Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Dec 2011 11:34 AM PST KUALA LUMPUR: Krisis yang melanda peniaga bazar larut malam Danau Kota, di sini, berlarutan apabila lebih 600 peniaga berkumpul membantah tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengehadkan operasi bazar itu daripada enam kepada empat hari seminggu. Demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, kelmarin itu bertujuan melahirkan rasa tidak puas hati selain membincangkan isu terbabit memandangkan Ahli Parlimen berkenaan didakwa individu yang meminta tempoh operasi bazar dipendekkan.
"Saya yakin Ahli Parlimen memandang serius perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik melalui perbincangan lebih terperinci dengan beberapa pihak berkaitan selain tidak mengetepikan nasib peniaga," katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerian tidak akan berganjak dari keputusan untuk hanya membenarkan bazar itu beroperasi empat hari seminggu.
"Persetujuan sudah dicapai dalam perbincangan DBKL dengan Persatuan Penjaja dan saya rasa tidak timbul lagi isu itu kerana dengan mengehadkan operasi bazar itu akan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu penduduk serta peniaga.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 23 Dec 2011 11:32 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang cucu merayu orang ramai bagi menjejaki datuknya yang hilang daripada rumah sejak Rabu lalu. Mohd Yusof Nordin, 72, keluar rumah di Lot 8637, Lorong Nakhoda Kanan 24, Batu Caves, pada jam 11 pagi tanpa disedari isterinya yang memasak di dapur.
"Jiran ternampak dia membawa plastik berisi tuala dan kain pelekat ketika berjalan di kawasan rumah dan dia tidak membawa pengenalan diri serta wang," katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.
"Orang ramai yang mengenali atau melihat datuk saya diminta menghubungi 012- 5350404,019-2412121 atau melaporkan ke balai polis berdekatan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan