Khamis, 29 Disember 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dua beradik dikurung dalam tandas selepas rumah dirompak

Posted: 29 Dec 2011 03:18 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dua beradik perempuan dikurung dalam tandas selepas rumah mereka dimasuki penyamun di Taman Wilayah, Jinjang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata tiga lelaki dipercayai memecah masuk rumah teres dua tingkat itu melalui tingkap di ruang tamu pada jam 4.30 pagi tadi.

"Tiga lelaki terbabit mematahkan jeriji tingkap dan memasuki salah sebuah bilik di rumah mangsa. Seorang daripada tiga suspek mengacukan pisau ke arah dua beradik itu sebelum mengurung mereka di dalam tandas," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, hari ini. Beliau berkata, bapa mangsa menyedari kejadian itu selepas bangun untuk solat Subuh dan mendapati anaknya yang berusia 18 dan 28 tahun tidak ada dalam bilik sebelum menemui mereka terkurung dalam tandas.

Bagaimanapun, dua beradik itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zakaria berkata, suspek menggeledah rumah itu sebelum melarikan empat telefon bimbit, sebuah komputer riba, sejumlah wang tunai serta sebuah kereta jenis Proton Inspira.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/7 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pusat Darah Negara rayu orang ramai derma darah

Posted: 29 Dec 2011 02:55 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara hari ini merayu orang ramai supaya tampil dan menderma darah bagi menampung kekurangan bekalan di pusat itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan