Berita Harian: Nasional |
Posted: 29 Dec 2011 05:28 PM PST Nasional BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang mengikat kaki mereka dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam kelaparan.Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, kelmarin, lelaki berusia 40-an itu mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang. Suspek yang bekerja di sebuah syarikat penghantaran mendakwa bertindak demikian kerana anaknya nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia keluar bekerja. Lelaki itu dikatakan sudah berpisah dengan isterinya dipercayai warga Thailand yang meninggalkan rumah sebulan lalu. Ketika diselamatkan kira-kira jam 8.40 malam, dua beradik itu yang hanya berbaju dan berseluar dalam, berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bapa mereka yang pulang ketika dua kanak-kanak itu diselamatkan, ditahan polis bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata kejadian menimpa dua beradik itu disedari jirannya apabila terdengar jeritan mereka meminta tolong. Jiran mereka menghubungi polis kira-kira jam 8 malam dan sepasukan polis ke tempat kejadian bersama-sama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyelamatkan dua beradik itu. Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ), manakala bapa mereka ditahan reman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011. "Apabila kami berikan roti, mereka memakannya dengan lahap, keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas yang kotor," katanya sambil menambah kanak-kanak lelaki itu tidak memakai seluar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata JKM sudah memulakan siasatan berhubung kejadian itu. "Sementara menunggu siasatan selesai, mereka akan ditempatkan di pusat jagaan JKM mengikut Seksyen 15 Akta Perlindungan Kanak-Kanak. Kami akan mencadangkan supaya ibu bapa kanak-kanak itu mengikuti sesi kaunseling bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenroseniza sazali cuba ayah mangsa pula di rantai macam tu rasanya x sampai 5jam mesti meraung . saya amat simpati budak yang x tahu apa2 dirantai. terima kasih duucapkan kepada jiran yang prihatin. Pemerhati Kalo nak mendidik anak biarlah berbalik kepada ajaran agama. Inilah akibatnya.. perbandingan (dahulu dan sekarang) : - 1. Dahulu (sebelum 90'an) - ayah dan ibu nak disiplinkan anak supaya taat dan komited dalam pelajaran dunia akhirat mcm2 denda diorang kenakan antaranya : rotan anak dengan tali pinggang, denda kurung anak dalam bilik, berdiri tanpa duduk 2-3 jam dan macam2 lagi (yg mungkin bagi kita hari ini keterlaluan). hasil : anak jadi doktor,peguam, guru, saintis, economist, ustaz dan ustazah. Rumah orang2 tua nak cari penghuni melayu pun susah sekarang : anak kena jentik, anak kena cubit, denda anak tak bagi makan tengahari, rotan, marah dengan nada suara yang tinggi.. dah jadi macam satu kesalahan besar. Ada yang diuar2kan sehingga ibubapa terpaksa menanggung malu dan dikenakan hukuman atas tujuan mendisiplinkan anak2. Hasilnya : gejala bohsia, bohjan, rempit, penagih dadah, perogol bersiri, pelacur, lahir dan buang anak luar nikah, makbapak yang dah tua dibuang macam sampah (anak derhaka).. dah jadi macam trend.. Implikasi : kemurkaan Allah dan kebinasaan.. korang penah pikir tak akhir2 2-3 tahun kebelakangan ne kenapa banyak sangat bencana alam dan kemusnahan berlaku kat atas bumi ne..? Ke korang tak pernah nak amik tahu hal2 macam tu.. "Tidak Aku musnahkan sesuatu kaum (bangsa negara) itu melainkan mereka melakukan kemungkaran" Firman Allah Taala dalam Quran. So, kalo korang ketepikan ajaran dan amalan daripada Quran dan hadis jangan mimpilah korang nak jadi umat Muhammad SAW atau dapat masuk syurga... syurga orang2 sedemikian (buruk akhlaknya) adalah dunia sahaja, sementara akhirat kekal di dalam api neraka Mohamad Shahrulnizam Kepada orang ramai...janganlah anda menyalahkan seratus peratus ayah kepada kanak kanak tersebut...kita tidak menghadapi masalah sepertimana si"ayah" itu hadapi...pada saya si"ayah" tersebut memikirkan itulah yang terbaik mampu dia lakukan.namun cara si "ayah"tersebut menampakkan situasi itu terlalu berat dimata umum.saya juga mempunyai anak yang agak hyperactive.namun saya bersyukur kerana mempunyai bajet untuk menghantar anak saya ke rumah pengasuh.saya harap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak akan memisahkan si "ayah" tersebut dengan anak anak nya...bantu lah si"ayah" itu mengatasi masalah nya...
dodie mungkin bapanya waktu kecil2 dulu,pernah mengalami keadaan yang sama (cthnya:dikurung direban ayam).kemudian,dia ulang kembali pada anak2.... Amysyarill Abu Bakar Dunia semakin maju,tp manusia sekarang hidup se0lah2 tidak bertamadun.. Win Ten Astafirullah alazim.....hilang akal kah sampai melakukan kekejaman terhadap diri sendiri....kesian anak-anak menjadi mangsa keadaan.... snow secara tak langsung itu ingatan ALLAH pada ibubapa agar jangan bertindak dalam apa jua halmengikut hawa nafsu...akibatnya anak anak yang jadi mangsa asriq MASYALLAH,MANUSIA SKRG TERLALU KEJAM.SHINGGAKAN MERANTAI ANK SENDIRI UMPAMA ANJING YANG INGIN MENYALAK.MANUSIA SKRG SUDH HILANG AKAL,HILANG KEMANUSIAAN,HILANG JIWA KEROHANIAN,HILANG CAHAYA.
ismail nurdin banyak aspek yg perlu dilihat sblm menyalahkan si bapa.antaranya persekitaran seperti kerjasama jiran tetangga.penculikan dll Yaya Biar sempit hidup kerana wang, jgn sempit pemikiran.. sian anak-anak diperlakukan sedemikian.. Wati Sedihnya..kalau la terjadi apa-apa semasa ketiadaan syah kanak-kanak tu spt kebakaran ke..(sungguh tak dapat aku bayangkan). akal pendek betul si ayah. x pikir langsung semua tu. isk..teringat pula kat anak-anak aku. huhu~ nadia kalau aku jadi bapak dia aku jaga anak tu dengan baik.. binatang pun tau jaga n sayang anak die..ish..kejam Na O Mei Kasihan anak2 malang tersebut yg punya bapa sebegitu.Klu tak nakal tdk di nama kan budak2. Agak2nya si bapa msa kecil2 dulu BAIK YG TERAMAT SGT ke.? Mustahil tak ada org blh membantu menjaga mrk. Tgs bapa mencari duit menyara ank2 walau terpaksa menyapu sampah di jalanan sekalipun untuk membesar mrk namun itu bkan tiket utk menyiksa kanak2 yg masih blum berakal. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 29 Dec 2011 01:46 PM PST Nasional CONTOH dakwat kekal yang akan dicalit di jari pengundi. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata jawatankuasa berpuas hati dengan beberapa pindaan dilakukan SPR, selain gembira tujuh daripada 10 usul penambahbaikan proses pilihan raya dicadangkan mereka sudah diterima SPR. "Tumpuan mesyuarat (semalam) adalah menyaksikan demonstrasi penggunaan dakwat kekal dan cadangan susun atur baru di tempat mengundi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat keenam jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, semalam. Hadir sama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta ahli PSC iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar), P Kamalanathan (Ahli Parlimen Hulu Selangor), Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai).Ongkili berkata, SPR memaklumkan kepada PSC bahawa peraturan penggunaan dakwat kekal, buku tata cara serta keputusan Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa berhubungnya akan diumum dan dikuatkuasakan pada 1 Februari depan. "SPR ketika ini dalam proses menyiap buku tata cara penggunaan dakwat kekal supaya ia seragam di seluruh negara, selain menunggu keputusan Jabatan Kimia serta kelulusan Majlis Fatwa berhubung jenis dan kandungan dakwat. "Segala keputusan itu akan dibentangkan di Parlimen pada 1 Februari depan sebelum dikuatkuasakan. Bagaimanapun, SPR hanya akan menentukan warna (dakwat) yang bakal digunakan sehari sebelum pilihan raya umum diadakan," katanya. Dr Hatta berkata, demonstrasi SPR menunjukkan kesungguhan suruhanjaya itu untuk melakukan penambahbaikkan terhadap proses pilihan raya di negara ini. Mengulas mengenai susun atur baru itu, Ongkili berkata, perubahan susun atur tempat mengundi mendapat reaksi positif anggota SPR dan PSC. "Sebelum ini ejen mengadu mereka hanya boleh melihat pengundi dari sebelah kiri atau belakangnya. Jadi SPR setuju melakukan perubahan supaya ejen boleh melihat setiap proses, iaitu bermula pengundi masuk ke tempat mengundi sehingga dia memasukkan kertas undi ke dalam peti supaya ia telus," katanya. Mengulas mengenai isu daftar pemilih, beliau berkata, SPR bersetuju melanjutkan tempoh pameran daftar pemilih daripada tujuh kepada 14 hari selain masih menimbang mengenai jumlah serta tata cara pelaksanaan bagi pengundi luar negara. "Keputusan pengundian awal dijangka diwartakan pada 1 Mac depan selepas segala aspek berkaitan termasuk peraturannya disiapkan SPR dan dibentangkan ke Parlimen. PSC turut dibekalkan cakera padat (CD) mengandungi senarai 42,051 pemilih yang diragui statusnya untuk penilaian," katanya. Sementara itu, PSC akan mengadakan dua lagi sesi pendengaran awam iaitu di Kota Darul Naim, Kota Bharu, pada 7 dan 8 Januari dan Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor (12 dan 13 Januari). Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmazmi mohd kerajaan dah hantar sampel utk diuji oleh jabatan kimia serta JAKIM untuk status halal atau tdk yangnissa sampai bila dakwat itu kekal hitam dijari, satu hari, dua hari, selepas mengundi, mungkin ada yang tidak turun mengundi kerana tidak mahu mengotorkan jari.. anak melayu dakwat tu boleh hilang x? nt susah plak nk ambik air sembahyang. yangnissa sampai bila dakwat itu kekal hitam dijari, satu hari, dua hari, selepas mengundi, mungkin ada yang tidak turun mengundi kerana tidak mahu mengotorkan jari.. inai man pakai inai tak boleh ke?...kompom bole bawak solat..lepas mengundi inaikan jari jari yang lain..bukan ke cantik banding ngan satu jari je kena kaler..? azrul saya sokong cuma jangan lupa nanti hebahkan pula keputusan Makmal Kimia dan Majlis Fatwa. Nanti pengundi sangsi & akan jadi isu politik pula. shah rizal dakwat ini boleh dibawa untuk solat ? mohon penjelasan..
kamar Ape komen anda.....elok kalau pengundian berlaku dgn telus! pengundi patut diberi hak untuk memilih samada nk dicalit atau tidak...sbb ia melibatkan tubuh badan mereka! atau mereka akan menggunakan 'hak' mereka utk tidak keluar mengundi! Jamal Penggunaan dakwat ini adalah yang terbaik dilakukan oleh SPR semasa dalam Proses Pengundian. Kalau dilihat mengenai cara meletakkan dakwat iaitu pada kulit jari sehinggalah ke kuku maka tidak ada lagi Kes yang boleh mengundi 2 kali. Pengundi perlu merosakkan kukunya terlebih dahulu sekirannya ia ingin berbuat jahat untuk mengundi 2 kali. Tindakan penggunaan Dakwat kekal ini adalah yang terbaik dilakukan sepanjang tempoh Pilihan Raya di Malaysia. Tahniah diatas keputusan cemerlang ini. TIADA LAGI KES MENGUNDI DUA KALI HAHAHA.. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan