Selasa, 27 Disember 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

Posted: 27 Dec 2011 04:45 AM PST

ALOR SETAR: Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.


"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius," katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd Firdaus. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Lencongan lalu lintas berhampiran KLIA mulai esok hingga Jumaat

Posted: 27 Dec 2011 03:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang perlu memberi perhatian bahawa lencongan akan dibuat di kedua-dua arah Lebuhraya KLIA di Kilometer 10 dan Kilometer 11 mulai esok hingga Jumaat.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini berkata lencongan itu akan dilakukan secara berperingkat bagi melancarkan pembinaan 'launching beam' dalam projek KLIA2.

Lencongan ke arah Kuala Lumpur akan dilakukan antara 11 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis, manakala bagi arah ke terminal KLIA, ia akan bermula 11 malam Khamis hingga 6 pagi Jumaat.

"Malaysia Airports telah merancang masa lencongan lalu lintas itu dibuat bukan pada waktu puncak bagi penerbangan di KLIA untuk meminimumkan kesannya," kata kenyataan itu.


Malaysia Airports juga menasihati pengguna agar memperlahankan kenderaan mereka ketika menghampiri kawasan yang terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini. -- BERNAMA



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan