Selasa, 27 Disember 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Caruman KWSP naik satu peratus

Posted: 27 Dec 2011 02:22 PM PST

Nasional

Kenaikan bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang RM5,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan bagi pekerja bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan dinaikkan daripada 12 kepada 13 peratus berkuat kuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus itu akan memberi manfaat kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, dengan 92 peratus atau kira-kira 4.9 juta pekerja adalah ahli aktif KWSP, bagaimanapun caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Selain itu, pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat apabila majikan diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa enam peratus, manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Oktober lalu, ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi meningkatkan simpanan hari tua, kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan dari-pada 12 kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kini pesara menghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup selepas bersara, malah kajian menunjukkan hampir 70 peratus pesara menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

Sementara itu, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata KWSP menghargai tindakan segera kerajaan dalam menangani masalah itu kerana tambahan satu peratus caruman berserta dengan dividen tahunan akan meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

TPM bangga hasil PROMISE

Posted: 27 Dec 2011 02:16 PM PST

Nasional

MUHYIDDIN mendengar penerangan daripada Prof Dr Mohd Zaki Salleh (dua dari kanan) mengenai PROMISE di UiTM Puncak Alam, semalam. Turut kelihatan Sahol Hamid.

MUHYIDDIN mendengar penerangan daripada Prof Dr Mohd Zaki Salleh (dua dari kanan) mengenai PROMISE di UiTM Puncak Alam, semalam. Turut kelihatan Sahol Hamid.

Kejayaan saintis setanding pencapaian negara maju: Muhyiddin

KUALA SELANGOR: Tan Sri Muhyiddin Yassin bangga dengan hasil penyelidikan di Pusat Farmako-genomiks (PROMISE) Universiti Teknologi MARA (UiTM) berikutan kejayaan saintis menyempurnakan pemetaan genom individu digelar Genom Melayu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendedahan draf genom itu selaras usaha negara maju di Asia dan Eropah yang giat menjana maklumat mengenai genom rakyat mereka supaya dapat digunakan untuk membangun strategi kesihatan paling sesuai untuk penduduk setempat.

Program ini menjadi penanda aras keupayaan saintis Malaysia di persada sains teknologi antarabangsa dan pembabitan UiTM harus dibanggakan. - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Katanya, pencapaian sains yang canggih membuktikan risiko seseorang mendapat sesuatu penyakit dan kesesuaian sesuatu ubat diberi untuk tujuan perubatan ada kaitannya dengan latar belakang genom seseorang.

Malah, katanya, pendekatan dikenali sebagai `personalised medicine' itu antara kemajuan sains dan teknologi yang sedang dibangunkan di negara maju.

"Kejayaan ini hasil sokongan kerajaan kepada usaha memperkuatkan sektor termaju Bioinformatics dan pembiayaan projek genom seperti Projek 25 Genom Malaysia, Projek Genom Manusia Kerdil dan Projek Genom Kelapa Sawit.

"Program ini menjadi penanda aras keupayaan saintis Malaysia di persada sains teknologi antarabangsa dan pembabitan UiTM harus dibanggakan," katanya ketika melancarkan jaringan kerjasama rakan kongsi Bionexus (BNP) & Pengumuman Penyempurnaan Pemetaan Genom Melayu di UiTM Kampus Puncak Alam, di sini, semalam.
Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan satu pertukaran perjanjian antara UiTM dan SNAA Medic yang bersetuju mengkomersialkan dua ujian farmogenetik dibangunkan PROMISE.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan itu menandakan keupayaan UiTM menyediakan prasarana bertaraf antarabangsa sejajar hasrat kerajaan membangunkan modal insan Bumiputera yang mampu berdaya saing di arena global.

Katanya, ia jelas dilihat melalui pusat PROMISE yang kini mengembangkan sayapnya dengan memberi perkhidmatan kepada beberapa syarikat luar negara.

"Saya yakin industri bioteknologi di negara ini akan berkembang pesat, selaras aliran global dan dijangka terus mencatat peningkatan daripada segi jumlah syarikat bioteknologi, penjanaan hasil, pelaburan serta membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja mahir," katanya.

Muhyiddin berkata, industri bioteknologi yang semakin berkembang dan mendapat perhatian pelbagai pihak membuka peluang kerjaya berpendapatan tinggi, seterusnya meluaskan pilihan graduan lulusan bioteknologi dan sains hayat.

Keadaan itu, katanya, menjadikan keperluan negara menyediakan tenaga kerja sesuai dan berkemahiran selaras keperluan pasaran.

"Saya percaya usaha berterusan dilakukan kerajaan dan universiti untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi akan memberi faedah besar kepada mahasiswa.

"Matlamat melahirkan graduan mampu berdaya saing dan memiliki tahap kebolehpasaran tinggi akan tercapai dengan adanya komitmen serta kerjasama strategik berterusan antara sektor kerajaan dan universiti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan