Jumaat, 30 Disember 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Rantai 2 anak di tandas

Posted: 29 Dec 2011 12:03 PM PST

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.

Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.


Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

3 lelaki acu pisau

Posted: 29 Dec 2011 11:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua anak perempuan pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalami detik ngeri apabila diugut dengan pisau sebelum dikurung sejam dalam tandas oleh tiga lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Taman Wilayah di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4 pagi ketika dua beradik anak Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Nordin Che Ngah, 54, yang masing-masing berusia 15 dan 27 tahun tidur di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Tiba-tiba bilik mereka diceroboh tiga lelaki bersenjatakan pisau dan dua beradik itu kemudian diugut akan dicederakan sebelum diarah masuk ke dalam tandas dan dikunci dari luar.

Nordin berkata, tiga penjenayah itu melarikan Proton Inspira milik kerajaan, empat komputer riba, iPad dan RM1,500.


Menurutnya, kejadian itu hanya disedarinya jam 5.30 pagi ketika dia menunaikan solat Subuh, namun berasa pelik apabila rumahnya terang-benderang manakala pintu rumah terbuka luas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan