Selasa, 27 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


SPRM siasat rasuah, seleweng kontrak Iskandar?

Posted:

SPRM siasat rasuah, seleweng kontrak Iskandar?

SPRM siasat rasuah, seleweng kontrak Iskandar?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu.

Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan penyelewengan tersebut turut melibatkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek untuk syarikat itu.

Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di Sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta serta jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta.

Difahamkan, SPRM sudah menyiasat beberapa projek yang disyaki berlaku penyelewengan dan rasuah itu sejak tahun lalu.

SPRM juga dikatakan telah membuat serbuan ke atas ibu pejabat syarikat tersebut serta beberapa syarikat di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia difahamkan, kajian ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan kes itu telah dijalankan serta beberapa saksi dipercayai telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Malah, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang merupakan orang tengah projek mega berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pagi esok.

Sementara itu, Pengarah Siasatan dan Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pihaknya sedang menyiasat syarikat tersebut, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Iskandar Malaysia yang fasa pembangunannya sehingga tahun 2025 akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan terbesar rantau ini dengan keluasannya dua setengah kali ganda Singapura.

Full content generated by Get Full RSS.

Pertahan perpaduan kaum - TPM

Posted:

Pertahan perpaduan kaum - TPM

Pertahan perpaduan kaum - TPM

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan orang ramai sambil diiringi isteri, Noorainee Abdul Rahman pada majlis Rumah Terbuka Krismas 2011 di SMK Tinggi Kajang, Selangor, semalam. Turut kelihatan Dr. Rais Yatim dan isteri, Masnah Rais. - UTUSAN/IRWAN MAJID


KUALA LUMPUR 26 Dis. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia mengukuh dan mempertahankan perpaduan antara kaum sebagai asas untuk kestabilan politik ke arah pembinaan negara maju pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak banyak negara di dunia yang terbina daripada kepelbagaian kaum, keturunan dan agama yang mencapai kejayaan luar biasa seperti yang dikecapi oleh Malaysia.

"Kerana itu saya cukup yakin dan percaya jika perpaduan yang menjadi teras kepada kemerdekaan negara sejak 54 tahun ini dipertahankan, lebih banyak kemajuan boleh kita capai pada masa depan.

"Justeru saya berharap janganlah ada di kalangan kita pihak-pihak yang cuba meruntuh dan meleraikan asas-asas perpaduan yang telah dibina sejak sekian lama," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 di Kajang, Selangor hari ini.

Majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu dihadiri oleh kira-kira 20,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Masnah Rais serta dua timbalan menterinya, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz dan Datuk Joseph Salang Gandum.

Menurut Muhyiddin, kerajaan dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat terus berkekalan akan meneruskan dasar-dasar yang memberikan keuntungan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau mengambil contoh Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini seperti bantuan RM500 kepada keluarga di bawah pendapatan RM3,000 serta bantuan permulaan sekolah yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

"Dasar-dasar seperti ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk memastikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama diberi layanan yang sama dari sudut sosial dan ekonomi," katanya.

Dalam masa sama, Muhyiddin turut melahirkan rasa bangga atas kehadiran kira-kira 20,000 rakyat pelbagai kaum dan agama yang bersama-sama memeriahkan sambutan rumah terbuka Krismas kali ini.

Kata beliau, kehadiran begitu ramai pengunjung itu merupakan manifestasi sokongan rakyat terhadap kepimpinan negara.

"Ia juga merupakan satu petanda bahawa kita secara bersama-sama dapat membina masa depan negara yang lebih baik pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Orang ramai diminta jauhi kawasan pantai

Posted:

Orang ramai diminta jauhi kawasan pantai

Orang ramai diminta jauhi kawasan pantai


REKAHAN pada sebahagian jalan raya akibat hakisan yang berpunca daripada fenomena air pasang besar di Dungun, Terengganu, semalam. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM


KOTA BHARU 26 Dis. – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati penduduk di sepanjang pantai di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dengan ancaman ombak besar yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

Agensi itu juga meminta orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan pantai kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini ekoran daripada fenomena air pasang besar itu.

Setiausaha MKN Kelantan, Mohamad Rosle Mamat berkata, nelayan kecil dan laut dalam diminta supaya mendapatkan maklumat ramalan kaji cuaca terlebih dahulu sebelum keluar ke laut untuk mencari rezeki.

"Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran tentang fenomena air pasang besar ini, jadi kita meminta penduduk dan nelayan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Begitu juga dengan orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan 'gigi air' di pantai kerana ombak besar atau fenomena ekor naga boleh berlaku pada bila-bila masa. Kalau mahu berkelah boleh tetapi jangan mandi atau menghampiri pantai.

"Bagi nelayan ke laut, kita minta mereka supaya meningkatkan tahap keselamatan serta membawa alat perhubungan bagi memudahkan komunikasi sekiranya berlaku bencana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lebih 30 chalet dan pusat peranginan yang diusahakan penduduk tempatan di pesisir Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis, Bachok diancam hakisan berikutan angin kencang dan ombak besar sejak tiga hari lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam laman webnya meramalkan hujan serta ribut petir dan angin kencang dengan kelajuan 60 sehingga 70 kilometer sejam bertiup di sepanjang pantai negeri ini.

Ia juga akan menyebabkan ombak besar setinggi 5.5 sehingga 7.5 meter bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Mohamad Rosle berkata, fenomena tersebut tidak akan memberi kesan besar sekiranya tiada hujan lebat di kawasan pedalaman.

"Setakat ini keadaan masih terkawal kerana hujan sekejap-kejap sahaja, sekiranya hujan berterusan kita bimbang akan berlaku banjir besar.

"Sehingga sekarang kita masih belum menerima sebarang aduan kerosakan atau kemalangan disebabkan ombak besar ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai hakisan pantai, beliau berkata, kawasan persisiran Pantai Kandis tidak mempunyai benteng disebabkan ia tidak terhakis sebelum ini.

"Di Kandis kita tidak membina benteng disebabkan ia tidak pernah terhakis. Kerajaan Pusat telah membina benteng di Sabak dan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu; Pulau Belongan dan Pantai Cahaya Bulan, Bachok bagi mengelak hakisan beberapa tahun lalu.

"Bagaimanapun kita akan memantau hakisan yang berlaku di kawasan tersebut untuk tindakan lanjut selepas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan