidmatan komuter dilanjut

Posted:

Sambutan Tahun Baru: Perkhidmatan komuter dilanjut

Sambutan Tahun Baru: Perkhidmatan komuter dilanjut

30/12/2011 5:38pm

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) melanjutkan perkhidmatan komuternya sehingga awal pagi 1 Jan sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Menurut kenyataan KTM Berhad hari ini, ini bagi membolehkan orang ramai membuat perjalanan pulang selepas menyambut sambutan tahun baru di ibu negara.

KTM Komuter menyediakan empat perkhidmatan tren tambahan pada awal pagi 1 Jan, 2012 bagi laluan Mid Valley/KL Sentral- Rawang, Putra /KL Sentral-Seremban, dan KL Sentral-Batu Caves dan lima tren tambahan bagi laluan Putra/Kl Sentral-Pelabuhan Klang.

Namun begitu, tiada perkhidmatan tren komuter tambahan bagi laluan Rawang-Tanjung Malim dan Seremban-Sg Gadut.

Tren tambahan dan perjalanan tren terakhir bagi laluan Mid Valley/KL Sentral- Rawang pada 2.06 pagi, laluan Putra /KL Sentral-Seremban, pada 2 pagi, laluan Putra/KL Sentral-Pelabuhan Klang pada 2.06 pagi dan laluan dari KL Sentral-Batu Caves pada 2.10 pagi.

"Orang ramai juga dinasihati supaya mengikut segala peraturan keselamatan serta mematuhi arahan pegawai KTM Berhad yang bertugas," menurut kenyataan itu.

KTM Berhad menasihati orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan Komuter supaya membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelakkan kesesakan di mesin jualan tiket semasa perjalanan pulang.

Maklumat lanjut, hubungi pusat panggilan di talian bebas tol 1 300 88 5862 atau stesen KTM Berhad berdekatan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan