Utusan Online - Kota |
- Projek Dash tetap dibantah
- Puteri UMNO Klang bantu 300 murid miskin, anak yatim
- Pertemuan pembeli, pemaju diatur
Posted: Projek Dash tetap dibantahOleh ROSLAH OTHMAN Tony Chung (dua dari kiri) bersama sebahagian penduduk Mutiara Damansara menunjukkan pelan jajaran Lebuh raya Damansara-Shah Alam yang bakal merentasi kawasan perumahan mereka itu di Petaling Jaya, baru-baru ini. PETALING JAYA 28 Dis. – Penduduk Mutiara Damansara di sini tetap membantah pembinaan Lebuh Raya Damansara Shah Alam (Dash) atas alasan ia bakal mengancam keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar kawasan itu. Ini kerana lebuh raya yang menghubungkan Puncak Alam dan Mont Kiara itu akan melalui kawasan perumahan berkenaan di Jalan PJU 7/1 dan PJU 7/7. Walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyatakan bahawa jajaran yang dirancang itu adalah yang terbaik dan mematuhi garis panduan tetapi penduduk tetap mereka bimbang. Presiden Persatuan Penghuni dan Pemilik Mutiara Damansara (Mudora), Tony Chung berkata, kajian LLM yang mengambil kira aspek teknikal, kesan kepada alam sekitar dan sosial itu masih belum mampu menghapuskan kegusaran penduduk. Menurutnya, penduduk tidak menolak cadangan pembinaan lebuh raya itu tetapi pelaksanaannya perlu mengambil kira kepentingan masyarakat. "Apa yang berlaku ialah penduduk langsung tidak dimaklumkan mengenainya, lebih-lebih lagi mengenai perubahan jajaran. "Jajaran asal sebelum ini melalui Damansara Perdana dan Jalan PJU 8/1 yang merupakan kawasan komersial dan kepadatan penduduk tidak begitu tinggi," katanya pada sesi bantahan bagi menyuarakan pendirian penduduk berhubung isu itu di sini baru-baru ini. Tony Chung berkata, projek itu akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk di Persiaran Surian dan Jalan PJU 7/1 yang merupakan kawasan tumpuan orang ramai membeli-belah. Katanya, projek itu juga bakal menyaksikan kediaman mereka menjadi sandwich kerana Projek My Rapid Transit (MRT) turut melalui kawasan perumahan itu. Seorang penduduk, Syed Mustapha Syed Ibrahim, 65, berkata, jika projek itu dilaksanakan, ia bukan sahaja menjejaskan keselamatan dan keselesaan penduduk tetapi juga akan mengorbankan kawasan hijau sedia ada. Full content generated by Get Full RSS. |
Puteri UMNO Klang bantu 300 murid miskin, anak yatim Posted: Puteri UMNO Klang bantu 300 murid miskin, anak yatimKLANG 28 Dis. - Sebanyak 300 murid dan anak yatim di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima sumbangan kasut sekolah dalam Program Kembali ke Sekolah anjuran Puteri UMNO Klang, baru-baru ini. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Sukarelawan Untuk Semua (Vogue) itu disempurnakan oleh Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Datuk Mazly Noor Abdul Latif. Ketua Puteri UMNO Klang, Roselinda Jamil berkata, sumbangan tersebut adalah tanda keprihatinan Puteri UMNO dalam membantu membina masyarakat yang berilmu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan tersebut di sini baru-baru ini. Beliau berkata, pihaknya mengambil masa beberapa bulan untuk mengenal pasti penerima bantuan yang benar-benar layak. "Program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana hanya pendidikan mampu mengubah nasib seseorang menjadi manusia yang lebih baik dari segi sahsiah dan ekonomi," katanya. |
Pertemuan pembeli, pemaju diatur Posted: Pertemuan pembeli, pemaju diaturKUALA LUMPUR 28 Dis. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengatur pertemuan antara pemaju dan pembeli pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang dalam waktu terdekat ini bagi mencari penyelesaian kepada isu penyerahan kunci rumah. Menterinya, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, perbincangan adalah jalan terbaik berbanding tindakan menyerbu pejabat pemaju berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak adil kepada pemaju terbabit. Menurutnya, beliau difahamkan pemaju terbabit sedang membuat persiapan untuk menyerahkan kunci kepada pembeli selepas mendapat Sijil Layak Menduduki (CF). "Tidak perlu ambil tindakan seperti itu (serbu pejabat). Kalau lewat serah, pembeli berhak menuntut ganti rugi tetapi tertakluk kepada prosedur yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Semalam, kira-kira 100 orang pembeli Ukay Bistari bertindak menyerbu pejabat urusan pemaju untuk mengambil kunci rumah setelah pemaju itu dikatakan gagal menunaikan janji mereka. Bagaimanapun, kesemua mereka tidak dibenar menduduki rumah itu kerana masih belum mendapat CF. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan mendapatkan CF daripada pemaju berkenaan. Beliau berkata, mengikut prosedur, pemaju perlu mengisi borang E dan MPAJ akan memproses permohonan itu dengan mendapatkan ulasan daripada jabatan-jabatan yang berkaitan. "Mana-mana permohonan CF yang tiada masalah akan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) dan setelah diluluskan, ia akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 14 hari," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan