Harian Metro: Setempat |
Posted: 26 Dec 2011 10:48 AM PST PORT DICKSON: "Kami teruja dengan tambangnya yang murah dan mampu dibayar secara ansuran membuatkan kami bersetuju dengan pakej percutian bersama keluarga dirancang sejak Mac lalu," kata Noorhaslinda Sharudin, 37, seorang daripada mangsa penipuan program percutian artis Nur Kasih, Tiz Zaqyah Razak bersama 35 peminatnya ke Perth, Australia, sepatutnya dijadualkan berlepas pada 21 Disember lalu. Menurut Noorhaslinda, dia tidak menyangka hasrat ingin bercuti bersama ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) terkubur apabila seorang daripada mereka dikenali sebagai Sherry, 45, yang juga bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Batu 9, Cheras, Selangor, melarikan wang percutian RM60,000. "Kami mengenali suspek kerana dia sudah bersama dengan TZRFC sejak setahun lalu, dan tidak menyangka wanita itu sanggup melesapkan duit percutian kami dan melarikan diri begitu saja," katanya ketika ditemui di Pantai Mas, di sini, semalam. Sementara itu, Presiden TZRFC, Bibi Barizah Ahkau berkata, pada mulanya dia tidak menyangka suspek sanggup melakukan perkara sebegitu walaupun gerak hatinya mula sangsi apabila suspek kelihatan berubah selepas mula menerima bayaran daripada ahli kelab.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 26 Dec 2011 10:33 AM PST KUALA LUMPUR: Biarpun kebanyakan kawasan utama di ibu negara agak lengang berikutan cuti umum tiga hari sehingga semalam, namun kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman terus menjadi tumpuan ramai. Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan seperti sekitar Jalan P Ramlee dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) agak lengang termasuk jumlah kenderaan di jalan raya.
Menurut Asnah Ramli, 35, kesempatan cuti umum menyebabkan kawasan itu terus dikunjungi ramai.
Tindakan meletakkan kenderaan secara berlapis itu termasuk di garisan kuning menyebabkan jalan untuk dua laluan kenderaan menjadi satu.
"Tidak kira sama ada parkir sekejap atau lama, tindakan itu tetap menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang ramai. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan